Aku dapat tag ni dari Facebook. Dah berapa orang dah telah mentag aku dengan entry ni. Cuma belum berkesempatan nak buat. Lagipun, apa lagi nak dicerita tentang diriku ini? Semuanya boleh dikorek dari blog ni. Tapi tak apalah, rumuskan secara keseluruhan saja lah ye.
Instruction:
Once, you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things. At the end, you choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you. If I didn't tag you, it's because you've been tagged.
Here goes!
1. Mungkin ramai yang setuju kalau aku katakan perangai aku ni serupa dengan perangai abahku. Sengal most of the time!
2. Aku suka membaca. Aku membesar dengan buku-buku Enid Blyton dan R.L Stine. Kesemuanya masih ada lagi dalam simpanan sampai sekarang. Aku juga ada lebih kurang 130 novel melayu yang aku buat koleksi. Novel english pun aku layan, tapi tu aku tak buat koleksi lah. Serahkan pada Aida je. She got like 50++ of those. Novel english mahal kan, biar lah dia yang menghabiskan duit dia. Aku tumpang baca jek. Hihihi..
3. Aku gila drama korea. Tiap-tiap malam aku akan tercongok depan TV melayan channel 303. Currently addicted to 'Boys Over Flower'. Junpyo oppa! Kekeke.. Setakat ni 28 buah drama aku dah jadikan koleksi dan koleksi itu semakin bertambah.
4. Aku pernah escape death. Kancil aku yang comel itu dilanyak oleh lori pasir. Cerita lanjut tengok kat sini dan sini.
5. Aku banyak berpindah randah. Dari kecik sampai la besar ni. Macam orang Arab Badwi lah pulak. I spent 6 years of my childhood life kat negeri orang putih.
6. Aku sangat-sangat disukai oleh nyamuk. Sedap betul kot darah aku ni? Kalau kena gigit nyamuk, boleh berbekas sampai berminggu-minggu. Kadang-kadang boleh sampai bernanah. Oleh itu aku tak pernah nak suka aktiviti camping. Hehe..
7. Aku tak pernah terfikir nak belajar sains komputer dari degree sampai ke master dan seterusnya jadi lecturer dan akan buat phd. Sebabnya cita-cita aku sampai sekarang adalah menjadi seorang arkitek. Agak-agak boleh lagi tak kejar cita-cita ni?
8. Aku tak pandai nak approach orang. Sebabnya, aku shy shy cat. Aku lebih rela orang approach aku dulu. Tapi bila dah kenal tu, aku akan jadi terlebih peramah. Mesti menyesal gila orang yang approach aku tu kan? Hahaha..
9. Aku kalau makan KFC, mesti minta bahagian ribs dengan wing. Kalau tak dapat, mau mati selera aku. Tak makan pun tak apa. Huhuhu..
10. Lepas habis master aku kerja kilang setelah 6 bulan menganggur tak buat apa. Aku tipu manager aku ada diploma. Padahal tak ada pun. Kekeke.. Kalau dia tau aku ada master memang takde chance laa aku dapat kerja. Gaji RM1K sebulan, with no benefits and allowances. Tapi aku happy. Tak macam sekarang. Gaji besar, tapi hidup tak berapa nak best. Asyik tension memanjang..
11. Aku tak makan durian. Mesti korang kata aku berlagak macam omputih konon. Kan? Kata lah apa aja. Aku memang tak makan. Sistem saraf aku tak boleh nak terima. Bau aja pun dah boleh buat aku pening kepala.
12. Aku suka belajar bahasa asing. Time undergrad, aku pernah masuk kelas Bahasa Mandarin semata-mata nak tengok drama Taiwan kat TV Singapore. Channel tu banyak drama-drama baru tapi tak ada subtitle lah pulak. Sekarang ni minat drama Korea. Maunya nanti ada yang pergi masuk kelas Bahasa Korea pulak nanti. Hahaha.. TV memainkan peranan penting. Sedikit sebanyak vocab aku bertambah. Masa gila cerita Hindustan, aku pandai cakap hindi. Masa gila cerita Filipina, aku pandai cakap Tagalog. Masa gila cerita Latin, aku pandai cakap Spanish. Tapi yang aku ralat sampai sekarang, aku masih tak pandai cakap Jawa. Kekeke..
13. Aku pernah kena operate. Kat mana? Kat mulut. Hahaha.. Masa kecik-kecik, gigi aku bermasalah. Jadinya doktor terpaksa belah gusi aku untuk keluarkan gigi-gigi tu. Tiga hari muka aku bengkak macam belon.
14. Aku tak pakai barang kemas. No earrings, no necklace, no bracelet, no rings etc. etc. Untung siapa yang kahwin dengan aku kan? Kekeke.. Mak pernah hadiahkan gelang, mak usu pernah hadiahkan cincin. Tapi entah kenapa aku tak reti nak pakai. Sudahnya, aku bagi mak simpan elok-elok.
15. Walaupun aku orang JB, aku fail jalan-jalan kat JB. Dan seumur hidup aku, baru sekali aku pergi singapore. Itu pun 20 tahun dulu. Hahaha..
16. Aku akan pakai kasut atau sandal sampai lunyai baru beli yang baru. Bukan kedekut, cuma tak pandai nak handle kasut banyak-banyak. Nanti silap haribulan aku pakai satu kasut tu je. Yang lain-lain campak tepi. Buang karan kan macam tu?
17. Aku tak layan cerita melayu. Selalu dengar orang bercerita pasal SpaQ lah, pasal Sutera Maya lah, pasal itu lah, ini lah. Apa yang best pun aku tak tau. Dan lagi satu, aku tak pernah suka movie Razak Mohideen..
18. Aku tak akan pergi shopping complex yang tak ada kedai buku atau kedai majalah.
19. Ketika zaman sekolah, aku sentiasa dalam pasukan rumah hijau. Dari sekolah rendah sampai lah menengah walaupun tukar sekolah sampai 5 kali pun masih lagi dimasukkan dalam rumah hijau. Dah kena badi kot. Sama jugak dengan jawatan Bendahari. Dari zaman sekolah, ke zaman universiti ke zaman kerja. Muka aku ni ada rupa ceti kot? Sesuai sangat jadi pengutip duit.
20. Macam ahkak Misako, aku tak boleh kerja tanpa Internet, walaupun kerja tu tak berkaitan dengan Internet pun. Hehehe.. Kalau boleh nak online 24 jam.
21. Aku tak cerewet pasal makan. Kalau aku kata makanan tu sedap, belum tentu lagi orang lain kata sedap. Tapi kalau aku kata tak sedap, memang confirm dan pasti orang lain pun akan kata tak sedap! Tak payah susah-susah nak rasa. Hahaha.. Itu sebabnya kalau nak makan dengan geng, aku lebih suka kalau diorang yang pilih tempat makan. Kalau aku yang pilih, takut diorang tak suka lah pulak.
22. Aku suka travelling. Kalau travelling, aku suka pergi ke tempat-tempat bersejarah, yang ada cerita unik dan misteri dan juga tempat-tempat yang boleh belajar tentang budaya masyarakat setempat. Selain tu, aku suka pergi ke kawasan pantai, gunung dan sebagainya yang ada pemandangan yang cantik-cantik. Rasa tenang je. Ada orang travel semata-mata nak shopping. Tapi aku tak. Shopping tu sampingan je. Tak shopping pun tak apa. Itu sebabnya aku susah nak cari geng berjalan! Nasib baik ada geng backpackers JB. Bangkok this April! Yeay!!
23. Aku suka buat kerja last minit. Dah jadi tabiat dari zaman sekolah sampai sekarang. Buruk perangai kan? Cuba nak kikis sikit-sikit tapi masih belum berjaya lagi. Huhuhu..
24. Aku lebih pentingkan orang lain daripada diri aku sendiri. Bak dalam lecture yang aku bagi on ethics, aku ni pengikut fahaman Utilitarianism. Ha ngkau, kelas gitu! Aku akan happy kalau orang lain happy. Kalau aku tak happy, itu lain cerita. Lagi satu, kalau orang buat jahat dengan aku, aku lebih suka diam. Aku tak akan balas balik walau macam mana sekali pun. Aku berpegang pada prinsip "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang". Tapi, jangan lah pulak nanti ada yang ambil kesempatan ye kengkawan!
25. Lastly, aku suka menconteng, menulis, merepek dan macam-macam lagi. Itu sebabnya ada blog ni. Tempat aku melepaskan perasaan. Tengok sajalah, entry 25 Random Things About Me ni pun aku merepek panjang lebar. Kalau tengok orang lain punya, pendek-pendek je. Hahaha..
Aku tag sesiapa je yang baca tag ini..