Hari ni aku cuti!! Awal-awal pagi lagi (tak la awal mana pun sebenarnya) kami, ahli bersekutu Geng Bas Aslan dah bertapa di Luyang. Kunun-kunun ikut kelas menyelam lah ni. CikSengal dah kehabisan aktiviti agaknya sampai nak merasa diving. Manalah tau kan. Kot-kot minat tu tiba-tiba membuak-buak. Boleh jadi salah satu aktiviti masa jalan-jalan backpacking. Hahaha.. Gunung telah ku daki, kini lautan pula ku selami. Chewaaahh!! Kelesss gitu..
Well, the diving package was too good to resist. RM499 je. Memang murah!! Ni Azlan lah cakap. Aku mana tau mahal ke murah. Hehehe.. Sebelum pergi ke kelas ni, kami dikehendaki untuk mengadap e-learning yang disediakan. Kena belajar sendiri chapter by chapter, ambil ujian at the end of each chapters, dah lulus baru lah boleh pergi kelas face to face. Masalah besar betul bila buat e-learning. Asyik fail je ujian-ujian ni. Penat dah aku. Sampai ke pukul 2 pagi semalam aku mengerjakan benda ni. Padan muka aku. Suka lagi buat last minit kan.
Our instructor untuk kelas ni ialah Mr Abu Greg. Agak kekonpiusan aku dengan warganegara pakcik seorang ni. A mix of Scottish and Chinese but made in Malaysia. Hehehe.. Basically, dalam kelas ni tak banyak beza dari apa yang aku dah study kat e-learning tu. Cuma lebih detail lagi. Abu gigih menerangkan segala yang perlu untuk open-water diving ni. Banyaknya benda yang nak kena ingat. Selagi tak masuk dalam air, selagi tu lah aku tak boleh nak imagine apa-apa. Wait and see nantilah ye.
Our instructor.. Abu Greg..
Belajar lah aku tentang BC. Apa itu regulator. Ada primary dengan secondary lagi. Ada oxygen tank lagi. Ada mask lagi. Ada fin lagi. Huwaaa!! Banyaknya gadget nak pakai. Larat ke aku nak angkat benda alah semua ni. Apa-apa pun memang kena tunggu masuk air jugak ni. Iskk.. Lambat lagi tu.
The class finished around 4pm. Next thing yang perlu dibuat ialah untuk tetapkan tarikh pergi diving ni. Kesengalan betul nak pilih tarikh. Last-last dapat jugak tarikh yang sesuai. Mantanani Island, wait for us!!
Ohhh.. It's 13th January. Super Junior KRY's concert ticket is out!! Nak beli. Nak beli!! CikSengal memang ada kat Seoul masa konsert tu di adakan. Gigih bukak website nak beli tiket ni. Tapi..........
ARRGHHHHH!!!!
Takde rezeki..
0 comments :
Post a Comment