Semalam aku saja silence handphone. Tak mahu diganggu kekdahnya. Pukul 9 malam, baru aku membelek handphone. Ada 4 missed call dari Ika Kembong. Apa lah minah ni nak. Berderet-deret dari pukul 8.07, 8.10, 8.12 dan 8.14 dia call. Aku pun hantar mesej. Almost 15 minit tak berbalas pun mesej aku. Terpaksa lah aku call. Tak diangkat pulak. 4 kali aku call, 4 kali tak diangkat. Ooo.. Dia nak balas dendam ye. Aku berkata dalam hati.
Aku telefon ke rumah. Aida yang angkat. Aku tanya mana si Jebon. Kenapa aku call dia tak angkat. Aida kata tak ada orang kat rumah. Semuanya pergi KL makan angin. Baru je pergi petang tadi. Aku pun cuba call lagi si Ika. 2 kali aku call. Tak berangkat jugak. Dah tu aku call Wak Daut pulak. 3 kali aku call tak berangkat. 2 kali aku call masuk voice mail. Aku call Din Gemokk pulak. Tak berangkat. Aku hantar mesej. Tak berbalas jugak.
Bila dah keadaan macam ni apa yang kau bayangkan? Mesti macam-macam kan? Mesti ada something wrong somewhere kan? Barulah rasa menyesal mensilence kan handphone tatdi. Tak senang duduk aku dibuatnya.
Aku call lagi Ika Kembong. Masih diam. Aku call Wak Daut lagi. Then baru lah berjawab setelah banyak kali aku mendail. Terus aku menerjah,
"Abah kat mana???"Risau dah aku kan. Nasib baik Wak Daut yang angkat telefon. Kalau si Jebon tu yang jawab memang aku dah mengamuk dah. So, Wak Daut pun menjawab,
"Baru lepas makan satay kajang."HOH??? Makan Satay Kajang?? Aku tanya lagi, kenapa si Jebon call banyak kali dan kenapa aku call semua orang tak berjawab. Nak tau Wak Daut cakap apa??
"Oooo.. Dia saja nak kerek dapat makan satay kajang. Dah masing-masing syok makan, mana nak dengar bunyi handphone.."Aku terasa macam nak lesing somebody.......
2 comments :
wak daut balik kg ye? tu la yatt ko asik buli ika je kan dah ketulahan hehehe...
ada kat rumah.. baru balik awal julai baru ni.. dapat coti2 sampai raya kelima nanti.. sempat laa nak raya.. kalau tahun lepas ngencess ketupat ngan rendang dari jauh je lahh.. hahaha..
Post a Comment