Tuesday, April 5, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 4: To Jeju! Seogwipo Harbour, Ankori Pakkori & Saeyeonggyo Bridge

Tuesday 15th February 2011

Day 4 people! Adoi.. Banyak hari lagi nak kena tulis ni. Kita buat slow-slow lah ye. Hari keempat ni, kami akan bergerak menuju ke Jeju. Yey!! Kami memang dah plan siap-siap. By hook or by crook, kita mesti pergi Jeju! Tapi nak pergi Jeju ni bukannya senang. Macam-macam dugaan lah yang dilalui. Tapi syukur alhamdulillah. Sampai juga kami di Jeju.

Well, nak pergi Jeju, we had to say bye bye lah kat Sunshine Guesthouse ni. Sedih pulak rasa. Hahahaha.. Guesthouse yang telah banyak berjasa kepada kami kerana kedudukannya yang sangat-sangat strategik untuk bergerak ke mana-mana. Sebelum pergi, sempat juga aku snap beberapa keping gambar common room untuk dijadikan kenangan. Kot-kot rindu kat Sunshine ni. Hehehe..


Comfortable place to lepak.. Kat belakang kanan tu dapur..



Boleh tengok TV.. Boleh surf internet..

Nak main pool pun boleh..

Nak melalak pun boleh.. Spot favourite aku ni..

Kami tinggalkan beberapa beg di sini sebab tak larat lah nak angkut ke Jeju sana especially beg aku. Pinjam beg K Awa je lah. Baju pun ciput je yang di bawak sebab tau memang tak mandi punya. Hahaha.. Tapi mandi tau! Cuma bukan tiap-tiap hari je lah.

Dah tergesa-gesa keluar tu, lupa pulak aku nak ambik gambar si Taeyang. Tett!! Bukan Taeyang Big Bang ye. Tapi anjing gebu yang besar yang dok jaga guesthouse ni. Walaupun besar, dia tersangatlah comel serta penuh sopan santun. Tak ada nak menyalak kat tetamu guesthouse tu. Dah diajar kot oleh tuannya. Hehehe.. Muka dia sayu je. Bila kami melangkah keluar dia macam ala-ala nak ikut. Dok mengintai dari celah-celah pagar. Alahai.. Kalau kau tu kucing, aku dah peluk dah!

Off to Jeju! Yes, naik subway dari Jongno 3 Station, Line no 5 menuju ke Gimpo Airport. Satu hala je. Tak payah nak tukar-tukar station. Senang hati. Dah sampai kat check in kaunter, ala-ala gabra jugak. Biasalah. Beli tiket online. Macam-macam yang dia nak. Alien registration number segala. Kalau aku ni alien boleh lah bagi no pendaftaran aku. Tapi aku orang. Hahaha.. Rupanya Alien registration number tu nombor pendaftaran bagi orang-orang luar yang duduk lebih 3 bulan kat Korea ni. Ohoo.. Kalau macam tu kami ni bukan alien lah. Selamat! Tu satu hal. Masa nak isi nama pun satu hal. Biasa letak nama sendiri and nama bapak je. Tak pernah pun nak letak Binti kat tengah-tengah. Mati lah masa check in nanti dia tak bagi naik flight sebab nama dalam booking tak sama dengan nama dalam passport. Wuhuhuhuhu!!

Syukur Alhamdulillah! Tak ada masalah masa check in. Orang kat kaunter tu siap tulis balik nama kami mengikut passport kat atas boarding pass kami. Cayalah!! Disebabkan naik flight murah kan, boarding pass pun ala-ala Air Asia jugak ni. Tak kisah lah kan, janji dapat pergi Jeju. Berapalah kos tiket flight ke Jeju ni? Kami naik Eastarjet. Korea low-cost carrier ni. Kebetulan masa beli tu ada diskaun. About KRW19000 one way. Tapi gitu gini gedebak gedebuk campur tax, totalnya KRW85400 seorang for return tickets Gimpo-Jeju-Gimpo. Lebih kurang RM240. Boleh lah kan? Lagi pula, beli pun last minute jugak ni. Just a few days sebelum bertolak ke Korea. Sampai pening-pening orang yang tukang beli tiket ni. Hehehe..

Boarding Pass Eastarjet Gimpo - Jeju

Macam biasa, sebelum apa-apa kita mesti minum kopi DIY dulu!!

Perjalanan ke Jeju mengambil masa 1 jam 5 minit. Tak sempat buat apa pun aku kat atas tu. Tapi ada orang tu sempat lagi tidur dengan nyenyak. Sabar je lah aku! Dalam boring-boring tu, tiba-tiba suasana jadi riuh. Kecoh betul bila pramugari yang comel-comel tu bergerak ke sana sini. Disuruhnya penumpang-penumpang semua mengangkat tangan. Mak aih.. Diorang nak buat apa ni? Dah lah speaking bahasa dia. Sepatah haram aku tak paham. Gabra sekejap. Semua orang angkat tangan. Kami berempat diam je. Tak tau nak bagi reaksi macam mana. Sekali.....

Rupanya, pramugari-pramugari ni ajak penumpang-penumpang main Paper Rock Scissors!!! Hadoii.. Tak pernah-pernah aku naik kapal terbang ada main game macam ni. Of course, terjakun sekejap lah aku kat situ. Hahaha.. So masing-masing main lah. Aku perhatikan je. Seronok betul diorang. Yang menang dapat hadiah. Fuhh.. Bagus jugak buat aktiviti macam ni. Boleh propose kat Air Asia ni. Kita main lat tali lat tali tamplom!!

Kauwi-Bauwi-Bo!!!!

Then, landing lah kami kat Jeju airport. Terasa macam artis pun ada bila keluar dari arrival hall sebab semua orang pakat pandang kami macam kami ni alien. Aipp!! Belum cukup 90 hari lagi kami duduk Korea ni ye! Hehehe.. Aku sempat lagi ditegur seorang makcik cleaner ni. Nomu yeppoyo katanya. Waaahh.. Kamsahamnida ommonim.. Aku ni dikatanya cantik. Bangga tak sudah! Hahaha.. Tu sebab aku suka Korea ni. Bukan hari ni je, semalam-semalamnya pun kami ditegur beberapa orang makcik dan pakcik ni mengatakan kami ni cantik. Kembang woo!! Suka gila dengar. Lagi suka kalau masing-masing ada anak bujang yang hensem. Muekekeke..

Kami terus pergi ke information counter untuk mendapatkan maklumat macam mana untuk ke Jeju Hiking Inn. Yep, kami akan bermalam di sana untuk dua malam. Jeju Hiking Inn ni letaknya di bandar Seogwipo. The other side of the island. Lebih tepat lagi Seogwipo ni di belah selatan Jeju sedangkan bandar Jeju ni kat utara Jeju. Nak ke sana, kami kena naik bas airport limousine no 600 dan berhenti di depan New Gyeongnam Hotel. Kena jalan sikit lah untuk ke inn tu.

Kami stay di Jeju ni 4 hari 3 malam. Kalau ikutkan itinerary kami yang poyo tu, malam terakhir nak tidur di airport je sebab flight kami balik ke Seoul pukul 8 pagi. Tapi, disebabkan pengalaman kesejukan yang terlampau tidur kat Incheon Airport, kami tak sanggup dah nak ambik risiko lagi. Cepat-cepat kami cari tempat tidur untuk hari ketiga. Luckily ada internet area di Jeju airport ni. Search budget hotel, nama hotel pertama yang keluar ialah Smile Hotel. Tuan punya hotel ni, Englishnya ala-ala je. Susah juga nak communicate. Tapi berjaya jugak deal dengan dia. Satu malam KRW50000 untuk 4 orang. Not bad!

Cari maklumat.. Sambil tu minum kopi lagi..

The traffic lady. Comel gila..

Ok. Off we go!! Bergerak lah kami menuju ke Seogwipo. Tambang nak ke sana KRW5000. Perjalanan mengambil masa dekat 45 minit jugak ni sebab stop banyak tempat. Aku pun tak perasan sangat ke mana arah tuju kami sebab sedap bantai tidur atas bas. Tapi sekali sekala bukak mata nampak snow memutih kat tepi-tepi jalan. Wahh.. Cantiknya.

Duduk depan sekali belakang driver bas..

The bus took us to Jungmun Resort. Nampaklah Teddy Bear Museum, hotel-hotel and resort-resort. Mostly resort ni tempat shooting drama. Nampak lah banner besar scene bench kiss dari Secret Garden. Besok-besok boleh pergi cari bench tu. Hehehe.. Akhirnya, sampai juga di stop kami. Bear in mind, bas tak berhenti betul-betul depan Jeju Hiking Inn. Kena jalan sikit. Dah turun bas tu, pening pulak dah nak menghala ke mana. Kebetulan kami turun bersama-sama satu middle-aged couple ni. Nampak moden dua-dua. Aku rasa Seoul mari ni. Boleh speaking english dengan baik. Nak tolong kami, tapi dia sendiri pun tak tau selok-belok Jeju. Setakat bertegur sapa macam tu sajalah. Lepas say bye bye kami jalan menonong menuju ke Cheonjiyeon Falls. Akhirnya, bertemu juga dengan Jeju Hiking Inn!

Jalan.. jalan.. dan jalan..

Tadaaaa!!!

Kami masuk ke dalam. Tak ada orang. Manalah pulak tuan Jeju Hiking Inn ni. Aku ketuk cermin kaunter pendaftaran, then ternampak ada benda bergerak-gerak kat lantai. Ya ampun! Dia tengah tidur kat bawah tu rupanya. Hahahaha.. Ala-ala mamai jugak orang ni. Serabai pun ye. Tak menyempat basuh muka segala, dia terus layan kami. Kekeke.. Sabor je lah. Kami settlekan duit bilik KRW28000 setiap seorang untuk dua malam. Lepas tu, owner tadi tunjuk kat kami tempat-tempat menarik yang boleh kami pergi. Then aku menyampuk, kalau nak ke Halla-san macam mana. Dah sampai Jeju kan. Halla-san tu tempat wajib nak menyinggah. Boleh berangan ala-ala Samsoon kat atas nun. Owner tu buat muka pelik. Lebih kurang macam, SERIOUSLY KORANG NAK PERGI SANA? Hahahaha.. Aku pun buat muka pelik balik. Dia kata kalau nak pergi sana kena ambik full day. Lagipun ada certain tempat je boleh pergi sebab snow tebal sekarang ni. Lagipun dia tak confident tengok outfit kami yang ala-ala nak pergi tengok wayang je rupanya. Hahahaha.. Dah berapa gunung dah kami panjat, semuanya outfit tak kena. Gear tak pernah lengkap. Terpaksa lah kami lupakan Halla-san. Huhuhu.. Next time lah ye.

Next thing to do is makan! Ada satu tempat ni memang sangat-sangat di recommend. Owner kata, memang ramai yang pergi ke restoran ni. Ok. Why not. Kita try pergi juga nanti. Dia kata lagi, kalau tak makan daging cakap je NO KOGI sambil buat simbil pangkah dengan tangan. Paham lah orang restoran tu nanti. So, masuk bilik, letak barang, solat and off to makan!!

Kedai makan ni namanya Ankori Pakkkori. Tak jauh dari Jeju Hiking Inn. Turun menghala jalan ke bawah, belok kiri and then jumpa junction, belok kiri lagi. Kedainya tak laa besar mana. Masa kami sampai, ala-ala tutup lah pulak kedai ni. Tapi sebenarnya tak. Tak ada customer kat dalam so boleh lah kami melepak tak tentu pasal kat sini. Hehehe.. Pekerjanya memang tak cakap English. Nasib baik apa yang dia hidangkan kat sini sejenis makanan je iaitu Baekban. So orderlah kami Baekban ni. Yang penting, no kogi. Hehehe..

Interior..

Busy ahjumma ahjumma kat dapur..

Then, baekban yang dinanti-nantikan pun muncul. Tadaaa!!

Baekban!!

Biar betul? Boleh habis ke ni? Hahahaha.. Rupanya Baekban ni macam nasi berlauk kita lah. cuma lauk dia ya ampun banyaknya. Takpe. Kita tengok dulu macam mana keadaannya. Boleh habis ke tak. Hehehe.. Kami ni kalau ke mana-mana memang pembuka rezeki. Dari tak ada orang dalam kedai tu, terus bermeja-meja yang datang. Bagus kami ni kan? Hehehe..

TAK HABIS?? Kalau tak habis tu bukan kami lah tu. Mesti lah habis. Orang jawa makan mana boleh tinggal baki. Muahahaha.. Malu nak cerita ni, bukan ini je yang kami makan. Ahjumma tu siap bawak lauk tambah lagi tiga mangkuk. Semuanya selesai!! Hehehe.. Bagus kan appetite kami ni. Makan je apa yang dihidang. Kalau jalan-jalan tempat orang kenalah makan makanan diorang. Kalau dok komplen kata tak kena perut lah, tak sesuai lah, baik tak payah pergi jalan-jalan. Nak makan makanan yang kena dengan tekak baik jalan-jalan kat dalam Malaysia je. Ok, Baekban ni kos dia KRW7000 satu kepala. Berbaloi-baloi!

Fuh!! Anak siapa la ni yang makan ni..

Ankori Pakkkori dari luar. Memang tak boleh missed punya kedai ni..

Dah selesai makan, kami jalan-jalan. Nampak lah pulak Family Mart. Kami mana boleh kalau jumpa tapi tak masuk. Hehehe.. Masuk ler, and kopi DIY satu! Dengan kopi di tangan kami pusing-pusing area situ. Jalan-jalan menghirup udara senja. Dah tu, kat tengah jalan kena tegur dengan seorang local ni. Dia pandai cakap english tapi nampak weird sikit mamat ni. Kami pun jawab ala-ala je lah. Kami ke kiri dia ikut ke kiri dari belakang. Kami ke kanan dia ikut ke kanan. Waduh.. Siapa mamat ni? Seram dah aku. Kami stop. Mamat tu terus berjalan dan dia stop di depan. Kami patah balik, dia pun patah balik ikut kami. Kami stop lagi konon-konon ambik gambar. Dia pun stop tengok kami berposing. Cisss!! Blah lah kau mamat!!

Poyo-poyo ambik gambar sementara pikir cara nak lari dari mamat tu..

Posing tanpa orang..

Dah takde idea dah nak lari ke mana. Nak terus ke inn, takut dia tau kami duduk kat mana. Mau dia tercegat depan pintu inn tu je. Nak masuk ke dalam restoran, sampai bila laah kami nak duduk dalam tu. Jadinya, kami jalan cepat-cepat ikut jalan kecik di belakang. Agak-agak dia tak nampak kami pun pecut!! Dengan kopi panas kat tangan. Macam kartun dah. Hahahaha.. Sempat lagi toleh-toleh belakang kot-kot dia ikut lagi. Nasib baik tak ada. Tenang sikit nak jalan balik ke inn. Isyyy.. Stalker ke hapa dia tu?

Sampai kat inn kami tak masuk bilik terus. Lepak-lepak kat bilik komputer. Bukak facebook segala, upload gambar kasi orang jealous some more. Hehehe.. Dah tu, bising sangat agaknya kami ni merepek entah bukan-bukan cerita pasal stalker tadi, ada seorang lady ni datang menjenguk. Dia tanya Malaysian? Wohh.. Dah berapa hari kat Korea ni, asyik kena teka India je. Tak pun Filipina. Ni tekaan yang tepat! Pandai orang tu teka. Sekali orang yang teka tu orang Malaysia jugak. Hahaha.. This Chinese lady and dua lagi kawan dia jalan-jalan merewang kat Jeju ni. Sempat lah jugak borak-borak. Kalau tak silap, dia jalan-jalan ke Korea ni sebulan. Gila baban aku jeles. Huhuhu.. Kat Jeju ni pun dia tak tau lagi nak duduk berapa hari. Bila-bila rasa dah habis meround Jeju, diorang pergi Seoul pulak. Huwaaaa!! Bila lah aku boleh jalan-jalan style macam tu ye?

Dah habis godek internet, kami keluar menikmati keindahan Jeju di waktu malam. Hehehe.. Kami bergerak ke Saeyeonggyo Bridge. Dari jauh dah merelip-relip di waktu malam. Waduh. Punyalah jauh nak jalan. Dah ler sejuk sampai menggigil-gigil. Tapi gagahkan jugak diri tu.

Saeyeongyo Bridge

Saeyeongyo bridge ni sebenarnya jambatan biasa je yang menghubungkan Seogwipo Harbour dengan satu pulau ni. Dah malam gelap gulita, tak dapat lah nak meround pulau tu. Kalau siang boleh lah tengok apa yang ada. Owner inn kata, pusing-pusing pulau tu tak sampai 30 minit pun. Tengoklah, kalau sempat besok kami datang lagi.

Saeyeongyo Bridge lagi..

Oh lupa. Khuntoria couple pun sempat posing dengan bridge ni masa diorang pergi Jeju baru-baru ni dalam WGM. Huh!!

Tengah nak memahamkan sejarah tempat ni..

Dah habis berposing tu, kami bergerak balik menuju ke inn. Nampak je Family Mart on the way balik tu, kami singgah macam biasa. Hehehe.. Minum kopi panas-panas di kala sejuk macam ni. Uwaaahhh.. Sangat lah best.

Jeju Olle Route.. Salah satu cara nak menikmati keindahan Jeju adalah berjalan kaki mengelilingi Jeju.

Habis dah aktiviti kami hari ni. Malam tu just relaks-relaks dalam bilik saja. Bukak laptop main internet, update apa-apa yang patut. Lupa pulak nak cerita. Bilik yang kami duduk tu ada satu katil double and satu katil bertingkat. Aku selamat tidur kat tingkat atas. Punyalah dekat dengan siling. Serious tak boleh duduk tegak atas katil tu. Harus kepala aku teleng kena siling. Tak apalah. Janji boleh tidur kan? (^__^)V



Kos perbelanjaan hari ini :- KRW128000



Till next entry!!

17 comments :

en_me said...

salam cikgu yg sengal tewww.. nk tanye skit pasal jalan2 KK..

CikSengal said...

yes en_me.. nak tanye apa??

en_me said...

me ada antar email..

CikSengal said...

hantar email? tak dapat pun...

E K A said...

bestnya !!! bila la saya dapat ke sana

Anonymous said...

bestnya!! maw pegi korea gak.... kira2.. budget ke sana brapa r??

Anonymous said...

assalam.
great recaps on ur trip to korea. planning to go as well, insya allah next year. still planning and ur site is a great help. still, what happened to the rest of ur days in korea? looking forward to the next post on the trip. :-)

izah.

CikSengal said...

eka,
kalau nak pegi, pegi je.. tak payah nak tunggu2.. kalau tunggu memang tak pergi lah jawabnya..

anon,
budget depends pada apa nak dibuat kat sana.. saya pergi sana for 9 days total expenses around RM2500..

izah,
still working on it!! the next entry will be posted today, insyaAllah.. btw, thanks for dropping by and find this site useful. :)

mecheko said...

tumpang tanya...kat Incheon Airport tuh mmg sejuk ker? lepas tuh, kat Sunshine guesthouse tuh ada free WiFi tak? nak pergi hujung bulan nih. booking guesthouse dan airline ticket ke Jeju tuh mmg kena buat online dari sini dulu yer? lagi...kalau ke Jeju trip by day berbaloi tak? sebab tak nak pun panjat gunung Hanla cam Khuntoria / Ssangchu couple...hehehe...malas.

CikSengal said...

mecheko,
kat incheon airport tu boleh kira dengan jari berapa ramai yang overnite kat situ.. so kebanyakan tempat kat situ diorang switch off heater.. tu yang sejuk.. ditambah2 lagi time winter.. sejuk ler..

sunshine guesthouse tu ada free wifi.. tapi kena pergi dekat common room.. kalau kat bilik macam tak sampai signalnya.. tak booking hotel lagi ke?? woww.. beraninye.. hotel2 kat sana sentiasa penuh.. biasanya diorang booking 3-4 bulan awal.. harap2 dapat lah hotel nanti ye..

kami ni jalan2 pentingkan benda murah.. so bila ada promo tiket flight ke jeju kami terus beli online.. buat time kat malaysia.. kalau beli time nak pergi confirm mahal.. tiket flight korea ni dia punya tax yang mahal..

jeju tu besar.. kami stay 3 hari kat jeju pun rasa tak cukup.. bagi saya kalau pegi return trip sangat sangat tak berbaloi.. and tempat2 menarik kat jeju semua jauh2.. bukan dekat2..

queenaz said...

assalamualaikum cikgu...nk tnya kalo duduk hiking inn kan...camna nak g g ke saeyeonggyo(khuntoria) bridge tu ye..lama mana perjalanan? saya google bridge tu tak jumpa

~pastu kan...hiking inn nak ke teddy bear museum, convenient tak naik public transport dia....

boleh tak cikgu crta serba sdikit transport kt sana

~ni email saya techno_ocean87@yahoo.com :))) thnku..

mecheko said...

hahahaha...baru sekarang baca balasan comment you. dah balik ke malaysia sebulan lebih dah. mmg jeju beeeesssaaarrrr....kitorang amik travel van provided by ourr hotel so dapat gaklah round 7-8 places kat jeju. tapi rasanya itu pun 1/4 kawasan jeju jer.

mmg sejuk giler tidur kat airport. mula-mula nak try tidur kat sauna diorang kat airport tapi kena pakai uniform lah pulak (mcm dalam happy together tuh). jd sangatlah tak sesuai untuk yang bertudung.

and berjalan2 kat seoul rasa mcm tak cukup jer sebab tak dapat singgah hongdae...berhenti jalan sampai sinchon jer dari idae sebab hujan...huhuhu...kalau ikut hati mcm nak pergi lagi tp anak2 dok ngungkit2 pasal tinggalkan diorang...hehehehe...kena bawa diorang poket rabak gilerlah...itu belum kira kat sana lagi. nak berjalan sure susah sebab diorang kecik. subway line dier dari satu line ke line lain agak jauh gaks and ada station yang kena memanjat tangga...oh tidak sesuai. tunggu diorang besarlah...atau kalau dapat sambung belajar sana next year...hehehehe...

e.l.i.z.@ said...

Br nk tanya..ko dh jwb utk org..tp aku nk tanya jugak..apa website utk booking tiket ke jeju? Aku ni pun blum book hotel lg...riso la plakkkkk

CikSengal said...

kena booking awal hotel ni.. takut penuh.. time2 camni ramai japanese datang melancong..

http://www.eastarjet.com/book/index.htm ni website dia.. aku tak penah cuba.. kawan aku yang beli tix pi jeju tu..

e.l.i.z.@ said...

Okies tq...
Laki aku nk cr hotel yg ada oven hahaha...nk bwk mknn dlm tin tu la.konon leh panaskan pkai oven..bwk megi n milo dh ler....eh ke milo ada jual kt family mart?

CikSengal said...

hahahaa.. kebanyakkan guesthouse memang ada oven/microwave tapi kat common room lah.. share sengan semua orang.. memang senang.. milo tak pasan plak aku ada ke tak.. dolu2 aku bawak je milo 3in1 dari mesia..

e.l.i.z.@ said...

Ooo ada ke..kalu gitu senang laaa...xkisah share pun..toilet kt sunshine tu tak share kan?

Kalu gitu baik aku bwk siap2 milo tu