Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, January 31, 2014

Harta Karun

Nak kata mengemas tu idak ler. Tengah dok mencari barang dalam kabinet-kabinet kat dapur tu, sekali jumpa ini barang. Ya ampun. Kenapa masih ada ni? Patutlah rumah ni penuh dengan clutter. Banyak nau khazanah yang tak pakai dah tapi disimpan sebab sayang sangat nak buang.

Cuba teka siapa punya? Umurnya 19 tahun..

Thursday, January 30, 2014

Meeting Lee Hyukjae!

Tarikh: Isnin, 27 Januari 2014
Tempat: Tous les Jours, Guro, Seoul

Hari ni hari Isnin. Sepatutnya aku akan balik ke KK hari ni via Manila. I mean, balik ke Manila hari ni, stay satu malam dan balik ke KK besok paginya. Tapi disebabkan satu benda gila ni, aku buat keputusan drastik. Aku tak nak balik hari ni! Aku tak nak pergi Manila. Makanya, aku extend satu hari lagi kat Seoul ni dan beli tiket direct balik ke KL dan seterusnya dari KL aku balik ke KK. Beli tiket baru uols. Dah nekad sangat tak nak pergi Manila. Makanya tiket sedia ada tu kira burn lah gitu. Lantak lah kan. Janji tak payah pergi Manila. Nanti aku cerita kenapa aku tak nak pergi Manila. Hehe..

Wednesday, January 29, 2014

It's Choi Siwon!

Tarikh: Ahad, 26 Januari 2014
Tempat: Gwanghwamun Square, Seoul

Kisahnya, pagi Ahad yang boleh tahan sejuknya macam apa, aku dan Kia dengan lenggang kangkungnya melangkahkan kaki ke TLJ si budak bilis tu. Kia tak pernah sampai, makanya aku tunjukkan lah jalan. Yang bodoh dan bengap sangatnya kami ni, lupa sangat-sangat nak check TLJ tu bukak ke tak pagi-pagi Ahad macam ni. Dah lah TLJ ni letaknya kat kawasan office. Dalam hati tu kuat sangat mengatakan TLJ tutup, tapi mengada-ngada jugak nak pergi. Sekali, hambek kau.. Dah sampai sana baru lah terhegeh-hegeh nak ketuk kepala kat dinding TLJ tu kan sebab tak bukak. Tak apalah, kita anggap je ni exercise di pagi hari. Kita kan nak kena berjalan 10,000 langkah sehari kan? Hehe.. Statement untuk sedapkan hati je tu. So, patah balik lah dan kami membuat keputusan untuk ke Ewha untuk pergi makan.

Friday, January 17, 2014

Sabah Earth Hour

Hari ni. 11.15 pagi - 8.30 malam. BLACKOUT. SATU SABAH..

*from nationalgeographic.com

Tuesday, January 7, 2014

TransJava Yuk! ~ Day 4: Masjid Cheng Ho, Masjid Sunan Ampel, Solo Balapan

Monday, 29th April 2013

Hari keempat dah kat bumi Jawa ni. Baru empat hari, so belum terserlah lagi lah kejawaan aku ni. Padahal muka tonyeh hidung kemek. Haha.. So dah hari keempat ni makanya, jalan-jalan secara pakej Surabaya-Bromo-Malang akan berakhir hari ni. Mana yang kena balik Malaysia tu, balik Malaysia lah kan. Mana yang tak balik Malaysia macam aku, K Awa dan K Ayu akan sambung pikul backpack meredah saki baki Pulau Jawa ni. Redah sangat lah kan. Yehet! 

Disebabkan hari ni hari terakhir, so program jalan-jalan hari ni santai-santai je. Tak ke mana sangat pun. Sekadar jalan-jalan sekitar Surabaya je. Itu pun ada dua tempat je nak pergi. Masjid Cheng Ho dan Masjid Sunan Ampel, so tak ada lah nak rushing. Cumanya nak kena ada kat stesen keretapi pukul 3 petang untuk kami bertiga yang tak balik Malaysia ni meneruskan perjalanan ke Solo. 

Pagi-pagi ni kami breakfast sempoi-sempoi je di Sparkling Backpacker. Ada mihun goreng sempoi dan telur dadar. Minum pulak kopi o kaw-kaw pekat dan likat. Nyaman sungguh lah. Kami enam kuntum bunga Nusantara makan di meja sambil ditemani seekor kumbang Eropah. Hehe.. Harry namanya! Orang Ireland. Dah setahun dah Harry mengembara naik basikal dari Dublin. Destinasi terakhir katanya ialah Sydney sebelum balik semula ke Ireland. Sangat gigih kan? Kalau aku nak buat macam ni, mesti dah kena pelangkung dengan mak bapak aku. 

Monday, January 6, 2014

Anjali..

Remember this kid? She's now 27!

Saturday, January 4, 2014

Dynamic Busan ~ Day 4: Gamcheon Culture Village, Taejongdae Park, Jagalchi Market & BIFF Square

Monday, 9th September 2013

Hari ke-empat kat Busan. Semalam kita dah pergi utara Busan kan. Hari ni kita pergi ke barat dan selatan Busan pulak. Hehe.. Tak ada lah barat sangat, tapi menghala ke arah barat lah. Kalau kat belah-belah barat dan selatan ni kita boleh pergi ke Gamcheon Culture Village dan Taejongdae. Makanya hari ni kita ke sana lah!

Our first destination today ialah Gamcheon Culture Village. My main priority kot nak sampai ke sini kalau ada peluang datang Busan. Tengok gambar-gambar kat internet, macam cantik sangat lah tempat ni. Menarik dan unik gitu. Orang siap cakap macam kat Santorini, Greece. Aku pun tak pernah sampai Santorini tu kan, so tak tau lah macam mana rupa dia. Tapi dalam gambar cantik jugak! Ada orang lain pulak cakap dah macam Legoland gitu Gamcheon Culture Village ni. Haha.. Rumah-rumah yang ada kat sini ni kalau tengok betul-betul, bentuknya berkotak-kotak macam lego bricks tu. Colourful some more. Makanya, mari lah kita tengok rupa paras Santorini dan Legoland versi Busan ni.

Wednesday, January 1, 2014

Jalan-Jalan 2013

Cak! Dah habis dah tahun 2013. Banyak kenangan jugak lah sepanjang 2013 ni especially bab jalan-jalan untuk aku yang kaki jalan ni. Nak rumuskan lah kat sini ke mana saja dah aku melangkah sepanjang tahun 2013 ni.

Jalan-jalan luar negara:-

1. JAPAN

Nara (Jan 2013)