Friday, February 22, 2008

Research (Balik rumah meronggeng..) Meeting

Aku kat rumah JB skarang ni. Syok dapat balik. Alkisahnye aku ada meeting kat UTM ni. Tapi sehari seblom aku balik, meeting tu yang sepatutnye buat hari ni kensel plak. Tiket flight dah beli. So aku balik ni pree2 je la.

Semalam rumah aku buat yasinan. Taman perumahan aku ni memang aktif. Tak silap aku setiap dua minggu mesti ada aktiviti ni. Buat dari rumah ke rumah. Kebetulan minggu ni rumah aku. Pandai betul bapak aku pilih tarikh. Ngam2 time aku balik camni. Nak suruh aku tolong masak2 la tu. Hehe.. Mak aku macam biasa mesti serabut pikir nak masak apa. Susah betul laa mak aku ni. Aku kata bagi makan yang simple2 je la. Kalau tak nak masak order pon senang. Tapi still serabut gak. Last2 settle, menu malam yasinan tu mihun soto lengkap ngan segala benda remeh temehnye tu, dua jenis kuih buah melaka ngan samosa n dua jenis buah - tembikai n oren. Air plak teh panas je. Sonang.

Memang kerahan tenaga betul. Mak aku tak abis2 risau takut tak cukup la n bla bla bla. Aku cakap ok what masak sikit2. Bukannye nak bagi orang2 tu kenyang. Jamah je. Nak kenyang2 makan kat umah. DUSS!! Kena aku sebijik. Lecture panjang lebar dah mak aku. Kalau nak bagi orang makan tu biar ikhlas. Biar cukup. Biar diorang puas hati. Aku terkedu je kat tepi tu. Huhuhu..

Bila dah siap masak2 tu aku ditugaskan pi beli buah. Aku pun menonong je pi Jusco. Rimas aku coz si ika kembong dok melekat kat aku. Mana aku pegi mesti nak ikut. Heii.. Sampai kat Jusco aku jadik saspen bila tengok tembikai. Aku ni tak penah beli tembikai sendiri camni. So tak tau nak pilih. Hahaha.. Memang bengap tahap gaban. Untuk makan sendiri takpelaa, boleh je aku belasah beli yang mana2. Tapi ni nak bagi orang makan. Takkanlaa nak pilih sembarangan je. Si ika dok ngajo aku camne nak pilih. Aku tak puas hati aku call aida. Aida pon cakap benda yang sama. Hahaha.. Memang kakak dol aku ni. Ika dah buat muka - "TU LA TAK NAK CAYA CAKAP ORANG!!"

Aku sampai rumah, yasinan dah start. Dari luar aku tengok macam tak ramai. Aku terus pusing ikut belakang masuk ikut dapur. Kat dapur aku mulakan operasi memotong tembikai. Sekali isinya pucat daaa. Mak aku sengih2 n buat muka 'NGOKnye ko ni'. Aku sengih je balik. Hehehe.. Ampun mak. Anakmu ini memang ngokngek sket. Tapi bila makan, rasanya manis la plak. Oho.. Don't judge the taste by it's color. Hahaha.. Aku buat muka balik kat mak aku. Mak aku jeling je. Hehehe.. Lepas abis tahlil, it's time for makan. Aku kira tak sampai la 20 orang yang datang. Sikit gak berbanding dengan 45 family yang ada kat fasa 3 pulai utama ni. Mak aku kata syukurla. Kira dah cukup bagus la ni. Ada rumah lain tak sampai 5 orang pon yang datang. Tu lagi kesian. Kok melampau sangat orang2 lain yang malas nak datang tu. Budak2 kecik tahap skolah rendah ramai gak yang datang ikut bapak masing2. Sonot gak tengok diorang ni kuat makan. Mana yang lebih2 tu aku suruh tapau bawak balik je. Kesimpulannya walaupon ada lebih makanan malam tu tak waste pon. Lagipon soto ni feberet aku. Kalau tak abis aku bley tolong perabihkan.

Hari ni aku tak tau nak buat apa. Nak meronggeng malas. Panas ya amat kat luar tu. Sakit kepala aku. Tak macam kat KK yang hujan memanjang sejak CNY aritu. Giant pulai utama pon dah bukak. Nak jalan kaki pon boleh dari rumah ni. Tapi takde keinginan plak nak pegi. Mentang2 dekat kan. Rasa cam bila2 je boleh pegi. Tapi kalau mak aku suruh pegi giant pegi barang aku rela melencong ke Jusco. Hahaha....

0 comments :