Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, March 20, 2008

10000 BC

Malam tadi buang tebiat pi tengok wayang. Bertiga aku, sariah n razak. Lawak betul. Tak penah2 aku sebagai anak dara jalan malam2 tengok wayang poyo2 camni. Konon2 aku baik laa selama ni. Hehehe..

Cerita yang ditengok? 10000 BC. Citer woolly mammoth ghopenye. Ni si razak la ni. Semangat nak tengok citer ni. Dia kata citer ni best. Romantic. Bla bla bla. Suka hati ko la. Kami meneman je. Kesian kan takde kawan dia nak tengok wayang.

Overall cerita ni banyak part nak buat aku gelak. Bukan sebab cerita kelakar. Tapi sebab kadang2 tu terasa macam tak logik ditambah plak ada pak lawak kat sebelah yang buat skrip sendiri. Sabo je la. Aku tunggu2 gak part romantik nye. Tapi sampai ke habis takde. Razak tipuuuu.. Hehehe..

Bagi aku cerita ni biasa2 je. Hero going on a quest to save his beloved one. Takde pape sangat. Cuma sepanjang jalan tu macam2 orang n benda dia jumpa termasuk laa a drowning sabre tooth tiger. Cam merepek je. Maybe i can give some credits on the CGI technique yang diorang guna. Nampak cantik. Tu je kot. Nothing more.

Lepas penat gelak pi makan McD kat shell nun. Lepak kat sana borak2 merepek meraban sampai 12 lebih. Kalau mak aku tau ni abis..

Tuesday, March 18, 2008

InTech Labuan Trip

Weekend baru ni aku pi Labuan lagi skali. Ingat lagi dulu aku tobat takmo jejakkan kaki lagi ke sana. Tapi godaan datang woo. Tak dapat nak tolak. Kali ni aku rasa ok sket kot sebab tak naik feri dari KK ni. Lega jugak lah. Takde la aku mabuk laut lagi.

So aku ke sana ni mengiringi bebudak yang gatai nak wat family day kat sana. Diorang mana bley pegi menonong selamba kodok camtu. Kena ada pensyarah pengiring. Disebabkan orang lain masing2 ada komitmen dengan family n so on, aku menawarkan diri pegi. Bukan aku sorang je. Lau pon skali. Aku ni kalau dapat tukar angin sket memang sukak. Lagi pulak dengan anak2 buah aku yang beria2 ajak aku pegi. Sian plak diorang. Karang kempunan terjun feri karang susah plak. Hehehe..

Janji bertolak dari UMS sabtu pagi pukul 6 pagi. Aku ni punyela bersemangat bangun awal. Dah terjaga kul 4 pagi tu tak bley nak tido balik. Karang sambung tido terus terlajak2 tak bangun plak. So pukul 5.45 aku dah bertolak keluar. Sampai kat Kampung E ramai gak bebudak dah tunggu. Tapi biasalaa. Janji orang Mesia ni. Kata pukul 6 tapi pukul 7 gak bas sampai. Hangguk betul. Baik aku sambung tido tadi. Buang karang je datang awal.

Kami naik bas sampai ke Menumbok. Sepanjang2 jalan aku tido. Mengqada pape yang patut. Around 10am sampai la kami kat jetty Menumbok tu. Cot cet amik tiket, so we're off tu Labuan. Yey!! Dok terbayang bape guni ceklat bakal ku bawak balik. Hehehe.. Atas feri selama 2 jam lebih tu aku dan bebudak ni dok menebeng kat luar. Kat dalam berkepam dengan macam2 bau. Tak larat ler. Kat luar at least bley rasa angin.

Sampai kat Labuan, si Aus dah tunggu. Rajin dia nak bawak aku n Lau pi hotel. Student lain naik bas pi UMSKAL terus. Aku seblom ke sana nak check in dulu, letak barang n kalau sempat relaks2 jap. Lepas settle semua kami dijadualkan makan tengahari. Perut dah berkeroncong giler. Then dapat tau ada prob ngan orang yang sediakan makanan tu. Haru betul. Aus ajak aku n Lau makan kat luar. Nasib baik ada Aus. Dapat makan n lepak2 tepi pantai.

Lepas lunch aku disuruh cepat2 balik ke KAL. Diorang dah start game rupanya. Alah. Main la dulu. Aku takde pon takpe. Hehehe.. Aku ni pengiring tapi lantak lah student nak buat apa. Malas aku nak masuk campur. Dah agak2 lama lepak tu aku balik la semula ke KAL. diorang tengah sakan main game. Nampaknye team aku ketinggalan kat belakang. Tak bley jadik ni. Ada 4 game. Kalau menang dapat bahan makan extra untuk bbq malam ni. Waduh. Menarik2. The next two games kami menang. Sampai tersembur2 + tersedak aku disuruh makan epal sebijik. Nak benda bbq best punye pasal aku bedal je.

Lepas abis game kami turun ke pantai. Untuk sesi bbq ler. Seblom start, kami main air dulu. Cam kanak2 ribena. Then aku pi jumpa k leen n k rahida. Lepak2 borak2. Saja je aku ngelat. Tak mo setup bbq. Hehehe.. Cun2 lepas abis borak2 tu diorang dah start bbq. Aku pon nyelit je jadik tukang makan. Aktiviti bbq abis around 8 malam. Tu pon sebab hujan. Aku pon tak tahan banyak nyamuk. Terus balik hotel. Aus ada, dapatlaa dia hantar kami balik. Zaza n hajar ikut skali pi hotel. Aku ni kan pengecut. Sejak2 dihembus hari tu terus tak berani dok bilik hotel sengsorang.

Malam aku, lau zaza n hajar jalan2 kat Labuan town. Banyak kedai dah tutup. Kami jalan relaks2 menghirup udara malam. Dah agak2 penat tu baru la balik hotel. Aku tak tunggu lama terus pengsan. Zaza pi layan Lau. Dengar2 nak mabukkan Lau semata2 nak dapatkan tips exam. Hehehe..

Besok paginye, ada macam2 program yang diatur. Bas amik kami kat hotel n terus ke Muzium Marine. Kat sana cam biasalaa. Posing sakan. Tak kira tempat. Ada je port yang menarik untuk berposing. Kat dalam muzium aku rasa eerie sket. Biasala mana2 muzium aku masuk mesti rasa seram semacam. Belum lagi nak masuk muzium Johor. Katanya potret2 dalam muzium tu ada something. Mata2 potret tu akan dok ikut kita walau ke mana pon. Isk. Kena masuk dulu baru bley cakap. So dalam muzium ni banyak gak aku snap gambo. First snap terus aku terkedu. Oh no! The bubbles are there. Terus aku takde mood. Amik gambo pon sket. Aku tunjuk pada zaza. N tak dinafikan kamera dia pon ada sama. Kesimpulannye, benda tu wujud n kami buat bodo je. Aku tak kacau ko, ko jangan kacau aku ekk..

Itu ini begitu begini dah dekat kul 10. Pengarah program ni tanya nak buat apa? Ramai yang dah excited nak shopping ceklat. Tak jadi dah nak jalan2 pi tempat lain. Terus ke jetty balik. Sabo je la bebudak ni. Family day hapa camni. Aku ingatkan ada collaboration antara UMSKK ngan UMSKAL. Tapi hampeh takde. Macam syok sendiri jalan2 ke sini. Suka hati korang la.


The delegation..

Masing2 macam piranha beli coklat. Aku pon tak terkecuali. Aku nak balik JB nanti, bley wat souvenir. Adik aku pon pesan perfume lagi. Aiseh. Kopak aku camni. Berbakul2 aku borong. Around RM200 gak aku abis untuk coklat semata. Perfume tak jadik beli. Takde plak jual kat situ. Sorry mok! No perfume for you.

Pukul 1 kami naik feri. Macam hari tu, lepak kat luar gak. Borak2 buang masa. Around 4 sampai menumbok. Naik bas n terus balik KK. Pukul 7 lebih gak sampai UMS. Sampai UMS je aku hangin giler coz guard tak nak bukak gate. Keta aku dah park kat dalam. Dia beria2 kata arahan kata tutup kul 7. Loh. Bukannya aku sengaja nak balik lambat. Dah memang dari jauh. Dah la muka tak hensem, berlagak plak tu. Suruh bayar gak denda 5 hengget. Nasib baik ada AJK program tu pi settlekan. Kalau tak, tak balik aku malam tu.

Overall, trip aku ke Labuan ni more tu aktiviti membuang masa n tukar angin je. For fun. Sekali sekala, boleh laa kan.

Tuesday, March 4, 2008

Piala Dekan

Hari sabtu aku join main game. Aku main bola tampar untuk team staf n main bola jaring untuk team program IT (student). Senak betul. Dah lama tak main. Sengal2 satu badan. Overall memang best la jugak. Bola tampar hampeh tak menang. Tapi bola jaring kami juara. Tak disangka2. Masih kuat lagi stamina aku ni nak kejar bola n nak kejar budak2 yang jaaaaauuuh lebih muda dari aku. Hehehe.. I'm really really proud of myself. ^__^


IT Netball Team. We are the CHAMPION!
Our IT Football Team. Menang gak. Dalam berposing! Dalam game kalah teruk. Hehehe..


Me and my beloved students. The sengalians I must say..

Tengahari jugak baru abis game. Aku dah kepanasan giler. Muka hitam jangan cakap ler. Abislaa aku kena lecture ngan Karen nanti. Huhu..

Monday, March 3, 2008

Lepak kat Waniten

25-28 feb baru ni aku berkampung kat Uniten. Join Flash Game Development Course. Aku ngan k rafidah. Dia turun dari KK and aku turun dari JB ni. Jumpa kat Uniten je nanti. Seblom pegi tu k rafidah sempat call aku. "Jangan lupa bawak swimming suit ye.." Waduh.. Nak menywimming ke? Dah lama aku tak sarung swimming suit haku tu. Kat mana aku letak pon aku tak ingat dah. Selongkar punye selongkar almari jumpa la plak. Try test jap. Last pakai swimming suit ni tahun 1995. Time aku form 1 & 2 masuk Kelab Renang skolah. 13 years ago beb! Mak datuk. Rupenye masih muat! Hahahahaha..

Mula2 aku nak drive je tapi nak dijadikan cerita tiket aku balik KK dari KL la pulak. So lupakan je la hasrat nak bawak keta. Aku turun naik bas je. Dengan beg tariknye. Dengan beg laptopnye. Sarat betul aku. Aku naik bas kat tempat biasa - Sri Putri. Orang skudai macam aku ni mana kuasa nak pegi Larkin. Dah ada tempat yang dekat takkan laa nak menyusah2kan diri pegi jauh2. Mak aku hantar ke bas stop n tunggu skali sampai aku naik bas. Iskk.. Aku suruh dia balik dia takmo. Nak tunggu gak. Zaman skarang ni bukan bley predict kan. Sedangkan budak kecik pon kena culik apa lagi aku yang comei ni. Hahaha..

Aku sampai KL almost 2pm. Keluar dari Puduraya aku cam mengong sket. Ke mana laa arah aku nak tuju. Cam ala2 dari kampung gitew nak pegi ke bandar besar cari keje. Hehehe.. Nak naik teksi mesti mahal. So aku pon naik menatang LRT tu. Seblom naik sempat belek peta laluan LRT dulu. Cari yang paling senang konvenien and jimat cost. So dengan machonye aku turun kat Tasik Selatan. Pastu dengan machonye skali lagi aku naik komuter plak ke Kajang. Sampai kajang aku naik teksi ke uniten. Tunggang langgang aku jalan naik turun tangga, eskalator dengan tarik beg yang berat gilos tu.
Kat drebar teksi aku cakap aku nak pi Residence Hotel UNITEN. Pakcik tu terdiam. Blur semacam.
Pakcik: Waniten?
Aku: (HAH?? WANITEN?? Apa kebondo laa pakcik ni.) Uniten la pakcik.
Pakcik: ye laa. Waniten..
Waniten ke? Lantoklaa pakcik oi. Pastu dia kata ko bior betul dik. Mana ada hotel kat dalam waniten tu. Pakcik ler yang bior betul. Kalau takde camno aku bley book bilik kat situ. Punyelaa dia beria2 kata takde. Dia kata dia selalu masuk waniten tu. Aku tak peduli. Aku suruh dia pegi gak. Sepanjang2 jalan tu dia asyik radiocall geng2 dia tanya residence hotel kat waniten tu kat mana. Malas aku nak layan. Then dia tanya lagi. Nape ko turun kajang dik? Kan jauh. Turun ler serdang. Lohh.. Mek yus kata turun kajang. Aku turun la kajang. Banyak songeh la pakcik ni. Dah ler waniten, waniten je memanjang. Suka hati aku la nak turun mana. Last skali sampai gak waniten n sampai gak residence hotel. Pakcik tu pon oooooooooooooooo je. Laa.. Baru tau ke pakcik? Hampeh betul.
Time aku sampai k rafidah dah siap nak keluar. Pi jenjalan ngan member dia. Aku dah kepenatan cam hapa ni malas nak ikut. Baik aku tido je kat bilik. Well, bilik residence ni biasa2 je. Tak best mana pon. Tak padan ngan harga. Dalam site punyelaa canggih. Ada swimming pool, shuttle bus pi bandar. Tapi hakikatnye hampeh. Swimming pool ilek!! Kempunan k rafidah nak main air. Kita main air kat tasik Uniten je laa ye. Hehehe..

I guess we can swim here..

So hari pertama nak pegi kursus ni agak serabut sket. Satu - tak tahu Kolej IT katne. Dua - tak tau nak pegi ke sana camne. Malam sebelumnye ada gak tanya receptionist. Tapi receptionist pon hampeh tak tau kat mana kolej IT tu. Pastu tanya plak kat bebudak yang lepak kat lobby residence tu. Tapi jawab cam nak tak nak je. Diorang kata ada bas tapi tak tau la nak naik kat mana n turun kat mana coz diorang sendiri pon tak penah naik. Pergghh.. Kerek betul budak2 ni. Cakap sombong giler. Tau la yang masuk sini kaya2. Pegi kelas apa kes naik bas. Bawak keta sendiri la. Menyampah aku. So pagi2 ni aku ngan k rafidah pon mula menapak dengan tak tau nak mengarah ke mana. Nak tanya orang, takde plak yang lalu lalang. Ye la. Apa kelas jalan2 camni. Bawak keta sendiri la beb! Dengan signbod pon takde. Hangen dah ni. Then kami masuk ke satu building kat kolej engineering ni. Nasib baik ada pekerja kat situ yang sudi melayan. Dia kata kami ni dah melintang arus. Nak jalan memang jauh. Kena naik bas. Waduhh.. Melintang arus dah ke. Patah balik. Nampak bebudak ramai berkumpul depan hostel. Menyampuk la kami. Risik2, nasib baik destinasi kami sama. Ikut je la..

Sampai kat Kolej IT, kami terkesima jap. Nice place. Lab pon best. Tak macam UTM. Tak macam UMS. Hehehe.. Lagi mau compare2. Jauh beza la IPT gomen ngan IPT swasta. Around 9 kami start kelas Flash ni. Our instructor Mr Jaspaljeet. Staf Uniten gak. Syiok gak la dia mengajar. Very friendly. So apa yang dibelajarkan sepanjang kursus ni? Sebenarnye buat satu game yang simple je. Game tembak2. Ada tank, gun, n then tembak benda2 yang jatuh dari langit especially bombs ler. Walaupon game simple nampak bodoh tapi cara nak buat pon very challenging. Terkial2 aku. hari pertama buat base je. Hari kedua upgrade sket ke tembak2 n bomb. Then buat bomb n tank gerak2 kiri kanan. Then ada programming sket on bila bullet kena bomb tu bomb tu explode n then kita score satu point. Pastu last skali create level untuk game tu. Dari easy ke difficult. Fuh!! Memang penat ler tapi sangat2 berbaloi. Aku yang dulu cam bodo je pakai flash dah tau dah camne nak tererkan diri lagi.

Dah abis dah..

Hari jumaat kami pon balik KK. Tapi seblom tu sempat lagi pi beli cd kat SM. Hehehe.. Dah alang2 kat KL ni. Nanti lama lagi nak turun. Sampai KK around 9. Zaza n ina datang amik. On the way balik tu diorang bagitau aku yang diorang dah letak nama aku untuk join main bola jaring Piala Dekan which is besoknye. MAMPUIH!!