Saturday, May 16, 2009

Happy Itu Dan Happy Ini

Toya je tajuk entry kali ni. Mungkin disebabkan ada dua perkara yang buat aku happy pada tarikh 16 Mei ni.

Yang pertama, hari yang 'wajib' diingati oleh budak-budak sekolah setiap tahun. Hari Guru ye. Aku ni boleh dikatakan spesis guru juga lah. Hehehe.. Tapi spesis guru seperti aku ini jarang diingati berbanding guru-guru di sekolah rendah dan menengah. Betapa mereka disanjung tinggi, dihormati, dirai. Penuh gilang-gemilang gitu. Aku bukan lah jeles. Tapi sekali-sekala nak juga diiktiraf macam tu. Walau macamanapun, aku terharu juga bila ada sebilangan bekas pelajar yang sempat ucapkan selamat hari guru pada aku. Ingat juga diorang pada aku ye. Thanks guys! Di sini aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang merasakan diri mereka guru. Hehehe..

Yang kedua, hari ni merupakan genap setahun kami bergelar Infoscions. Hehehe.. Teringat balik saat-saat manis, pahit, lawak, fail subjek Oracle secara berjemaah, cirit-birit dan muntah-muntah secara berjemaah, strawberry colada, email layang. Fuh, kalau disenaraikan sampai besok pun tak habis. Apa pun. Happy 1st Anniversary to all Infoscions of Malaysian 2nd Batch!

6 comments :

Anonymous said...

Hai miss yatt.Happy belated teachers day..Setuju dgn apa yg miss yatt tulis tu, guru sek ren dan menengah mmg d sanjung tinggi..Sbbnya sy juga seorg pendidik yg tidak terlatih skg..hehe..Janganlah sedih miss yatt..Spatutnya di "u" pun mesti diadakan sambutan hari guru:)Anyway, nak ucap thanx kat miss yat sbb sy pernah dpt markah tertinggi dlm subject Comp ethics..Dpt jg menaikkan CGPA sy yg x seberapa tu..Jasa miss sy akn ingat sampai bila2..Once again, tQ:)

Emme said...

hepi eniberseri k.yatt!

gile lah time fail oracle tu.. sume hepi!! haha

~* chirpy_chummy *~ said...

epi anniversary kak yatt! :) slamat hari guru jugak! hehe

EyEdA said...

hepi annvrsry jgak ye pn.yatt..huhuh..

CikSengal said...

anon,
macey.. sonot kalau ada yang ingat.. :)

emmy,
hahaha.. orang kalau fail, down gila. kita happy terkinja2.. kekekeke..

mar,
happy anniversary to u to.. :)

CikSengal said...

EyEda,
gulp! pn? hahahaa.. blasah je lahh.. you too.. :)