Cik Sengal dan K-Meroyan-Chingu Cik Sengal pergi menjelajah satu borneo semalam. Sampai tak reti-reti nak balik. Kebetulan di situ ada pameran pendidikan dan kerjaya. Cik Sengal dan chingu pun singgah untuk menyemak di satu booth yang tidak asing lagi bagi Cik Sengal.
Ada tiga orang di booth tersebut. Seorang pakcik dan dua orang yang tak berapa pakcik lagi. Cik Sengal saja borak-borak dan tanya-tanya. Buat-buat ramah-tamah. Konon-konon Cik Sengal nak sambung belajar lah ni. Sakan mendengar penerangan dari pakcik ni. Disebabkan dia sudah baya-baya abah aku, dan gaya percakapan pun macam orang yang berpendidikan tinggi, aku andaikan dia seorang profesor mewakili IPT di booth tersebut.
Pakcik itu bukan main promote lagi untuk sambung belajar di IPT nya. "Kalau kamu isi borang hari ni, hari Isnin nanti kami keluarkan surat tawaran." katanya. Fuh.. Tak kan secepat itu? "Iyaaa.." katanya lagi. Sekarang IPT itu ada banyak duit untuk pelajar postgrad tapi tiada calon. Might as well apply, then we'll see how it goes. Oklah. Cik Sengal dan chingu pun isi borang. Mana lah tau kan, rezeki Cik Sengal bukan di Korea sana. Kenalah ada option lain.
Setelah selesai mengisi borang, tiba-tiba lelaki yang tak berapa pakcik tu bersuara..
Pakcik tadi pun ikut gelak. Dari cakap secara formal, terus informal tahap tujuh petala langit. "Kau ni kan, kenapa kau tercampak kat sini? Balik!! Balik!!" Dah. Cerita benda lain pulak dah."Chesssss... anak ********** rupanya.. HUARGHHUARGHH
WAKAKKAKAWKAWKAK.."
Adeh. Sabor je lah aku...
*Pakcik tu merupakan bekas TNCA IPT itu. Alahai. Sempoinya dia.
0 comments :
Post a Comment