Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, August 21, 2009

Cerita Hari Jumaat

Sekejap je dah hari jumaat. Cepat betul masa berlalu. Bila ada banyak kerja yang perlu difikir dan dibereskan, memang lah cepat. Cuba kalau satu hari tu belek facebook dan main YM je. Mesti rasa lama kan? Hahahhaa..

Minggu ni cuti sem. Ingatkan kalau cuti sem ni ringan lah segala beban kerja dan kurang lah segala stress-stress yang terkumpul tu. Tapi tak ada maknanya. Semakin parah ada lah. Tiap-tiap hari meeting. Setiap kali meeting ada saja kerja baru yang diagih-agihkan. Boleh muntah darah macam ni. Ni belum lagi topup dengan kerja-kerja yang masih hanging terawang-awang di udara. Hehehe.. Bisinglah kau Yatt. Dah tau kerja banyak, ko masih mengada nak menaip kat sini. Sekali sekala kita kena lah take a break kan. Tak lah rasa bekerja macam mesin. Teringat pulak iklan Kit-Kat kat tv tu. :p

Belum habis kisah MQA, ada kisah 3P. Belum habis kisah 3P ada kisah PLUMS pulak. Belum habis kisah PLUMS ada kisah fail kursus pulak. Belum habis kisah fail kursus kena buat fail meja pulak dah. Lepas ni kena buat fail kabinet, fail kerusi, fail pintu dan fail lain-lain lagi gamaknya. Macam dah tak cukup kerja aku ni. Apa kebenda fail meja ni pun aku tak tau sebenarnya. Hahahaa.. Nantilah aku google apa menatang fail meja tu.

Macam hari-hari sebelumnya, asal lunch break je aku balik rumah, memekak. Asal lunch break je aku balik rumah, memekak. Bukannya terer mana pun. Tapi aku boleh dapat rasakan satu kepuasan yang teramat sangat. Sedikit sebanyak stress yang dikumpul pada waktu pagi pun hilang. Eh, buat sementara waktu je tu. Bila balik office semula, mula laa balik stress. Hahaha.. Kalaulah baby aku tu portable, nak aja aku bawak ke hulu ke hilir. Bawak masuk office pun ok jugak. Kita lawan siapa lagi kuat. Suara aku ke suara orang sebelah ni. Hehehe...

Tengahari tadi aku menyumpah seranah lagi di jalanan. Kali ni kereta kancil putih pulak yang buat hal. Punyalah sakan dia mencilok sana sini. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, Tiba-tiba ada di depan aku, tiba-tiba pi belah sana pulak. Sekejap laju, sekejap slow. E'ehh.. Ko ni mabuk ke hapa? Lepas tu duduk stay kat tengah-tengah jalan. Bukan di lorong kiri dan bukan di lorong kanan. Kalau orang belakang nak potong belah kanan dia masuk lane kanan. Kalau orang belakang nak potong belah kiri dia masuk lane kiri. Apa kes? Apa jalan tu bapak kau yang punya ke? Menyusahkan orang betul. Memang angin kus-kus ku datang melanda. Jangan nasib ko sama dengan nasib viva putih yang dulu tu sudah. Pantang hari jumaat macam ni aku menyumpah seranah tau. Hahahaha..

Tadi aku masuk drive-thru McD. Tengah queue, aku ada nampak 2 orang awek berjalan ke parking yang kat belakang tu. Yang sorang dah masuk ke dalam kereta kat tempat duduk pemandu, kawan dia pulak dok berjalan ke arah sebuah lagi kereta selang 4 parking lot dengan cawan plastik McD di tangan. Oh, diorang datang berasingan kot. Aku buat assumption sajalah. Sekali, aku terkejut badak. Awek tadi tu letak cawan yang dipegang tadi kat atas bumbung kereta tu dan berjalan balik ke kereta kawan dia dan sama-sama pergi naik satu kereta. HUH? Tak paham aku. Apa motif dia buat macam tu? What? Ha? HUHHH? Haahahaha.. Pening pulak aku pikir sebab dan musababnya. Nak kata bongok, pakai baju macam kerja pejabat. Bongok ke dia? Kalau lah dah tak mau minum lagi air tu letak je laa kat tepi. Yang kau susah-susah jalan jauh-jauh pergi ke kereta lain tu buat apa? Keliwon betul. Sampai tahun depan pun susah nak selesaikan misteri nusantara ni. Hahahaha..

Hurm.. Kejap je ekk. Besok dah puasa dah. Ambik kesempatan lah kat sini nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua geng-geng, sahabat handai, sedara mara dan semualah yang menyinggah kat sini. Semoga Ramadhan tahun ini membawa berkat kepada semua. Yuk terawih malam ni!

Thursday, August 20, 2009

Lemau

Boring. Tension. Lemau. Tak ada mood...

Balik rumah lepas geram kat my baby.
Maafkan lah aku ye wahai housemates. Aku banyak memekak dua tiga menjak ni. Huhuhu..


Tunggu masa nak balik raya je ni. Muekekekee..