Sunday, January 4, 2015

SK10D9N ~ Day 7: Wonderful Jeju Part VI: Soesokkak Estuary, Jeongbang Falls, Seogwipo Harbour, Toscana Hotel

Thursday, 30th October 2014

Ok, kita sambung lagi dari entry sebelum ni.

Dari Oedolgae kami menuju ke Soesokkak Estuary. Nak datang ke sini sebab terpukau tengok scenery Soesokkak Estuary ni dalam rancangan variety Running Man dan 1N2D. Macam best je kalau dapat jalan-jalan kat sini. Hari dah petang, maka dengan pantasnya kami memecut ke sana.

Around 20 minutes jugak lah kami on the road. Soesokkak Estuary ni kat tepi jalan je lokasinya. Tapi jalan kampung yang kecik ler. Nak ke sana, memang masuk selok belok lalu celah-celah rumah orang. Nasib baik lah ada GPS kan. Kalau takde, memang merangkak jugak lah nak cari. Tu yang aku tabik spring orang dulu-dulu pergi jalan-jalan. Kena ada peta bagai kat tangan. :D

Oleh sebab Soesokkak ni letaknya kat tepi jalan, maka parking adalah sangat terhad. Kalau tak ramai orang, takpelah jugak. Ke depan, ke belakang, kami cari parking. Akhirnya dapat lah jugak, tapi jauh ke depan.

The lying ox..


So, kisahnya Soesokkak Estuary ni merupakan muara kepada Hyodon Stream. Aku tengok besar je air yang mengalir kat sini macam sungai, tapi tak pulak dia panggil river. River tu kena besar macam sungai Rajang lah kot kan. Initially, Soesokkak ni dipanggil Seodun yang bermaksud The Lying Ox, macam gambar kat atas tu, tapi dah ditukar nama pulak kepada Soesokkak. "Soe" bermaksud lembu, "so" bermaksud sekumpulan air membentuk kolam dan "kkak" pula bermaksud penghujung. Pandai-pandai lah korang cantum-cantum jadi perkataan yang ada makna. :P

Jom explore!
Ada pantai..

Berjalan lah kami ke arah Hyodon Stream tu. Ternganga jugak lah mulut ni bila dah sampai situ. Warna air dia sangat cantik! Ada ramai jugak yang tengah berkayak kat situ. Kayaknya pulak unik sebab see through boleh nampak air kat kaki. Menarik ni kalau nak cuba. Tapi aku ni tak berani lah pulak nak berkayak. Karang, tak stabil boleh tertomos masuk dalam air. Selain dari kayak, ada jugak benda alah macam basikal tu ha. Tu kaki kena kuat tu nak mengayuh.

Aktiviti berkayak..
Macam best je..

Tak berani nak kayak, kami decided nak naik Teu je. Teu ni some sort of bot kayu yang open air. Tak pakai enjin whatsover, tapi ditarik menggunakan tali. Siapa yang tarik? Pengendali bot tu lah yang tarik. Kuat, tak kuat manusia-manusia ni. Hehe.. Naik Teu ni tak scary sangat lah kot kan. Tengok dalam 1N2D, Joowon dengan Lee Sugeun naik relaks je. 

Yang warna coklat tu Teu..

Turun lah ke bawah tanya pasal nak naik Teu. Dah tu, pengendali bot tu kata kena pergi beli tiket dulu. Tapi tak dibagitau pulak lokasi beli tiket tu kat mana. Dah, melilaulah jadinya kami mencari kaunter tiket. Siap tanya orang-orang kedai kat situ. Punya lah jauh kaunter tiket tu. Terpaksa lah menapak sikit. 

Dah sampai kat kaunter tiket, dukacita dimaklumkan kesemua tiket nak naik Teu dah habis dijual. Huwaaaaa.. Tak merasalah nak naik Teu ni. Lagi pun dah petang sangat. Dah nak dekat closing time dah. Makanya kempunan lah kami. Tengok je lah orang lain naik Teu tu. Sobss..

Ticket counter..
Untungnye..

Dah frust tak dapat naik Teu, kami terjah masuk ke ladang limau yang ada berdekatan dengan kaunter tiket Soesokkak ni. Ladang limau ni private land sebenarnya. Mintak izin masuk dengan owner dan berposing sakan lah kami dengan limau. Nasib baiklah owner ladang ni jenis tak kisah dan bagi kami masuk. Teruslah hidup kembali ceria. Haha..

Ladang limau..
Gebushhh ko..

Dah habis berposing, kami balik ke kereta dan pecut ke destinasi seterusnya iaitu Jeongbang Falls. Yang ni kita main terjah je ni sebab melepasi pukul 5 petang, tak tau lah bukak lagi ke tak tempat tu. Pecut punya pecut, sampai lah kat Jeongbang Falls lebih kurang pukul 5.30 petang. Terus berlari ke kaunter. Nasib baik lah bukak lagi sampai pukul 6. Ada lagi setengah jam. Sempat sangat-sangat lah nak turun ke Jeongbang Falls.

Gambar di papan tanda kawasan masuk Jeongbang Falls..

Jeongbang Falls ni agak unik lah jugak sebab merupakan satu-satunya air terjun kat Asia ni yang terjun terus masuk ke laut. Tapi nak kata betul-betul masuk laut tu idokler jugak. Dia jatuh kat satu kawasan sebelum airnya mengalir masuk ke laut. Nak ke Jeongbang Falls ni, kena turun tangga. Jaga-jaga je lah lutut tu ye. 

Jeongbang Falls dari pintu masuk..

Mengikut lagenda masyarakat setempat, ada seekor naga tinggal kat bawah air terjun tu. Konon-kononnya disebabkan naga tu, air yang mengalir ni boleh sembuhkan penyakit. Ikut lagenda lah. Lagenda lain pulak kata, ada seorang hamba dari Dinasti Qin datang ke Jeongbang Falls ni untuk mencari herba ajaib yang kononnya boleh buat manusia muda sentiasa. Tapi tak jumpa lah pulek. Kalau jumpa, lain dah ceritanya tu kan. So, bila tak jumpa dia pun buat lah coretan kat tepi Jeongbang Falls ni menceritakan tentang pengembaraan dia. Takde pulak aku nampak coretan tu. Mungkin sebab hari dah mula gelap. 

Posing seketul..

Kami keluar ngam-ngam pukul 6 petang. Ok, cukuplah merewang untuk hari ni! Puas hati dapat pergi banyak tempat. Tersengih je lah kan. Bila dah settle semua, baru lah terasa lapar. Haha.. Makanya, kita mulakan misi mencari makan!

Kalau dah kat kawasan Seogwipo ni, boleh je cari kedai makan seafood. Tapi, tak rajin lah pulak kami nak menerjah dan membelek setiap satu jalan yang ada kat kawasan Seogwipo ni. Nak balik ke hostel masih awal lagi. Kalau dah balik tu, maunya tidur terus. Tak kuasa dah nak main masak-masak. Oleh itu, kita pergi makan dulu sebelum balik.

Yang bestnya, aku masih ingat lagi satu kedai makan yang aku pernah singgah dulu masa 1st trip. Restoran yang terletak berdekatan dengan Jeju Hiking Inn. Nama kedai tu ialah Ankori Pakkkori. Masih lagi makcik-makcik yang sama yang kerja kat kedai ni. Tak mungkin lah dia ingat aku lagi kan. Haha.. 

Dah lain sikit dah kedainya..

Dah lain sikit lah susun atur kedainya. Dulu ada kawasan duduk bersila atas lantai. Ni dah takde lah pulak. Duduk kat meja je lah. Duduk, dan seorang makcik ni datang tanya nak makan apa. Yang aku ingat Baekban je. Untuk makan 4 orang. Makcik tu senyum je dan mengangguk tanda paham walaupun aku pun tak pasti dia paham ke tak apa yang aku cakap ni. Haha..

Then, satu persatu lauk sampai. Kesemua side dishes berbentuk kimchi dan sayuran. Tapi ada lah juga terselit ikan bilis pedas, ikan goreng dan telur stim. No daging ye. Sedap wa cakap lu. Memang berselera makan. Ikan pun tinggal tulang je. Tapi yang bestnya lah kan, mana-mana lauk yang dah habis tu siap kena refill lagi walaupun kami tak nak. Fuhh, memboyot lah kami malam ni. :D 

Now you see it..
Now you don't!

Harga makanan ni dah naik jugak lah. dulu KRW7,000 seorang. Sekarang dah KRW8,000. Tak apa lah, janji kenyang. Dah siap makan, kami jalan-jalan ambik angin dan turunkan perut di Seogwipo Harbour. Jalan-jalan di sekitar Saeyeong Bridge. Layan blues tengok dia tukar-tukar colour. Dah tu baru lah kami bergerak balik ke hostel. 

Saeyeong Bridge..
Layan blues..

Dah on the way balik tu, boleh pulak gatal nak jalan-jalan ke tempat lain. Kami pun pusing-pusing lah kawasan Jungmun Resort. Lalu je depan hotel-hotel mewah yang ada kat situ. Fefeeling dalam drama lah ni. Banyak sangat drama yang buat shooting kat sini, sampai aku pun dah tak ingat drama yang mana. Malam-malam ni meriah dengan lampu. Boleh pulak aku lupa nak ambik gambar.

Dah tu, singgah lagi pulak Toscana Hotel. Yang ni, ya ampun entah ikut ceruk mana kami lalu. Celah-celah rumah orang, kebun orang, jalan sunyi, baru lah sampai ke hotel ni. Kalau siapa yang tak tau, Toscana Hotel ni milik Junsu JYJ tu. Memang lokasinya cantik kat atas bukit mengadap laut. Tapi kemain sunyi tempat ni. Guests pun macam tak ramai. Tapi, masih boleh laku hotel ni sebab peminat-peminat Junsu dan JYJ ramai. Mesti ada yang datang tidur sini buat cukup syarat. Haha..

Toscana Hotel..
Sadonya singa ni..

Dah! Itu betul-betul yang terakhir dah tu. Balik lah semula ke hostel. Dah sampai hostel, bersihkan diri bagai, mula lah kami packing. Besok dah nak balik ke Busan pulak dah. Rasa macam tak cukup masa je jalan-jalan kat Jeju ni. Next time, kena duduk dua minggu kot. Haha..

Ok, habislah sudah entry hari keempat kat Jeju ni. Nantikan entry hari kelima. Dah tu, aku akan buat summary tentang 5 hari 4 malam kat Jeju ni. Boleh lah kan kalau siapa-siapa nak jadikan panduan. 

Till then!


Kos perbelanjaan hari ni:-

Chonjeyeon Falls Entrance Fee = KRW2,500
Jusangjeolli Entrance Fee = KRW2,000
Jusangjeolli Parking = KRW100
Oedolge Parking = KRW250
Jongbang Falls Entrance Fee = KRW2,000
Dinner at Ankori Pakkori = KRW8,000

TOTAL = KRW14,850

0 comments :