Sunday, April 3, 2011

Cikgu oh Cikgu!!

Bila elaun guru, gaji guru dinaikkan, CikSengal lah orang yang pertama sekali protes. Protes-protes ayam je, tak adalah sampai nak buat sepanduk bagai. Tapi tension lah juga. Kenapa elaun guru boleh bertambah, tapi elaun/gaji pensyarah tak boleh naik? CikSengal rasa bukan CikSengal je yang rasa macam ni. Kawan-kawan CikSengal pun mesti ada rasa yang sama kan? Apalah sangat kerja cikgu tu. Setakat mengajar budak-budak je. Sekolah pagi, tengahari dah balik. Cuti sekolah boleh cuti. Tak perlu nak buat research, tak perlu nak buat consultation, tak perlu nak pergi conference, tak perlu nak bentang paper. Dah semua tak perlu, elaun/gaji perlu naik ke?

Memang itulah pandangan CikSengal terhadap guru ni. Tapi kini, semuanya dah berubah.....

Adik CikSengal merupakan seorang guru. Mengajar Bahasa Inggeris kat salah sebuah sekolah menengah kat Skudai nun. Baru-baru ni CikSengal berkesempatan balik ke sana. 5 hari CikSengal kat sana (Khamis - Isnin), sangat-sangatlah susah nak nampak batang hidung dia. Pagi-pagi lagi dah hilang pergi sekolah seawal 6.45pagi. Balik pulak, kalau belum pukul 6.30petang, jangan harap lah nak ada kat rumah. Wow. Cikgu pun kerja macam tu meh? Kalah pensyarah macam ni.

Bila ditanya kenapa balik lambat, dia kata macam-macam ada. Nak mana satu, sila pilih je. Mesyuarat lah, buat kerja-kerja admin lah, dan yang paling tak boleh aku terima ialah hantar budak-budak ke sana sini. Mentang-mentang ada kereta kan. Kena hantar budak pergi pertandingan ini lah, pertandingan itu lah, hantar pergi praktis lah, pastu amik diorang dari praktis lah. Pastu hantar seorang-seorang balik rumah lah. Gila. Sekolah tak ada bas ke? Tak ada sediakan pengangkutan untuk budak-budak ni ke? Budak-budak ni bukannya masuk pertandingan atas nama cikgu tu. Atas nama sekolah jugak. Aku diamkan je lah. Sebab mungkin boleh claim kos ke hulu ke hilir menghantar budak-budak tu. Tapi TETTTT!!! There is no such thing as claim here! Yes. Cikgu terpaksa buat semua ni for free.

CikSengal ingatkan adik CikSengal kena tipu sebab tak boleh claim segala. Tapi bila ditanya pada pakcik (cikgu juga pakcik ni), dia kata memang betul. Tak boleh nak claim segala. Dia pun terpaksa pergi meeting ke daerah lain tanpa boleh claim perjalanan and so on. Sedihnya dengar. At least pensyarah boleh juga nak claim. Sebab dah diarahkan pergi. Bukannya suka-suka kan?

Weekend pun sama. Hari sabtu, seharian dia di sekolah. Jadi driver. Ahad pulak, full day dengan tuisyen kat sekolah. Bukannya berbayar pun buat tuisyen ni. Kesimpulannya, 7 days a week dia bekerja. Fuh.. TAKDE LIFE BETUL!!

Dalam masa yang sama, adik CikSengal ni buat master jugak. CikSengal kata, habiskan lah cepat-cepat buat master tu. Boleh jadi lecturer. Tak payah nak sakit jiwa kerja jadi cikgu. Nak cuti pun bila-bila boleh cuti. Senang nak ikut pergi jalan-jalan kalau ada promo Air Asia. Hehehe.. Tapi entahlah. Tinggal buat thesis je tu. Tapi tak ada masa katanya. Sibuk sangat dengan benda-benda kat sekolah. Adoii...

Entah sampai bila lah benda ni nak stay macam ni. Apa salahnya sekolah beli bas ke, sewa bas ke untuk angkut budak-budak ni ke sana sini. Kenapa nak menyusahkan cikgu jugak? Kalau nak kena bawak cikgu sekali, angkutlah cikgu tu naik bas sekali pergi dengan budak-budak tu. Tak salah kan? Sekolah tak ada duit? Tipu lah.

Ehhh.. Aku ni bukannya cikgu. Tapi aku defend cikgu pulak? Hahaha.. Apa-apa pun, lepas ni kalau gaji/elaun guru dinaikkan, CikSengal tak nak bising-bising dah. Kesian kat diorang. Ehh, CikSengal kesian kat cikgu-cikgu yang senasib dengan adik CikSengal je. Cikgu-cikgu yang goyang kaki, malas CikSengal nak kesiankan. Apa-apa pun, kita ni bekerja kenalah ikhlas. Kalau tak ikhlas, apa pun tak jadi. Betul tak?

1 comments :

E K A said...

ha tau pun... ;) guru skang ni dah tak mcm dulu lagi.bebanan keje pentadbiran lebih byk dari tugasan utama.pada zahirnya mmg betul gi pagi, balik tgh hari...tp byk aktiviti lain plus semak buku kat umah...kalu semak waktu skolah mmg tak sempat.itu tak kisah la kan sbb mmg tugas guru.tp kalu bab claim tu kalu anta budak gi pertandingan ke apa ke...sendiri le.tak de sapa nak tanggung..kadang2 weekend pun dok pk hal skolah camne nak bg ank murid pandai...