Wednesday, February 11, 2009

Kisah Aku Dan Angin Kuskusku..

Di suatu pagi yang hening..

berkira2 nak bom infosys, kpt dan mdec... suka suki korang ye tukar bengkel yang kat KL nun pi PENANG?? dah laa aku petang ni nak jalan dah.. *^%!&)!$^*)#$@
Itu status di YM aku pagi tadi. Ye. Angin kuskus ku datang melanda. Entah apa lah nasib ku ini. Setiap kali ditugaskan untuk bekerja di luar, aku pasti menghadapi masalah yang pelik-pelik. Bermula dengan kes MCSE, berlarutan ke Infosys (India), Satyam dan kali ini Infosys lagi. Hahaha.. Dah kena badi agaknya aku ni.

Aku diarahkan untuk pergi ke bengkel kerjasama Infosys dengan KPT dan MDeC di KL pada hari Khamis 12 Februari 2009. Banyak yang nak diceritakan di bengkel tu especially tentang perlaksanaannya di Malaysia atau lebih tepat lagi di UTEM pada bulan Mei ini. Secara jelas dan nyatanya, program Infosys ni tidak lagi dijalankan di India seperti tahun-tahun sebelum ni. Fuh, kiranya kami bertuah jugalah tahun lepas. Last batch ke India rupanya.

Sebenarnya ikan-ikan jaws yang harus pergi, tapi disebabkan mempunyai urusan lain, aku yang lebih familiar dengan selok belok Infosys ni diminta hadir sebagai wakil. Seperti pengalaman lepas-lepas berurusan dengan hal-hal berkaitan KPT, aku tangguhkan dulu pembelian tiket kapal terbang dan penempahan hotel. Aku lebih rela buat last minute. Sebabnya? KPT selalu ubah tarikh last minute. Tak nak aku jadi orang bodoh buat kerja dua tiga kali.

Setelah aku rasa cukup tempoh 'last minute' tu aku pun buatlah benda-benda yang necessary. Hari Isnin, 9 Februari aku selesaikan semuanya. Hari Selasa aku melayari hari macam biasa. Petang Selasa 10 februari aku terima fax dari KPT tentang bengkel Infosys ni. Aku agak confius juga kenapa KPT hantar lagi surat sedangkan aku sudah memaklumkan kehadiran aku ke bengkel tu. Oleh sebab sudah pukul 5 lebih aku campak saja surat itu di atas meja dan aku pun balik ke rumah dengan hati berbunga-bunga. Macam mana tak berbunga. Dapat peluang berjalan-jalan keluar dari Sabah ni. Seronok lah rasa! Hahaha..

Hari ini, seperti yang dijadualkan aku akan ke KL pada jam 5.35 petang. Jam 3 petang aku harus bergerak ke airport. Takut jem lah pulak kan. Paginya aku masuk juga office untuk menyelesaikan beberapa kerja. Agak-agak dah siap semuanya, aku bersiap-siap untuk balik ke rumah. Surat asal dari KPT aku capai bersama-sama surat yang baru di faks kan semalam. Aku belek sekali lalu. Well, aku terkejut sangat-sangat bila membaca bahagian lokasi bengkel tu diadakan. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Hah? Aku baca lagi sekali, dan lagi sekali, dan berkali-kali. Yep. USM! Terasa sesak nafas aku. How come? Aku terasa seperti nak belasah orang pada masa ni. Tapi nak belasah siapa? Marahnya aku. Tapi ada juga perasaan tak hairan tentang last minute changes ni. Dah immune dah dengan benda-benda ni. MCSE, Infosys (India) and Satyam tu pun sama saja kisahnya. Semuanya melibatkan last minute changes of the date.

Aku dengan tangan menggigil-gigil mendail nombor KPT. Aku mahukan penjelasan. Apakah mataku ini kero ketika melihat surat itu? Betul ke lokasi baru yang aku baca tu? Jawapan yang aku terima, ya tukar ke Penang sebab nak sekalikan dengan mesyuarat MADICT. Boleh ye gitu? Boleh la babe! Aku yang tak suka dengar ni pun terpaksa la ikut.

Berlari aku mencari Kak Yati. Flight ke Penang, hotel, semua perlu diuruskan sebelum aku jalan. Nak tak nak, flight aku ke KL terpaksa di awalkan. Kalau tak, tak dapatlah aku naik connecting flight ke Penang. So, jam 1 tengahari aku harus ke airport! Memang masak aku kali ni. Pukul 12 masih belum settle apa-apa lagi. Lebih kurang 12.15 baru lah aku dapat e-ticket yang baru. Aku terus berambus dengan pantasnya. Tapi tak lah sepantas Nemesis ye. Haha.. Jam 1, teksi datang menjemput aku di rumah.

Memang sengal aku hari ni. Silly me tak baca surat baru tu betul-betul. Tapi silly them, tak inform awal-awal. Suka sangat last minute. Dalam flight ke KL aku baca lagi surat tu. Kali ni betul-betul satu persatu perkataan aku baca. Ok. Betullah tu di USM. Then secara tiba-tiba dan tak sengajanya aku ketawa sorang-sorang bila baca bahagian aturcara program. Lantak lah orang sebelah aku kata aku gila ke hapa. Mana aku tak ketawa. Program: Bengkel Kerjasama Infosys, KPT dan MDeC, Masa: 8.30am - 10.30am. Hahahahaha... Berhabis aku pening kepala, sesinya cuma 2 jam saja? MEMANG HANGGUK!

4 comments :

na.ni said...

hy cik yatt..
haha. cik yatt geram psl 12feb tu..sy lak relief..sbb tak yah bg speech.
LOL.
stage fright neh..wuwuwu~

oh.tp klo x cancel, leh kita comolot kt Pan Pac KLIA kn?
hihihi

CikSengal said...

hehehe.. ni sape ni? tak kenal susah laa nak comolot.. kekeke..

na.ni said...

akma syazwani. one of the infocians 2nd batch.
xpopuler. sbb tu cik yatt tak knal.
hihii
cik yatt knal afifi?

CikSengal said...

lehhh.. bila sebut nama penuh kenal ler.. kekeke.. oo aritu ada gak slide mention umat2 yang nak bagi feedback tu.. siap gambo beso lagi.. hahaha.. cikgu nazre pun ada skali kena bagi speech tu.. tapi pakkal je tak jadi kan.. kalau tak jumpe laa kita bercomolot sakan.. wakaka..

kenal afifi tu.. ramai yang kenal sebenarnye kalau disebut nama penuh.. hahaha..