Balik dari cuti memang camni. Bosan memanjang. Nak keje pon takde mood. Malas segala2nya. Hari isnin pi keje tumpang k wan. Malu sey tumpang orang ni. Tapi kena tebal muka jek. Order keta pon tak nampak batang hidung lagik. Ntah bilanya nak settle pon aku tak tau. Penat la nak pikir. Hari2 seterusnya aku beradventure sket. Aku try naik bas pi keje. Mula2 takut betul. Nasib baik Neni ada. Zyka pon ada. So kitorang pi keje sekali. Aku ni bukan nak cakap apa la. Aku takut dengan orang local. Bila aku naik bas je semua orang pandang. Huhuhu.. Macam nak telan je. Tu sebab kalau boleh aku tak mo naik bas. Tapi nak buat camne. Tak kan selama2nya nak tumpang orang. Lepas beberapa hari naik bas aku dah kureng sket rasa takut tu. Bleh kata dah terer jugak. Hehehe.. Tapi kena ada kawan. Kalau sengsorang tak nak de aku. Aku rela call teksi. Bayar 30 hengget pon bayar la.
Hari Khamis nan indah aku dikejutkan dengan satu phone call. "Hello Yati.. Ni Abdullah.. Abdullah.." Lorr. Sape la pulak ni. Aku mana ada kenal mamat nama Abdullah. Saspen betul aku. Pastu dia kata "Ni Abdullah kawan abah Yati la." Huk aloh.. "Abdullah Bade ke??" Aku tanya takut2. Hehehe.. Dia kata haa ye la. Wallah.. Apa laa pokcik ni nak. Tetiba aku teringat. Pakcik ni orang sabah. Musti dia balik kampung ni. Musti dia ada kat sini ni. Musti nak jumpa aku ni. Bila dah dengar explanation dia betul plak jangkaan aku. Hehehe.. Sama macam time Omeng ngan Pion datang hari tu. Mana aku tak terkejut giler babeng. So cam biasakla. Aktiviti beramah mesra. Dia nak menjenguk aku kat sini. Why not? Welkam.. Welkam.. Memang dialu2kan datang menjenguk. Aku ni sebenarnye jarang bercakap ngan pakcik nama Abdullah ni. Dia bukanlah pakcik pon. Umur aku ngan dia gap berapa tahun je. Tapi oleh sebab dia kata dia kawan bapak aku so aku panggey dia pakcik la. Hahaha.. Depan dia takde la panggey camtu. Belakang2 je. So ntah camne tetiba je si pakcik ni jadik sesangat le peramah. Humang aih.. Terkujat aku. Masa kat fakulti dulu punyala malu2 kucen. Kami borak2 sakan. Cerita itu ini. Macam2 la. Magic betul. Tetiba jek jadi baik ngan Abdullah Bade. Very funny. Kalau la geng2 aku tau mampus kena gelak.
Sunday, April 9, 2006
Home
»
»
Back to Work..
1 comments :
Yatt..walaupun post ko ni dah lama..aku tetap nak gelak..hahahaha.. (aku tgh baca blog ko dari awal..jangan mare ha..)
-afadh-
Post a Comment