Tuesday, January 13, 2015

SK10D9N ~ Wonderful Jeju: 5 Days 4 Nights Itinerary and Expenses

Entry yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama kan? Haha mentel betul. Oklah, cerita sikit tentang keseluruhan aktiviti jalan-jalan di Jeju Island selama 5 hari 4 malam ni (27 - 31 Okt 2014). Sedikit sebanyak boleh lah kot kan dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak merewang-rewang ke Jeju Island. Trip ni lain sikit daripada trip South Korea aku sebelum ni sebab kali ni ada bab sewa menyewa kereta dan drive the car yourself pakai GPS Korea. Haha..

Halla-san via Yeongsil Trail..

Secara rumusannya, berikut adalah tempat-tempat yang kami pergi (mengikut turutan abjad):-

  • Andok Valley
  • Cheonjeyeon Falls
  • Hallim Park
  • Hyeopjae Beach
  • Jeju International Convention Center
  • Jongbang Falls
  • Jusangjeolli Cliff
  • Manjanggul Lava Tube
  • Maze Land
  • Mount Halla via Yeongsil Trail
  • Mysterious Road
  • Oedolge Rock
  • Seogwipo Harbour
  • Seongsan Ilchulbong
  • Seopjikoji
  • Soesokkak Estuary
  • Songaksan
  • Toscana Hotel
  • Yongduam Rock
  • Yongmeori Coast


Kalau nak tau lokasi setiap satu tempat kat atas ni, boleh lah rujuk pada peta yang ada kat bawah ni atau pun klik kat sini.



5 hari memang tak cukup untuk pusing satu Jeju. Yang lebih bagus, kena duduk sebulan. Haha.. Bagi aku kalau jalan-jalan kat Jeju ni, sangat berbaloi lah kalau sewa kereta. Nak upah driver pun boleh jugak. Tapi kos dia mahal sikit. Lainlah kalau memang ramai kena naik satu van. Itu tak apa. Kalau 4 orang macam kami ni, memang sesuai sangat lah kalau nak sumbat dalam satu kereta.

Ok, rumusan perbelanjaan pulak. Ini per head ye. Purata perbelanjaan sepanjang 5 hari di Jeju Island untuk trip 4 orang dan telah dibahagi empat sama rata:-

Guesthouse / Hostel (4 malam) = KRW88,000
          Yeha Guesthouse City Hall (now Hostel Lyndon) = KRW88,000
Pengangkutan = KRW57,100
          Car Rental "Kia Morning" 4 Hari (96 jam) = KRW40,000
          Minyak Petrol 4 Hari = KRW16,000
          Seopjikoji Parking = KRW200
          Yeongsil Route Parking = KRW300
          Jusangjeolli Parking = KRW100
          Oedolge Parking = KRW250
          Yongduam Parking = KRW250
Bayaran Masuk (Entrance Fees) = KRW28,500
          Hallim Park Entrance Fee = KRW10,000
          Rapeseed Flower Entrance Fee = KRW1,000
          Maze Land Entrance Fee = KRW9,000
          Manjanggul Lava Tube Entrance Fee = KRW2,000
          Chonjeyeon Falls Entrance Fee = KRW2,500
          Jusangjeolli Entrance Fee = KRW2,000
          Jongbang Falls Entrance Fee = KRW2,000
Makan, Minum, Jajan = KRW49,000
          Makan, Minum, Jajan = KRW49,000

TOTAL = KRW222,600 ≈ RM701.20 (Rate semasa KRW1,000 = MYR3.15)

Ni kira expenses on ground arrangement je lah ye. Kereta yang kami sewa ni merupakan kereta yang paling murah available di KT Kumho Car Rental. Makan minum jajan tu pulak sebenarnya ikut sendiri lah macam mana. Sebab ada hari kami makan mewah, ada hari kami makan Maggi je, ada hari makan nasi segera dengan lauk Brahim. Dah tu hari-hari nak minum kopi pulak tu. Yang mentioned kat atas tu, perbelanjaan aku lah ye. Hehe..

Tiket penerbangan yang dibeli pula seperti berikut:-

Seoul Gimpo ke Jeju = KRW56,000
Jeju ke Busan = KRW49,000

TOTAL = KRW105,600 ≈ RM330.75 (Rate semasa KRW1,000 = MYR3.15)

Tiket penerbangan ni pun harga berubah-ubah. Kena tengok lah mengikut kesesuaian. Yang ni secara purata je ni. Boleh dapat lagi murah, tapi timing tu tak berapa nak kena lah dengan plan yang kami buat. Makanya, terpaksa lah spend lebih sikit. Mungkin ada yang tanya mana lebih murah kalau nak ke Jeju ni, samada dari Seoul ataupun Busan. Jawapannya ialah, depends. Harga lebih kurang sama je Seoul dengan Busan ni. Kena pandai-pandai lah cari ye. So, Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk trip 5 hari 4 malam ke Jeju ni ialah RM1031.95. Alhamdulillah. :-)

Er.. Tapi tu tak termasuk tiket penerbangan dari Malaysia ye. Hahaha.. Pandai-pandai lah korang congak sendiri.

Okeh! Dengan ini secara rasminya kita tutup edisi jalan-jalan ke Jeju Island. Selamat ke Jeju!

0 comments :