Thursday, June 20, 2013

Ocean Seafood Village Restaurant, Kota Kinabalu

Apa? Makan? Makan? Makan? Makan? (Tiru gaya buaya-buaya dalam kartun Sang Kancil dengan Buaya tu). Hehehe.. Tetiba je ni. Dah nak balik rumah dah time habis kerja. Singgah sekejap kat main office, tengok ada staf tengah sibuk ke hulu hilir calling-calling, coret-coret. Aku pun pergi lah mengskodeng. Lepas tu terus ditanya. Haaaa.. Nak join dinner tak malam ni? Wah.. Aku ni pantang lah kan kalau diajak makan free. Tak payah pikir panjang. Terus angguk kepala. Hehehe.. Lepas tu menggagau lah merempit balik rumah sebab dinner starts at 8pm. Jam pulak dah menunjukkan hampir 6.30pm. Zassss...

Dinner ni sempena tandatangan MoU dengan company dari China gitu. Aku pun tak pasti MoU tentang apa. Ni berkaitan dengan bidang engineering ni. Yang aku tau, aku datang untuk memeriahkan majlis, meramaikan orang. Memang. Kalau aku dan set-set kawan aku tak datang, memang kosong meja ni. Bayangkan meja 10 orang kami 5 orang je yang berjaya menghadirkan diri. Memang kaw-kaw lah makan ni banyak lebih.

Oh, dinner ni kat KK ye. Seafood restaurant. Banyak benda-benda pelik aku nampak kat sini. Kita momommmmm je lah ye!

Menu..

Ostrich ko.. First time makan ni.. SEDAP!

Ni namanya Elephant Trunk Shell?? Entah ye..

Demmnnn.. LOBSTER!! Pun baru first time makan!

Clam Soup..

Semua sekali..

Serius.. Memang tak habis. Kami habiskan yang mahal-mahal je. Kekekek.. Yang lebih-lebih tu dah selamat jugak lah ditapau bawak balik. Cuma aku takdenye lah nak menapau. Tak larat nak makan dah.

Tempat ni ala-ala eksklusif jugak lah. Tempat orang kaya ni. Mana taknya, kami makan tadi untuk 3 meja je pun dah cecah.................. Errr tak yah lah sebut kat sini. Hehehehe.. The ambience quite nice jugak lah. Ada open air space, ada private room, etc. etc.

Open air space..

Hiasan kat dalam..


Meriah meriah..

Memang lah. Kebanyakan hidupan yang ada kat sini memang pelik-pelik. Banyak yang aku tak pernah tengok. Apatah lagi nak rasa kan. Dulu memang rajin lah pi makan seafood, sekarang tak mampu dah sebab takde geng. Lagi pulak, mahal rasanya dan tak berbaloi. Aku kan cheapskate.. Tu sebab aku suka kalau di ajak makan seafood. Hahahhaa..

KO MAMPU?? Aku tak.. 

Lobstaaaaaaaaa!!

Amma Appa... Mahal ko..

Udah udah. Dah kenyang, boleh lah balik. Terima kasih kepada mereka yang membelanja saya makan. Hehehehe..

Related Posts:

  • Aquaria UMS Siapa-siapa yang saja-saja masuk ke dalam UMS untuk jalan-jalan tengok bangunan dan landscape dan alam sekitar, boleh lah singgah di Akuarium dan Muzium Marin. Letaknya di Institut Penyelidikan Marin Borneo. Paling hujung s… Read More
  • Lokan Panggang Salut Selalu jugak lah lalu depan deretan kedai yang ada di Salut ni tapi tak pernah nak singgah. Ha kali ni kita singgah untuk makan lokan panggang ye! Ada banyak gerai kat sini. Pilih je lah yang mana satu nak singgah makan. … Read More
  • UMS Peak Dah 10 tahun kot aku kerja kat sini, tapi ni baru first time aku nak naik UMS Peak! Hampeh betul lah. Aku bukannya apa, cuma tak rajin je nak menapak mendaki bagai ni. Terbongkok-bongkok, tertonggeng-tonggeng naik ke atas, … Read More
  • English Tea House And Restaurant, Kota Kinabalu *Updated on January 2016, restoran ni dah tutup! Apadaa.. Huhu.. Aku baru je tau tentang kewujudan restoran ni di Alamesra KK bila officemate ajak makan kat sini. Ingatkan ada kat Sandakan je, sebelah rumah scary Agnes K… Read More
  • Kerana Orked Kalau tak kerana orkid, memang tak sampai aku ke sini. Aku saja memenuhi permintaan nenek saudara aku yang bertandang ke KK ni untuk pergi jalan-jalan cari orkid hutan. Peminat orkid lah katakan. Dia nak pergi terus ke kamp… Read More

0 comments :