Thursday, January 15, 2015

Visa ke India

*Updated: Sekarang dah ada e-Tourist Visa Application untuk ke India. Semuanya online. Dah tak perlu nak pergi ke visa center. Biometrics fingerprint pula akan diambil dekat airport India. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke https://indianvisaonline.gov.in/visa/tvoa.html.


Nak cerita lah sikit tentang proses membuat Visa ke India untuk mereka yang berada kat Sabah ni. Kita tak perlu nak pergi ke KL untuk buat visa ni sebab dah ada Visa Center di KK. Lokasi Visa Center ni ialah di Wisma Sabah, Kota Kinabalu di bawah agensi Borneo Trails Travel. Tak tau Wisma Sabah kat celah mana? Bangunan di antara Wisma Merdeka dan Suria Sabah tu lah. Eh, kalau buang merdeka dengan suria tu jadi Wisma Sabah lah pulekk. Haha..

Pergi ke G06 - Borneo Trails Travel


India Visa Center, Kota Kinabalu..
Kaunter buat visa..
Cerita pasal Visa India ni, ada beberapa perkara yang kita perlu tahu:-
  1. Ada banyak jenis Visa ke India ni. Lain visa lain requirementsnya dan lain harganya. Apa yang aku ceritakan kat sini ialah applying visa sebagai pelancong. Untuk jalan-jalan sightseeing je ye. 
  2. Kita sebagai rakyat Malaysia tak ada kemudahan Visa on Arrival. Kena buat visa siap-siap sebelum terbang. Kalau tak ada visa, nak naik kapal terbang pun tak boleh. 
  3. Visa India ni memerlukan cap jari biometrics. Makanya, orang yang nak apply tu kena hadir in person. Tak boleh nak kirim-kirim. Melainkan ko boleh kirim jari ko sekali. Semua jari ye bukan satu je. Hehe.. Tapi ada jugak lah pengecualian biometrics ni. Kalau berumur 12 tahun kebawah dan 70 tahun ke atas tak perlu biometrics. 
  4. Kena pastikan kita dah ada valid flight ticket masuk ke India dan keluar dari India.
  5. Visa cuma valid suntuk tinggal selama 45 hari sahaja di India. Pandai-pandai lah plan ye.
  6. Visa yang dah siap pula valid untuk digunakan dalam tempoh 30 + 4 hari selepas kita buat tu. Katakan lah kita buat visa tarikh 1 Januari 2014, kita boleh terbang ke India bila-bila antara 5 Januari - 3 Februari 2014. Kena plan betul-betul jugak ni.


Ok, sebelum nak ke visa center ni, kita kenalah apply visa ni secara online terlebih dulu di India Visa Online. Dah isi segala details, print out, baru lah pergi ke visa center ni. Benda yang perlu dibawa?
  1. Pasport yang masih valid. At least 6 bulan sebelum expired.
  2. Salinan borang permohonan online yang dah lengkap diisi.
  3. 4 keping gambar pasport berwarna dengan latar belakang warna putih. Nak ambik gambar tu bagitau photographer siap-siap untuk visa India. 
  4. Salinan itinerari penerbangan / tiket kapal terbang masuk dan keluar India.
  5. Salinan tempahan accommodation sepanjang di India.


Masa mengisi borang secara online tu kena hati-hati sikit, sebab kalau salah isi, kena buat balik semula. Macam aku lah hari tu. Salah isi accommodation details. Terus kena datang lagi sekali. Lebih baik kalau diorang sediakan satu PC kat situ untuk kita isi semula. Takde lah buang masa nak kena datang balik kan. So, kalau tak sure boleh lah call diorang ni in advance, tak pun kalau rajin, pergi jumpa diorang terus face to face. Oh ya, masa untuk submit visa application kat sini ialah pada pukul 9 pagi hingga 2 petang sahaja setiap hari Isnin sehingga Jumaat. 

So, kat visa center ni, cap jari kita akan diambik on the spot. Dah tu, sambil mengecap tu, kena pandang kamera lah jugak. Dah dua-dua jari dan muka kena capture. Makanya, muka tu terpaksalah kena comelkan sikit. Hehe.. Settled bab documentation, kita buat pembayaran lah pulak. Harga tourist visa untuk single entry ialah RM160. Tapi disebabkan aku ni buat kat KK dan perlukan kos untuk hantar pasport ke KL, dah tu ada service charge bagai, aku kena bayar RM221.60. Huhu senak terus.

Lepas 5 hari bekerja, boleh lah datang balik ke visa center ni untuk kutip pasport. Dah siap tu, punya lah gedabak muka aku dalam visa tu. Bertabah lah nak oii...

Ambik gambar atas je..

Ok, dah ada visa boleh lah terbang ke India! 

0 comments :