Thursday, January 1, 2015

SK10D9N ~ Day 7: Wonderful Jeju Part V: Cheonjeyeon Falls, ICC Jeju, Jusangjeollidae, Oedolgae

Thursday, 30th October 2014

Entry ni merupakan sambungan dari entry sebelum ni ye. ^__^

Agak-agak dah puas bergambar di Andeok Valley, kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Cheonjeyeon Falls. Kena baca betul-betul ye, Cheonjeyeon bukan Cheonjiyeon. Ejaan dekat sama dah tapi air terjunnya lain-lain. Cheonjiyeon Waterfalls aku dah pernah pergi dah masa first trip dulu. Yang Cheonjeyeon ni pulak baru nak pergi hari ni. Marilah kita check this place out. 

Around 15-20 minutes jugak lah perjalanan naik kereta dari Andeok Valley ke Cheonjeyeon Falls ni. Kalau dok perhatikan dari entry sebelum ni perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain memakan masa dalam 15-30 minit. Kira ok lah macam tu kan. Mana yang boleh kita singgah, kita singgah. Takde lah nak ke depan, pastu patah balik ke belakang dan seterusnya. So, kenalah plan betul-betul kan sebelum memulakan perjalanan tu. :D

Okies, dah sampai ni kena lah beli tiket. Harga tiket ialah KRW2,500 seorang untuk orang dewasa. Kanak-kanak dan sebagainya, boleh tengok kat gambar bawah ni.

Harga tiket masuk..
Punyalah nak jimat kos, satu tiket je diberi untuk 4 orang..

Cheonjeyeon Falls ni merupakan air terjun tiga tingkat. Nak pergi ke ketiga-tiga tingkat air terjun ni, kaki especially lutut nak kena kuat. Sebabnya, nak kena jalan ke dalam sikit dan turun naik tangga yang entah berapa ratus steps tu. Aku lah yang rasa macam ratus-ratus anak tangga yang ada. Tapi realitinya entah-entah tak sampai seratus kot. :P Di kawasan Cheonjeyeon Falls ni ada empat lokasi yang menjadi tarikan pengunjung yang mana tiga daripadanya adalah air terjun. Satu lagi ialah jambatan unik yang diberi nama Seonim-gyo. Nanti kita cerita dengan lebih panjang lagi.

Air terjun yang pertama letaknya tak jauh dari tempat membeli tiket masuk. Jalan kaki lebih kurang 200m lah gitu. Bermula lah episode kita turun naik tangga ye. Hoyeh!

Directions ke tempat-tempat menarik di Cheonjeyeon Falls..
Yuk turun ke air terjun pertama!
Aik mana air terjunnya?

Pelik bin ajaib jugak lah sebab lokasi air terjun pertama ni, tak ada air terjunnya. Kisahnya kat sini, air terjun cuma akan muncul kalau hujan lebat. Gittew.. So, sekarang yang terang benderang panas berdenting macam ni, jangan harap lah nak nampak air terjunnya. Kita tengok kolam je lah. Air dia kemain jernih. 

Tengok kolam je lah..

Ok, dah selamat tengok air terjun pertama, kita pergi ke air terjun kedua pulak. Kena jalan lah sikit lebih kurang 5 minit dari air terjun yang pertama tadi tu. 

Nak cerita lah sikit, Cheonjeyeon ni maksudnya "Ponds of the Gods". Mengikut lagenda masyarakat Korea, ada tujuh pari-pari turun dari langit pada waktu malam untuk mandi-manda kat Cheonjeyeon ni. Kot kalau kita tunggu malam-malam boleh nampak kot pari-pari ni. Hehe.. Pari-pari je ye yang boleh mandi-manda berenang-renang kat sini. Manusia mortal tak dibenarkan. Air kolam dalam, dan air terjun yang mengalir tu pulak sangat deras. Tak berbaloi dek non kalau kojol kat situ. Huhu..

Can go heart attack!

Sambil kita jalan-jalan dari air terjun pertama ke air terjun kedua tu, kita boleh nampak some sort of longkang ke parit ke amende aku pun tak reti nak describe macam mana. Ada air mengalir. Tak tau lah dari mana dan hendak ke mana. Tapi kalau jalan ke depan sikit, adalah penerangan tentang "longkang" ni. Canal rupanya. Terusan lah kan dalam bahasa Melayu? Gunanya pulak untuk agriculture. Pertanian lah kan. 

Canal yang panjangnya 2km..

Tiba di satu persimpangan, kita boleh pilih untuk pergi ke air terjun kedua di sebelah kanan atau air terjun ketiga di sebelah kiri. Kita pergi yang kedua dulu lah. Ikut turutan senang. Air terjun Cheonjeyeon ni kan bertingkat-tingkat. Kita tengok lah dari atas dan seterusnya turun ke bawah. Kat sini, memang kau kena tahan je lah lutut kau turun naik tangga ye. Tangga berbatu pulak tu. 

Yang mana satu idaman kalbu?

Dah sampai air terjun kedua ni, rasa best lah pulak. Serene je rasanya. Hehe.. Tak tau lah nak cerita apa pasal air terjun ni. Tengok je lah gambar kat bawah ni. Kawasan air terjun kedua ni rasanya macam lagi best dari air terjun yang pertama tadi. Orang pun tak berapa ramai kat sini. Boleh lah ambik gambar banyak-banyak sikit. Tapi yang ditepek kat entry ni, satu ni je lah. 

The second waterfall..

Then, kami ke air terjun yang ketiga pulak. On the way nak ke sana, kita akan berjumpa dengan Seonim Bridge. Panjang Seonim Bridge ni 128 meter dan tingginya pulak 78 meter. Jambatan ni cuma untuk laluan pejalan kaki je. Bukan untuk laluan kenderaan. Tapi, adalah jugak motor yang lalu lalang kat sini. 

Kalau tengok pada decoration yang ada pada jambatan ni, kita boleh nampak ada 7 pari-pari kat sini. Ni pari-pari yang mandi-manda kat Cheonjiyeon Falls ni lah. 

Gambar ni je yang ada dalam simpanan..

Nak tengok view cantik, boleh lah naik dan jalan ke tengah-tengah jambatan tu. Boleh nampak sungai yang merentas kat bawah jambatan ni, yang akan bersambung dengan air terjun ketiga dan seterusnya mengalir ke laut. Boleh jugak nampak laut dari jauh. Tapi nak naik ke jambatan ni, kena hati-hati sikit sebab agak curam. Berlari aku bila turun ke bawah, tak boleh nak break. Hehe..

Sungai..
Laut..

Jalan lah lagi kita sampai lah jumpa air terjun ketiga. Nak ke air terjun ketiga ni, kita akan lalu laluan kayu. Turun naik tangga kayu. Rata lah jugak kalau nak compare dengan turun naik tangga batu kat air terjun pertama dan air terjun kedua tadi. Takde lah nak terplecok bagai. Melainkan, lutut ko terasa penat dah nak naik turun tangga. 

Sikit lagi..
Eh nak ke mana ni?

Akhirnya sampai lah jugak. Cantik jugak air terjun ketiga ni, tapi kita cuma boleh tengok dari jauh je. Pemandangan pun dari atas, macam gambar kat bawah ni. Kawasan view deck pun kecik je, tak besar mana. Kami 4 orang kat sini pun rasa dah sesak sangat tempat ni. Kebetulan makin ramai pulak pengunjung yang tiba kat tempat ni. Tak boleh lah duduk lama-lama sangat kat sini. 

Dalam gambar nampak macam kecik je air terjun ni. Tapi tinggi weh! Air kolamnya pulak, warna hijau macam tu mesti dalam kan. Bestnya kalau dapat mandi-manda kat sini. 

Kalau lah boleh mandi kat sini.. Fuhh..

Ok, dah habis meround Cheonjeyeon Falls ni. Nak balik semula ke car park memang bercinta sangat lah. Tak larat betul nak naik tangga. Dah selesai semua, kita ke destinasi seterusnya iaitu Jusangjeollidae.

Dari Cheonjeyeon Falls nak ke Jusangjollidae, kami lalu lah pulak International Convention Center (ICC) Jeju. Berhenti lah sekejap tepi jalan dan ambik gambar. Asal boleh je kan, semua tempat nak ambik gambar. Bukti kita dah pernah sampai kat sini. Sampai je lah. Masuknya tidak. Hehe.. Kalau dah namanya convention center mesti lah banyal hall yang ada kat sini kan. Ni kalau nak buat conference kat sini pun best jugak ni. Cantik view dia mengadap laut. 

ICC Jeju..
Bye-bye! Lain kali lah kami singgah..

Jusangjeollidae. Apa yang ada kat sini? Orang ramai pergi sini, aku pun nak pergi lah jugak kan. Tourist spot lah katakan. Mesti lah nak kena visit. Lagi pulak, nak tengok formation batu yang pelik-pelik macam tiang-tiang kat cenuram bukit tu. Cenuram lah kalau aku google translate. Kalau omputihnya, disebut cliff. 

Mengikut penerangan yang ada dekat papan information yang disediakan kat sini, kalau kita tengok dari atas (pilot view), batu-batu ni berbentuk segiempat, segilima dan segienam. Unik lah kan, kalau macam tu. Makanya, mari lah kita masuk dan ambik gambar. Sebelum tu, kenalah beli tiket dulu. Harga tiket masuk ke Jusangjeollidae ni berharga KRW2,000. 

Unik kan?
Harga KRW2000 seorang..
Moh masuk..
Masa berjalan dari carpark tadi, rasa macam dah tak best dah. Sebabnya, carpark penuh dan banyak gila lah bas-bas pelancong yang ada kat sini. Memang confirm lah tempat ni crowded. Memang pun. Dah sampai kat depan Jusangjeollidae tu tak boleh bergerak! Ramai nau pelancong dari China. Kalau pelancong China ni, tau-tau je lah macam mana perangai diorang. Senak betul. Nak berposing ambik gambar pun susah. 

Aiyohh ramainya orang..

Bila dah sampai tempat ambik gambar tu, I was like, "Hek aleh? Macam ni je?" Macam mana lah tak tercakap macam tu dek non. Aku pikirkan tempat ni besar, luas, tiang-tiang cenuram tu tinggi-tinggi. Rupanya pendek je! Rendah-rendah. Adoilah. Ingatkan kena mendongak, rupanya kena tengok ke bawah. Memang expectation gone wrong sangat lah. Tapi puas hati jugak lah dah sampai ke sini. Dah nampak dengan mata kepala sendiri macam mana rupa Jusangjeollidae ni. 

The unique rock formation..
Rendah je cenuram ni.. 
Dari belah lain..

Kalau ikutkan papan info yang ada kat situ, Jusangjeollidae ni panjangnya sampai 2km. Jauh jugak tu. Tapi tak ada laluan kot, kalau nak menyusuri sepanjang 2km tu. Tapi tak tau lah kan, kalau ada. Aku yang tak korek dengan lebih detail lagi. Macam mana ianya terhasil? Dari lava gunung berapi lah. Jeju ni kan pulau gunung berapi. Dah lama-lama mengeras sampai 140,000 - 250,000 tahun, jadi lah tiang macam tu.

Sebelum kena asak dengan lebih dahsyat lagi oleh pelancong-pelancong China ni, kami pun beredar dari view deck. Balik semula ke car park dan memulakan perjalanan untuk destinasi seterusnya. Oh, untuk parking di Jusangjeollidae ni, bayaran sebanyak KRW500 dikenakan. 

Next stop ialah Oedolgae. Kenapa nak pergi sini? Sebab semua orang pergi sini. Haha.. Sebab orang pergi, kita pun pergi lah. Sama macam Jusangjeollidae tadi. Ditambah pulak, Oedolgae ni merupakan salah satu daripada filming location untuk Dae Jang Geum Jewel in the Palace tu. Mesti lah excited kan. 

15 minit jugak lah driving dari Jusangjeollidae ke Oedolgae ni. Dah sampai tu, parking dan terus ikut laluan yang dinyatakan. Kat sini, mulalah hujan turun renyai-renyai. Makanya, tak boleh lah lama-lama sangat kat sini. Ambik gambar, lepas tu chow lah kita. Nak masuk ni, mencabar sikit sebab kena turun tangga. Hahaha, oh lututku!

Jom!
Bertabah lah ye..

Oedolgae. Apa maksudnya? Pernah dengar lagu CN Blue yang bertajuk Oetoriya? Apa maksudnya? "I'm a Loner" gitu. Alone, lonely. Makanya, Oedolgae ni something like "The Lonely Rock" lah kalau nak dibuat translation bodoh-bodoh. Kenapa dia lonely? Sebab dia sorang-sorang je terpacak tinggi-tinggi kat tengah laut tu. Tak berkawan dengan batu-batu yang lain. Hehehe..

See? Sorang-sorang kat situ..
Dari dekat.. 

Tingginya 20 meter. Terjadi akibat lava yang terhakis dek ombak. Ada kisah jugak disebalik Oedolgae ni. Menurut sejarah, masa zaman dinasti Goryeo (918–1392) dulu, ada seorang general bernama Choe Yeong memimpin Goryeo berperang dengan dinasti Yuan. Dah tu, General Choe ni pergi disguisekan batu tu jadi general gergasi kononnya untuk takut-takutkan musuh. Dah tu, musuh dari Yuan ni pulak pergi bunuh diri sebab takut sangat dengan general gergasi tu. Kesudahannya? Aku pun tak tau. Kena baca lagi buku sejarah. Hehe.. Disebabkan itu jugak, Oedolgae ni dikenali jugak dengan nama General Rock. 

Kalau jalan ke depan lagi, kita boleh lah berposing ala-ala Janggeum berjumpa dengan Officer Min yang handsome tu. 

Scene yang ini..
Kat view sini.. 

Selain daripada scene kat atas, ada jugak dinyatakan, Oedolgae ni jadi tempat Han Sangong (kawan mak Janggeum yang last-last jadi mentor Janggeum tu) mati on the way diorang kena exile ke Jeju. Tak ingat atas sebab apa kena exile tu. Nak kena tengok balik cerita Dae Jang Geum ni. 

Kemain besar poster..

Ok, selesai! Lupa pulak nak mention kat atas, nak masuk ke Oedolgae ni takde dikenakan bayaran apa-apa. FOC je. Cumanya, parking nak kena bayar lah KRW1,000. Dah lepas bayar parking, kami pun beredar. Ke mana? Tunggu lah ye entry yang seterusnya. Panjang betul lah cerita hari keempat kat pulau Jeju ni. Huhuhu..

0 comments :