Saturday, February 9, 2008

Cuti Panjang..

Seronok betul cuti2 camni. Boleh dok relaks2 kat rumah. Tak yah nak ngadap muka2 student. Nak2 stud PLUMS pon tak nak kelas. Memang happy banget. Dapat aku tengok melodi weekend ni. Haha.. Sepanjang cuti ni aku wat spring cleaning. Hehe.. Memang mengemas n mencuci habis2an le. Penat betul. Cam nyesal plak dok umah besar2 camni. Banyak tempat nak dikemas. Housemates aku plak takde. Neny ntah hilang ke mana cuti2 ni. Nadia balik sandakan. Zyka plak tak balik2 umah sini sejak bapak dia bercuti kat KK ni. Aku je laa sorang2 tercongok kat umah. Siang2 takpe. Kalau malam2 tu ada gerun sikit.

Lepas kemas lepak2 layan tv. Pastu layan CD. Pastu tido. Pastu makan. Pastu layan tv balik. Camtu je la aktiviti aku cuti2 ni. Nak keluar punyela malas. Kat KK ni mana je tempat yang best nak meround. Balik2 tang situ gak. Pastu kena skodeng plak ngan student aku sendiri. Tak best langsung. Pegi mana2 mesti ada yang kenal. Nak buat jahat pon susah. Hahaha..

Dapat call dari bapak aku meeting research yang patutnye buat bulan 3 nanti diawalkan ke bulan ni. So in two weeks aku akan balik JB. Yeeha!! Fully sponsored by research. Sukak aku dapat balik free. Pastu the next week aku ada kursus plak kat UNITEN. Bagus betul. Turun KL dari JB la nanti. Meriahnye hidup.

Oh.. Almost forgot. Hari ni, tahun lepas I cheated death. Bersyukur aku dapat hidup setahun lepas kejadian ngeri tu dan aku berharap umurku masih panjang. Banyak lagi benda yang aku nak buat belum terbuat lagi. Kawin umpamanya. Wakhawakaaa....

0 comments :