Sunday, January 18, 2015

Aquaria UMS

Siapa-siapa yang saja-saja masuk ke dalam UMS untuk jalan-jalan tengok bangunan dan landscape dan alam sekitar, boleh lah singgah di Akuarium dan Muzium Marin. Letaknya di Institut Penyelidikan Marin Borneo. Paling hujung sekali dalam UMS ni berdekatan dengan pantai. 

Akuarium dan Muzium Marin..

Harga tiket masuk ke dalam Aquaria ni cuma RM2. Tapi kalau masuk dengan aku yang staf ni, free of charge je. Haha.. Konon-kononnya, aku datang bawak tetamu gitu. Kalau nak masuk free, boleh lah roger-roger aku dulu ye. 
Bila masuk tu, straight ke depan kita boleh nampak akuarium. Di bahagian kiri pulak ada muzium marin. So take your pick lah nak pergi mana dulu. Tapi biasanya, kalau siapa yang bawak anak-anak tu akan terus straight ke akuarium lah.

Muzium Marin..
The biggest aquarium..

Takdelah sebest Aquaria KLCC tapi, best lah jugak. Ada macam-macam ikan, ada penyu, ada udang. Boleh lah belek satu-satu. Selain daripada akuarium besar ni, ada jugak lah akuarium kecik-kecik yang lain. 

Ikan kaler-kaler..
Anak penyu..
Ikan kerapu ke ni?
Kerapu jugak kot..
Kot nak bergambar jadi diver, sila tenyehkan muka anda di ruang yang disediakan..
Bila pandang ke atas siling..

Boleh lah, kalau nak belajar tentang hidupan marine yang ada kat sekitar Borneo ni. Time aku pergi ni, memang ramai ibu bapa bawak anak-anak mereka ke mari. Seronok tengok budak-budak ni mengangumi ikan-ikan yang ada. 

Jadi, singgah lah ye!

Related Posts:

  • Fish Spa Kg Luanti Fish Spa Kg Luanti ni bukan sebarangan fish spa. Tak main lah pakai besen. Tak main jugak lah ikan kecik-kecik yang cute tu. Fish spa ni, kena terjun masuk sungai. Ikan dia pulak gabak-gabak besar lengan aku yang gebus ni. … Read More
  • Puncak Borneo Resort Baru-baru ni aku dan mek kpop Kia pergi meronggeng di Kundasang & Ranau. Officemate mek Kia buat kenduri kahwin. So, aku pun bawaklah dia pergi sana. Semangat betul aku datang menyemak kat majlis orang. Sempena ron… Read More
  • QPR in Kota Kinabalu Sigh... Sigh... Double Sigh.. QPR in Kota Kinabalu. Datang sempena jelajah Asia Tour katanya. Ada apa dengan QPR ni? Aku bukannya minat QPR pun. Tak kenal pun pemain-pemain QPR ni. Berita diorang nak datang KK ni pun dah la… Read More
  • Karnival Produk Johor 2012 Now now.. Ada Karnival Produk Johor kat 1Borneo. Kemain ye. Aku yang kengkonon free tak ada kerja pun pergilah menyinggah tengok. Adalah beberapa booth yang menjual produk-produk ni. Tapi kebanyakannya aku tak kenal kecuali… Read More
  • Menyengal di Kg Nelayan Hari-hari makan. Makan hari-hari. Naik sekilo aku ni tau minggu ni! Chisss.. Tak boleh jadi. Once the week is finished, aku kena start puasa balik! Malam tadi kami makan lagi. Kami makan di Restoran Kampung Nelayan kat KK n… Read More

0 comments :