Monday, March 3, 2008

Lepak kat Waniten

25-28 feb baru ni aku berkampung kat Uniten. Join Flash Game Development Course. Aku ngan k rafidah. Dia turun dari KK and aku turun dari JB ni. Jumpa kat Uniten je nanti. Seblom pegi tu k rafidah sempat call aku. "Jangan lupa bawak swimming suit ye.." Waduh.. Nak menywimming ke? Dah lama aku tak sarung swimming suit haku tu. Kat mana aku letak pon aku tak ingat dah. Selongkar punye selongkar almari jumpa la plak. Try test jap. Last pakai swimming suit ni tahun 1995. Time aku form 1 & 2 masuk Kelab Renang skolah. 13 years ago beb! Mak datuk. Rupenye masih muat! Hahahahaha..

Mula2 aku nak drive je tapi nak dijadikan cerita tiket aku balik KK dari KL la pulak. So lupakan je la hasrat nak bawak keta. Aku turun naik bas je. Dengan beg tariknye. Dengan beg laptopnye. Sarat betul aku. Aku naik bas kat tempat biasa - Sri Putri. Orang skudai macam aku ni mana kuasa nak pegi Larkin. Dah ada tempat yang dekat takkan laa nak menyusah2kan diri pegi jauh2. Mak aku hantar ke bas stop n tunggu skali sampai aku naik bas. Iskk.. Aku suruh dia balik dia takmo. Nak tunggu gak. Zaman skarang ni bukan bley predict kan. Sedangkan budak kecik pon kena culik apa lagi aku yang comei ni. Hahaha..

Aku sampai KL almost 2pm. Keluar dari Puduraya aku cam mengong sket. Ke mana laa arah aku nak tuju. Cam ala2 dari kampung gitew nak pegi ke bandar besar cari keje. Hehehe.. Nak naik teksi mesti mahal. So aku pon naik menatang LRT tu. Seblom naik sempat belek peta laluan LRT dulu. Cari yang paling senang konvenien and jimat cost. So dengan machonye aku turun kat Tasik Selatan. Pastu dengan machonye skali lagi aku naik komuter plak ke Kajang. Sampai kajang aku naik teksi ke uniten. Tunggang langgang aku jalan naik turun tangga, eskalator dengan tarik beg yang berat gilos tu.
Kat drebar teksi aku cakap aku nak pi Residence Hotel UNITEN. Pakcik tu terdiam. Blur semacam.
Pakcik: Waniten?
Aku: (HAH?? WANITEN?? Apa kebondo laa pakcik ni.) Uniten la pakcik.
Pakcik: ye laa. Waniten..
Waniten ke? Lantoklaa pakcik oi. Pastu dia kata ko bior betul dik. Mana ada hotel kat dalam waniten tu. Pakcik ler yang bior betul. Kalau takde camno aku bley book bilik kat situ. Punyelaa dia beria2 kata takde. Dia kata dia selalu masuk waniten tu. Aku tak peduli. Aku suruh dia pegi gak. Sepanjang2 jalan tu dia asyik radiocall geng2 dia tanya residence hotel kat waniten tu kat mana. Malas aku nak layan. Then dia tanya lagi. Nape ko turun kajang dik? Kan jauh. Turun ler serdang. Lohh.. Mek yus kata turun kajang. Aku turun la kajang. Banyak songeh la pakcik ni. Dah ler waniten, waniten je memanjang. Suka hati aku la nak turun mana. Last skali sampai gak waniten n sampai gak residence hotel. Pakcik tu pon oooooooooooooooo je. Laa.. Baru tau ke pakcik? Hampeh betul.
Time aku sampai k rafidah dah siap nak keluar. Pi jenjalan ngan member dia. Aku dah kepenatan cam hapa ni malas nak ikut. Baik aku tido je kat bilik. Well, bilik residence ni biasa2 je. Tak best mana pon. Tak padan ngan harga. Dalam site punyelaa canggih. Ada swimming pool, shuttle bus pi bandar. Tapi hakikatnye hampeh. Swimming pool ilek!! Kempunan k rafidah nak main air. Kita main air kat tasik Uniten je laa ye. Hehehe..

I guess we can swim here..

So hari pertama nak pegi kursus ni agak serabut sket. Satu - tak tahu Kolej IT katne. Dua - tak tau nak pegi ke sana camne. Malam sebelumnye ada gak tanya receptionist. Tapi receptionist pon hampeh tak tau kat mana kolej IT tu. Pastu tanya plak kat bebudak yang lepak kat lobby residence tu. Tapi jawab cam nak tak nak je. Diorang kata ada bas tapi tak tau la nak naik kat mana n turun kat mana coz diorang sendiri pon tak penah naik. Pergghh.. Kerek betul budak2 ni. Cakap sombong giler. Tau la yang masuk sini kaya2. Pegi kelas apa kes naik bas. Bawak keta sendiri la. Menyampah aku. So pagi2 ni aku ngan k rafidah pon mula menapak dengan tak tau nak mengarah ke mana. Nak tanya orang, takde plak yang lalu lalang. Ye la. Apa kelas jalan2 camni. Bawak keta sendiri la beb! Dengan signbod pon takde. Hangen dah ni. Then kami masuk ke satu building kat kolej engineering ni. Nasib baik ada pekerja kat situ yang sudi melayan. Dia kata kami ni dah melintang arus. Nak jalan memang jauh. Kena naik bas. Waduhh.. Melintang arus dah ke. Patah balik. Nampak bebudak ramai berkumpul depan hostel. Menyampuk la kami. Risik2, nasib baik destinasi kami sama. Ikut je la..

Sampai kat Kolej IT, kami terkesima jap. Nice place. Lab pon best. Tak macam UTM. Tak macam UMS. Hehehe.. Lagi mau compare2. Jauh beza la IPT gomen ngan IPT swasta. Around 9 kami start kelas Flash ni. Our instructor Mr Jaspaljeet. Staf Uniten gak. Syiok gak la dia mengajar. Very friendly. So apa yang dibelajarkan sepanjang kursus ni? Sebenarnye buat satu game yang simple je. Game tembak2. Ada tank, gun, n then tembak benda2 yang jatuh dari langit especially bombs ler. Walaupon game simple nampak bodoh tapi cara nak buat pon very challenging. Terkial2 aku. hari pertama buat base je. Hari kedua upgrade sket ke tembak2 n bomb. Then buat bomb n tank gerak2 kiri kanan. Then ada programming sket on bila bullet kena bomb tu bomb tu explode n then kita score satu point. Pastu last skali create level untuk game tu. Dari easy ke difficult. Fuh!! Memang penat ler tapi sangat2 berbaloi. Aku yang dulu cam bodo je pakai flash dah tau dah camne nak tererkan diri lagi.

Dah abis dah..

Hari jumaat kami pon balik KK. Tapi seblom tu sempat lagi pi beli cd kat SM. Hehehe.. Dah alang2 kat KL ni. Nanti lama lagi nak turun. Sampai KK around 9. Zaza n ina datang amik. On the way balik tu diorang bagitau aku yang diorang dah letak nama aku untuk join main bola jaring Piala Dekan which is besoknye. MAMPUIH!!

0 comments :