Thursday, January 8, 2015

SK10D9N ~ Day 9: Dynamic Busan Part II: Gamcheon Culture Village, Taejongdae, Busan Tower

Saturday, 1st Nov 2014

Tinggal hari ni dan besok je untuk edisi jalan-jalan kali ni. Dah tu kat Busan pulak tu kan. Dah tak tau nak ke mana lagi dah sebabnya dah banyak tempat yang diterjah masa first trip dulu. So kali ni, merepeat balik lah kekdahnya. Hari ni kami ke Gamcheon Culture Village, Taejongdae dan Busan Tower.

Setakat tepek gambar je lah ye. Kalau nak baca dengan lebih details tentang tempat-tempat ni, boleh baca kat sini dan sini. So, gambar kat Gamcheon Culture Village dulu. Hehe..

Gamcheon Culture Village..

Jom jalan!
Banyak bunga pulak ni..
Dah ada peta information dah.. Dulu takde..
Peta pun dah dalam English.. Dulu, merangkak kena baca Hangeul..
Dari rooftop cafe..
Moh jalan..
The Little Prince..
Muahhkksss!!
Senak ko turun tangga..

Dah puas jalan, dah ambik gambar bagai, dah penat naik turun bukit, kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Taejongdae. Dulu dah pun pergi jugak. Kali ni pergi lagi. Tapi yang senaknya kat Taejongdae ni, disebabkan semalam hujan lebat, train Danubi tu not in service. Huwaaa.. Kena menapak ler jawabnya macam ni. Nasib lah labu!

Dari main entrance kami menapak ke observatory. Pameran Choi JiWoo tu masih ada lagi bergantungan kat sini. Tak kuasa dah lah aku nak bergambar lagi. Sekali dulu dah cukup dah. Hehe.. Dah tu kami terus ke Yeongdo Lighthouse. Ha, yang ni aku dok kat atas je sebab malas nak turun ke bawah beribu anak tangga jauhnya. Haha.. Pun takde sangat bergambar kat sini.

Patutnya naik train kat sini..
Jalan je lah labu..
Boleh naik ferry cruise..
Jalan lagi..

Dah tu, bila jalan ke main road, ada pulak Danubi Train on service. Cepat-cepat beli tiket kat ticket booth berdekatan, dan naiklah train balik ke main entrance. Dah malas dah nak merewang ke mana-mana lagi. Kita balik terus lah city centre. Kita ke Busan Tower pulak.

Lega.. Tak payah nak menapak jauh..
Jalan-jalan Gwangbokro..
Naik jugak ler ke atas..
Layan blues jugak ler..
Sempat main-main dengan meow Busan Tower..

Dah puas jalan, baru lah pergi makan kat Jagalchi Market. Lepas tu? Balik tidur. Haha.. Penat jugak satu hari berjalan. Tapi disebabkan gambarnya sikit je, nampak macam sekejap je kan kami merewang. Padahal, dah malam jugak kot kami sampai ke motel balik.

Momommmm!!

Dah tu je. Punya lah pendek entry ni tak ada cerita sangat. Aku nak cerita panjang-panjang pun malas sebab semuanya dah pernah diceritakan dalam edisi sebelum ni. 

So, ada satu lagi last entry sebelum cerita tentang summary. Yang last entry ni pun pendek jugak. Haha.. Till then!


Perbelanjaan keseluruhan hari ni:-

Gamcheon Village Map = KRW2,000
Danubi Train = KRW2,000
Busan Tower Entrance Fee = KRW4,000
Dinner = KRW8,000

TOTAL:- KRW16,000

0 comments :