Jumaat, 5 Jun 2015
Aku masih tidur, bila aku terdengar satu bunyi. Kadang-kadang aku ni light sleeper. Orang bukak lampu, blackout kipas tak berpusing pun aku boleh terjaga. Housemate bukak pintu pergi kerja pun boleh terjaga. Kadang-kadang pulak, heavy sleeper mengalahkan badak tergolek. Alarm kat sebelah telinga menjerit HEY MAMACITA pun aku tak bangun. Entah apa spesis punya body system. Bunyi yang aku dengar tu mungkin bunyi cerek. Housemate tengah masak air kot. Belum sempat nak pikir dengan lebih panjang, katil aku bergoyang.
Terus aku melompat bangun. Tapi masih lagi statik kat atas katil. Cuba untuk un-mamaikan diri tapi masih blur. Ku perhatikan bukan setakat katil je bergoyang. Bilik aku pun ikut bergoyang. Ke kiri dan ke kanan. To and fro non stop selama 10-15 saat. Tapi disebabkan masih mamai dan sel-sel otak belum nak berkembang pagi ni, boleh pulak aku duduk diam-diam atas katil tu sampai lah semuanya berhenti bergoyang dan kembali tenang.
Then baru lah, Ya Allah, apa benda tu tadi? Terus aku keluar dari bilik dan menuju ke tingkap ruang tamu. Sempat lagi jeling pada jam di dinding. 7.15 pagi. Langsir pun dibukak seluas-luasnya, dan aku perhatikan kebanyakan penghuni di blok depan sama je macam aku. Duduk depan tingkap dengan muka blur. Sunyi sepi tak ada satu pun orang bersuara. Then, macam tersedar dari mimpi, baru lah ada suara sini sana menjerit "Apa tu?", "Ko tak apa-apa?", "Gila kuat gegaran tu!" etc. etc.
Housemate pun keluar dari bilik dengan muka blur dan bertanya, "Apa tadi tu?" Dengan pantas dan laju je keluar dari mulut aku "Earthquake". Dah sebut tu baru tersentak. Hah? Earthquake? Macam mana boleh ada earthquake kat Sabah ni? Terus weng. Kembali putus sel-sel otak.
Dah tu boleh pulak aku menggigil. Tak boleh nak berhenti. Masuk bilik dan duduk balik atas katil. Cuba untuk menenangkan diri. Konon nya lah. Dah tu, tangan ligat mencari handphone. Benda pertama yang aku bukak ialah Twitter. Selalunya laju je news kat Twitter ni. Bukan main banyak retweet dari @KKCity mengenai gegaran yang berlaku sebentar tadi. Bukan kami kat sekitar sini je yang rasa. Boleh dikatakan kebanyakan tempat di pantai barat Sabah ni sehingga ke Ranau merasakan gegaran tadi tu.
As a typical Malaysian kan, terus aku update status di Facebook dan Twitter. Bukannya nak pergi selamatkan diri ke apa ke kan, tapi pergi update SNS. Entah apa-apa lah kan. Buatnya ada lagi gegaran kuat lepas ni, memang padan muka aku. Dah habis update tu, masih duduk termenung. Lama. Deep lah konon memikirkan apa yang berlaku. Bila terpikirkan mungkin lepas ni ada gegaran susulan, cepat-cepat aku bersiap untuk ke office.
Kat office, jangan cakap ler. Memang sana sini orang bercerita tentang gegaran. Ada yang rasa, ada yang tak. Mungkin sebab rumah aku di tingkat 3, gegaran tu memang terasa sangat. Kalau yang duduk tingkat 15 macam mana lah agaknya ye. Aku membuat hipotesis (konon lah) yang gegaran ni merupakan tempias dari negara jiran. Negara kita ni pun dikelilingi dengan lingkaran gunung berapi. Tak mustahil kalau ada gunung berapi ni meletus atau berlakunya gempa bumi, kita akan ikut rasa jugak. Tapi kalau tempias je pun, tak kan lah kuatnya macam ni jugak tak? Entah ye.
Few hours later baru lah tau. Gempa tu berpusat di kawasan Ranau. Ya Allah. Bukan tempias lagi dah ni, memang betul-betul kat Sabah! Dan kawasan yang dinyatakan tu pulak, exactly where the mighty Gunung Kinabalu is located. Terus naik bulu roma aku. Gegaran bawah gunung. Terus terfikirkan, kalau ada orang yang mendaki, selamat tak ekk orang-orang kat atas tu. Eishh, tak dapat nak bayangkan.
![]() |
The magnitude..
|
![]() |
The epicenter of the quake..
|
The rest of the day, aku larikan diri sekejap dari isu semasa dan focus pada exam yang susah gila baban tu. Stress dibuatnya. Dah balik rumah, baru update balik dengan apa yang berlaku. News paling besar pasal earthquake ni ialah kisah di Gunung Kinabalu. Paling-paling pun, ada 200 orang berada di kawasan gunung. Ada yang selamat, ada yang tak. Semoga Allah permudahkan segala urusan SAR yang sedang dijalankan.
Memang tak buat apa lah aku sepanjang malam, baca berita dan cari updates. Dan malam tu jugak aku experience 2 lagi gegaran pada pukul 9.15 dan 11.15. Tak berapa kuat, tapi bergoyang jugak lah dalam 5 saat. Malam tu aku tidur dengan pakaian yang paling sopan sekali, in case nak kena keluar dari bangunan. Hehe..
Ramai yang mengaitkan kejadian gempa bumi ni dari segi beberapa aspek. Aku percaya, ini ialah peringatan Allah kepada kita semua di hari Jumaat yang mulia ini. Sama-sama lah kita berusaha untuk menjadi lebih baik dengan mengerjakan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
InsyaAllah. Amin.

