It's 2011!! Gosh.. I'll be 30 this year. Thirty, flirty and thriving. Wah. Kelesss gitu! Hahahaha.. InsyaAllah, it's gonna be a great year this year.
Pagi tadi, aku masih di JB. Sekarang ni aku dah kembali ke KK. Kembali untuk meneruskan hidup. Kembali untuk mengadap kerja dan kembali untuk mengadap budak-budak yang masih belum rela nak memulakan semeser. Aku penuh yakin bahawasanya Selasa ini for my class, tak ada budak yang muncul. Kalau ada pun mesti tak sampai 10 orang. Everything starts on the 2nd week. Biasalah. Dah final year. Dah naik lemak. Aku pun zaman belajar dulu macam tu jugak. Tapi tak boleh buat selalu. Senang nak kantoi! Nak kata belum balik dari kampung, kangkang kera pun lagi luas kalau nak dikira jarak rumah aku dengan UTM yang terchenta tu. Lagi pulak, spy banyak kat FSKSM tu. Cannot ponteng-ponteng nooo..
Apa aku merepek ni. By the way, both of my maternal grandparents ada kat rumah aku. My nyai (nenek dalam bahasa jawa) tengah buat rawatan dialisis sekarang ni di JB. Senang kalau ulang alik dari rumah aku berbanding nak ulang alik dari Kota Tinggi. Poor her. Dah tak boleh nak jalan ke mana-mana dah lah. 2 hari sekali mesi nak kena buat rawatan. Aku ni masih tak beringat? Kalau makan tu asyik nak sedap je. Tengok badan pun dah macam pau dah. Huwaaaa.. Nak-nak sejak balik dari Arab Saudi ni. Duduk sana pun asyik makan tidur je. Mana ada bergerak ke mana-mana. Puasa dua bulan pun belum tentu boleh kurus. Huhuhu..
Hurm, apa lagi? Azam tahun baru? Azam tahun-tahun lepas pun tak tertunai. Qada' je lah yang dulu-dulu punya. Yang pastinya, something big is going to happen this year. Apa? Kahwin? Hahahaha.. Gelak dulu. Itu, kalau ada jodoh kahwinlah. Memang dah kena kahwin aku ni. Umur dah banyak tapi tak laku-laku. Tapi belum ada jodoh nak buat macam mana kan. Mak bising hari-hari pun useless jugak. Mak yang bising takpe. Aku jadi serabut bila my grandpa dah mula tanya... DUSHH!! Itu boleh lagi aku tepis. Aku akan jadi seram seseram seramnya bila Wak Daut stars questioning. Huru hara terus hidup aku jadinya nanti. Hahaha.. ANDWEEE!!!
Anyways, selamat tahun baru! Semoga semuanya berjalan lancar. Apa yang dihajati, akan tercapai. Dan untuk aku, semoga aku akan rajin bekerja, rajin update blog ni, rajin eksesais untuk kuruskan badan, hahaha, rajin kumpul duit untuk pergi jalan-jalan, dan rajin segala-galanyalah. No more slacking off. Dan yang paling penting, semoga aku dipertemukan jodoh yang soleh, hormat orang tua dan tak malu untuk dibawak jalan-jalan. Hahaha.. InsyaAllah AMIN!!! (^__^)V
Saturday, January 1, 2011
Home
»
»
Selamat Tahun Baru 2011!!
2 comments :
Hahahah, Yatt, ko tau Tok Ali pernah kata kat kami dulu kalau nak carik jodoh, biarlah yg tak malu dibawa berjalan-jalan. Sejibik mcm ko ckp. Hehhehe.
Erk, aku tak leh imagine wak daut touch bab jodoh ni. Ko buat apa la kalau Wak Daut dah bukak mukadimah jodoh? nyorok belakang mak ko ke?
Takpela Yat. Kalau ada jodoh, tak kemana. Jodoh mesti dicari, tapi tak boleh dipaksa, gitu. hehehe
kekeke.. asalkan tak malu je.. kalau hensem banget pun tak boleh bawak jalan.. kena tinggal kat umah gak.. kuikuikuik...
tu laaa.. apa aku nak cakap.. maunye aku tak balik jb dah pastu.. hahaha..
insyaAllah.. adalah tu menyorok kat mana2.. segan nak keluar... :p
Post a Comment