Saturday, January 17, 2015

Restoran Masakan Sedap, Kota Kinabalu

*Update 2019: Dah ada balik sijil Halal JAKIM! Jom pergi! 

*Update 2016: Restoran ni dah takde sijil Halal Jakim dah! Tiba-tiba bertukar jadi Serve No Pork, No Lard. Hurmm.. 

Kalau aku takde kerja, kerja aku ialah makan. Makan, makan dan makan. Selagi ada tempat yang dikatakan sedap untuk makan, aku akan pergi check it out. Kebetulan a friend of mine datang ke KK dari JB, kami pun pergilah food hunting. Yang kelakarnya, dia lagi terer bab-bab cari makan kat KK ni. Malu iols tau. Aku ni, kalau takde geng, memang payah sikit nak keluar JJCM. Tak reti, takut kena tipu tak sedap, mahal dan sebagainya. Baik aku main masak-masak kat rumah je kan? 

So kisahnya, this friend bawak lah aku ke Restoran Masakan Sedap. Letaknya di kawasan Luyang, berdekatan dengan bangunan Prudential. It's a Chinese Seafood Restaurant. Tapi ada sijil Halal Jakim. Makanya, aku pun on je lah kan. Dah sampai, dah duduk, terus order makanan. Dah tu tunggu lah. :D

Kami order...

Soft Shell Crab goreng tepung..


Udang Butter Basah..
Kangkung goreng belacan ke ni.. Haha.. 
Honey Lamb..
Err apa ni, Corn soup ke? Haha..
And last but not least, Ketam Telur Masin!

Fuh, ketam telur masin dia to die for lah. Memang sangat sedap! Makan ni je pun dah ok dah. Sedap oi sedap. Makan lah kami dengan gembiranya. Hehe..

Eh what happened?

Dah habis makan, dapat dessert pulak dah. Puding kelapa. Memang kaw-kaw kekenyangan lah ni. Senyum je masing-masing bila perut dah membuncit. Harga kemusnahan? Around RM200 jugak lah. Ke lebih? Haha.. Nak makan sedap, tak payah berkira nau. Kan?

Puding kelapa..

So, boleh lah pergi ye. Especially to those yang sangat particular dengan pengesahan Halal Jakim. Kalau ada kawan-kawan yang datang ke KK memang aku akan bawak lah datang sini. Memang best!

Related Posts:

  • Jom Heboh Sabah!! Seingat aku, sejak aku bermastautin kat Sabah ni, pernah sekali kot Jom Heboh mai sini. Lepas tu tak ada dah. Lo and behold, tahun ni ada balik. Ni cerita pasal Jom Heboh ni, aku pergi ke? Sebab aku pergi lah aku nak cerita … Read More
  • Jalan-jalan ke Kg Kebagu Semalam aku, K Rafidah dan Daliela beradventure ke Kg Kebagu. Siapa yang pergi ke sana untuk kali pertama, tau lah macam mana adventurenya perjalanan ke sana. Bukan suka-suka nak pergi ya. Kami memenuhi undangan perkahwinan … Read More
  • Tahun Baru Cina = Hari Tutup Sedonia As expected. KK 'lumpuh' sempena Tahun Baru Cina ni. Sama seperti Skudai. Taman Universiti terutamanya. Macam pekan koboi jadinya. Semua kedai tutup. Kalau diikutkan, boleh sampai seminggu tuan-tuan kedai menutup kedai. Sam… Read More
  • Rombongan Cik Kiah.. Yes. My whole family is here. Datang merewang ke KK lah. Pulak tu, datang time Kaamatan dah habis. Buang karan jek. Oh ya. Ada juga orang lain yang ikut rombongan. Abah angkut sekali dia punya PA and one of his students from… Read More
  • Menjelajah Utara Sabah Jalan lagi!! Asyik jalan je aku ni kan? Pantang ada masa terluang, walau duit tak ada pun onnnnnn je. Set je nak pergi. Sunday, 14th February 2010 Chinese New Year 2010. Orang lain dok tergolek-golek lagi kat rumah, kami t… Read More

0 comments :