Sunday, 3rd Nov 2013
Entah dah berapa kali dah aku masuk Singapore seumur hidup aku. Tapi sekali pun tak pernah sampai ke Marina Bay ni. Almaklum lah pergi Singapore untuk tujuan lain. Kekekeke.. Kali ni memang nekad. Satu hari aku spend kat Marina Bay ni. Ko mampu?
Oklah. Mula-mula just jalan-jalan kat dalam shopping mall Marina Bay ni. Cuci mata kan. Nak shopping memang lah tak mampu. Poket kami ni nipis belaka. Dah ala-ala cuci mata tu kami ke Gardens by the Bay lah pulak. Nampak macam cantik je kat dalam internet. Baru nak merasa pergi ni.
Shopping mall..
Keless ko..
Lalu tengah-tengah sini..
Bila nak naik atas sana?
Dah sampai hujung, nampak lah keseluruhan Garden ni. Besar jugak. Dan ada banyak bangunan. Dan yang paling menarik sekali benda alah yang macam obor sukan olimpik tu. Tercacak-cacak kat tengah-tengah garden. Cantik jugak lah tengok dari sini. Kalau boleh nak duduk lama-lama kat sini tapi cuaca panas kemain. Makanya kami bergerak lah menuju ke arah obor tu.
Obor..
Panoramic View..
Jalan ke sana..
Lalu kat bawah..
Kalau setakat nak jalan-jalan kat garden ni tak dikenakan apa-apa bayaran. Tapi kami nak merasa jalan-jalan kat jambatan gantung kat atas nun. So, kenalah bayar SGD5. Boleh lah. Dah alang-alang sampai sini, takkan tak nak naik kot. Naik lah kami ke atas.
Tiket..
Jalan-jalan Jambatan Gantung..
Dah berposing bagai, kami pun turun untuk ke destinasi seterusnya. Tak lah jauh mana. Sebelah je. Ekekeke.. Kami ke Art Science Museum.
Art Science Museum..
Kisahnya lah kan. Kalau kita kat seberang sana, kat kawasan merlion sana, kita akan nampak keseluruhan Marina Sands Bay ni dan kawasan sekitarnya. Gardens by the Bay tu tak nampak lah sebab kat belakang Marina Bay Sands. Kat sebelah kiri Marina Sands Bay tu ada satu bangunan yang kalau kita tengok tu seakan-akan sesikat pisang. Aku ni dok tertanya-tanya lah bangunan pisang tu bangunan apa lah. Ni dah sampai sini baru lah terjawab. Art Science Museum ni lah bangunan pisang tu! T______________T
So, kami ke sini untuk melihat pameran Mummy gitu. Katanya ada mummy kat dalam museum ni yang diterbangkan khas dari British Museum ke apa gitu. Diorang gunakan teknologi terkini untuk study mummy ni, siap dapat construct rupa paras mummy tu macam mana without pecahkan coffin, sarcophagus bagai tu. Mukanya macam mana, bentuk badannya macam mana. Interesting kan?
Mummy..
Beratur lah kami untuk beli tiket. Yang menariknya, pameran mummy ni siap ada screening time. Lah.. Dah macam tengok wayang lah pulak ada entry time pukul berapa, pukul berapa. Biar betul? Hahahaha.. Kebetulan tiket dalam masa terdekat dah habis. Terpaksa lah tunggu session pukul 4 petang. Terbangak aku kat situ. Ni nak masuk museum ke nak pi tengok wayang ni?
Tiket..
Rupa-rupanya, sebelum masuk ke bahagian pameran, visitor akan tengok tayangan video terlebih dahulu. Seats untuk tayangan video ni amat limited. Untuk make sure semua orang dapat tengok, makanya session tu diadakan. Untuk get some ideas lah kan pasal mummy ni. Menarik jugak tayangan video ni. Diceritakan kenapa perlu mummified corpse ni. Tahap apa mereka ni untuk dimummyfied kan. The process of mummification. Apa penyebab kematian mummy yang ada ni. Macam-macam lah. Banyak ilmu yang boleh kita belajar dari tayangan video ni.
Tayangan Video..
Dah habis tayangan video tu baru lah dapat pergi tengok pameran yang ada. Sayangnya kat dalam ni tak boleh ambik gambar. At the end of the exhibition, letaknya mummy sebenar dalam keranda. Masih seal. Tak bukak langsung. Tapi kat sekeliling keranda tu ada display penerangan tentang mummy tu. Siapa dia, muka dia macam mana, etc. etc. Seram pulak aku rasa. Ekekeke..
Selain pameran, ada beberapa aktiviti dijalankan. Salah satunya embalming session. Macam mana nak mummify mayat. Interactive session ni, budak-budak memang suka. Gigih mereka jadi volunteer bagai untuk tolong embalm. Boleh lah dipraktikkan kat rumah. Hahahahaha..
Embalming Workshop..
Dah settle tengok mummy, hari pun dah gelap. So kami buat apa? Balik semula ke Gardens by the bay untuk tengok lampu. Ekekeke.. Takdok keje. Memang tak ke mana dah ni. Kat Marina Bay saja lah kami satu hari ni. Dah agak-agak pueh bergambo waktu malam, kami balik semula ke JB.
Siap reflections lagi..
Ramai jugak yang dok sini..
Dah. Macam tu je trip kami ni. Boring tak? Ehehehe..