sejak aku dok kat indah permai ni dah dua kali rumah aku jadik rumah mayat.. why?? sebabnya dah ada dua makhluk mati kat rumah aku ni.. nasib baiklaa mati kat luar rumah.. kalau kat dalam rumah mampus.. terus pindah gamaknya.. makhluk yang pertama ni tikus mondok.. mak aih.. besar gila.. landing baik punya tepi tayar keta aku.. aku rasa dia terjatuh dari bumbung rumah aku laa.. bumbung rumah aku ni dah jadik macam disco tempat tikus2 ni berpoya2.. macam2 bunyi ada.. ada skali tu kecoh habis.. berlari sana sini.. havoc gila.. ada pencegah maksiat tikus wat serbuan kot.. hahahaha.. menakutkan betul.. aku takut time diorang ooppss.. diekor lari2 tu tertembus siling rumah aku n terus masuk dalam bilik.. hohoho.. jadik satu hal.. so tikus mondok yang mati ni ada kesan2 luka kat badan dia.. gaduh berebut tikus betina kot.. hahahhaa.. manalaa tau kan.. aktiviti diekor kat atas tu.. tak kuasa nak menjenguk.. so malam tu aku ngan ex-housemate aku si ita ni dengan machonya tolak si mondok ni kuar pagar dengan kayu.. ita laa buat.. aku jadik mandur je.. nak buat siang2 malu.. nanti jiran2 nampak.. hehe.. ingatkan keras kejung rupanya lembek.. iyerrrkkkk.. geli geleman aku.. nak2 si mondok ni besar kucing remaja.. yelaa.. tak laa macam bapak kucing.. tak plak macam anak kucing.. sederhana besar saiz dia.. macam2 pesen dah aku posing.. geli siut.. so ita tolak kat depan pagar.. dengan harapan ada kucing atau anjing yang berminat.. so kitorang biar kat situ overnight.. besoknya tikus tu masih statik kat situ.. anjing dok intai2 je.. kucing plak dok lalu ikut tepi je.. chehh.. tak berselera rupanya diekor ni.. takpe.. lepas balik keje nanti baru pikir nak wat cenggana.. balik keje si ita ngan kak fa'i, my housemate amik shift wat keje menguruskan tikus ni.. dah tak tau nak ikhtiar apa lagi diorang pun tolak tikus ni masuk longkang.. kat taman perumahan aku ni tanah terhad.. tak tau nak kebumikan kat mana.. takpe laa.. dah darurat.. besoknya aku tengok tikus tu dah takde.. adalaa tu yang berminat ngan dia.. selamat satu perkara... skarang ni dah takde dah bunyik kat atas bumbung tu.. rasanya disco kat atas tu dah diarahkan tutup kot.. muahahahahahaa..
the next case.. pasal sekor kucing ni.. punyalaa slow.. buat derk je kalau dihalau.. aku nak reverse keta pun bleh dia tido statik blakang tayar keta aku.. nak kena gelek ke hapa kucing ni.. toya je.. takde perasaan bersalah pun.. kucing ni kaler hitam.. suka sangat tido atas keta kak fa'i.. dah jadik macam anak angkat laa plak.. hehe.. so nak dijadikan satu hari tu.. aku tergerak hati nak balik rumah tengahari.. bukannya jauh pun ums ngan indah permai.. paling koman pun 10 minit je driving.. so aku ajaklaa ita pi tapau lunch and balik makan kat rumah.. sampai kat rumah aku nampak anak angkat kak fa'i ni dok tergolek kat satu sudut ni.. tido laa tu.. so aku buat bodoss je.. dah masukkan keta dalam porch aku tengok lagi kucing tu.. badan dia berhabuk2.. aik.. takkan tido kejap dah ada habuk kat badan dia.. so aku dengan curious nya pegi close up.. mak aih.. bukan habuk tapi semut!! dah kena hurung semut dah kucing tu.. so aku wat kesimpulan kucing tu dah mati.. cam tak caya je.. sebab pagi tu kak fa'i nampak kucing tu masih bernyawa lagi.. so aku ngan ita dok termenung memerhatikan kucing tu.. dok pikir camne nak wat ngan kucing ni.. tengah dok kecoh2 tu jiran sebelah pun terintai2.. apa laa minah dua orang ni kecohkan.. so dia pun join tengok.. nasib baiklaa mamat ni volunteer nak uruskan.. loga den.. phewww.. anak2 mamat ni pun datang tengok.. agaknya diorang dah biasa ngan kucing ni.. cam sedih je tengok bapak dia angkat kucing tu masuk beg plastik.. dah keras kejung... tak macam tikus ari tu lembek.. hisssyyy.. tak tau laa mana mamat tu nak campak kucing tu.. tak mo pikir.. biarlaa dia uruskan..
lepas ni apalaa plak yang mati kat porch aku ni.. ada mak anjing tu baru beranak.. banyak anak dia.. janganlaa ada yang pilih porch aku tempat diorang bersemadi.. tak rela.. amit2.. mintak dijauhkan laaa..
Your Neighborhood Asian Market
4 days ago
0 comments :
Post a Comment