Friday, February 3, 2006

Cuti Sakan!!

bestnya balik cuti.. tup-tup tinggal 4 hari je yang tinggal untuk aku bermalas-malasan kat jb ni.. then terpaksa balik kk balik.. mengadap kerja yang menimbun.. melayan kerenah budak2 yang pelbagai macam.. etc.. etc.. etc.. susah jugak rupanya jadik pendidik ni.. klu tak up to what they expected mula laa macam2 cerita yang keluar.. budak2 ni pandai.. 'faks' terus pada orang atas.. last2 kita yang kena.. diorang ni memang.. semua nak kena suap.. kalau tak suap pegi 'faks'.. malas betul nak carik sendiri.. sume kena sedia depan mata.. camne nak maju.. aku yang terseksa..

so cuti camni laa aku amik kesempatan merileks2kan diri.. tak pikir pun pasal keje.. nanti dah balik sana baru laa kelam kabut cam lipas kudung.. tapi aku tak kisah.. janji kat sini dapat tenangkan diri.. actually tak berapa tenang pun.. keje dah dua bulan tapi tak dapat gaji lagi.. tak bleh nak shopping.. jusco tengah sale woo.. list aku berjela2.. nak tukar imej pun tak dapat.. klu tak dah rebonding dah rambut aku.. dah kaler biru dah mata aku.. sume tu aku pendam je.. nak wat camne.. mbe ada hikmahnya aku tak dapat gaji.. niat aku salah.. dapat gaji sebab nak mengubah kejadian Tuhan! hah.. padan muka aku..

well.. aku skarang ni buat bisnes sampingan.. saja suka2 nak tambah side income.. (nak jadi kayo-rayo!!) aku bisnes mutiara ngan kristal.. import sabah mari.. ada gelang.. rantai.. brooch.. butang baju melayu.. subang.. macam2 ada.. harga pun berpatutan.. tak laa macam kat sini.. terkujat badak aku tengok kat tebrau city aritu.. mahal nak mampos.. sape2 yang berminat or nak tau lebey lanjut bleh laa contact aku ye.. sape yang berminat nak bisnes benda2 alah ni aku bleh jadik supplier.. kita calling2 laa ye..

0 comments :