Friday, October 5, 2012

Sawasdee Bangkok! ~ Day 1: Madame Tussauds, Siam Discovery Center, Siam Paradise Night Bazaar,

Thursday, 15th March 2012

Yosh.. Mari pergi ke Bangkok untuk buat kerja gila. Memang kerja gila sebab cuma beberapa kerat je yang tau aku pergi ni. Yang sama-sama pergi ke Bangkok ni pun ada yang tak tau aku ikut sekali. Hahaha.. So main cak-cak kat LCCT je lah.

This trip is a Geng Karatz Kpop Trip. Trip SS4 gitu. So, ahli-ahlinya macam biasalah. Muka-muka yang sama. Aku, Mulan, Leen, Idie, Asue, Aleng, Kia & Queen. Tapi ada tambahan ahli merangkap ketua rombongan, mak Leen & Idie. Gereeekkk seh makcik! Sanggup nak ikut kami meroyan. Huhuhuhu..

Kisahnya, aku dan Mulan dah berhomeless kat LCCT ni dari malam tadinya. Pagi ni celik-celik terus kelaparan. Nak mandi malas. Dah sampai Bangkok nanti lah baru mandi. Boleh gitu? Boleh lah kan. Makanya, aku dan Mulan mula melangkah ke McDonalds untuk breakfast. Tak lama tu Leen, Idie and mom pun sampai. Along with Asue. Bagai nak runtuh McD tu bila masing-masing ala-ala I KNEW IT~!! Ko CikSengal kalau tak ikut memang tak sah! Wuwuwuw.. Kantoi sudeyy..



For this morning trip hanya kami-kami je yang ke Bangkok. Aleng, Kia & Queen datang kemudian naik flight malam. Dah siap breakfast kami terus ke gate. Tak lama tu terus boarding dan off to Bangkok. Our final flight turun kat Suvarnabhumi Airport. Lepas ni tak ada dah. Turun Don Mueng Airport pulak ye. Sangat lah tak best. :(

Naik bas!

Selamat datang..

Dari airport kami ambil teksi untuk ke hotel. Untuk trip kali ni, kami stay di Regent Ramkhamhaeng 22. Hotel Muslim. Boleh tahan selesa jugak lah. 

Dah selesai check in, boleh lah pergi mandi. Kekeke.. Dah tu bersiap-siap untuk keluar jalan-jalan. Sebelum keluar kami melantak dulu di hotel. Harga makanan dia takde lah mahal mana. Standard makan kat Sabah. Dah makan ni senang. Tak payah nak pikir pasal perut masa jalan-jalan nanti.

Air sejuk yang memikat..

Pad Thai for me..

Then off jalan-jalan. Kami menghala ke Siam Paragon. Naik teksi lah. Agak stress jugak sebab jalan jem. Dari Hotel nak ke Siam Paragon mengambil masa hampir sejam. Melangut je lah kat jalan.

Saw Dusit Thani on the way..

Dah sampai kat Siam Paragon, kami terus menghala ke Siam Discovery Center. Nak ke Madame Tussaud kekdahnya ni. Excited pulak aku dibuatnya. Dulu masa zaman hingusan pernah jugak pergi Madame Tussaud kat London. Dulu-dulu lah time duduk UK. Cerita 20 tahun dulu. Sobss.. Ni dah tua, pergi lagi. Pergi yang dekat je. Nak pergi London tak mampu. 

Dari jauh dah nampak signboard ke Madame Tussaud. Ada gambar Nichkhun lagi. Vavavavava.. Mamat ni ada patung lilin sendiri kat Madame Tussaud tu. Harus lah jadi kebanggaan orang Siam gitu? 

Madame Tussaud Signage..

Dah sampai tu marilah belek tiket. Untuk masuk ke Madame Tussaud sahaja, harganya dah mahal. Hul! Tapi dia ada buat pakej dengan Ocean World lah dengan apa lah. So, ada diskaun. Kami ni nak jimat punya pasal, ambik pakej Madame Tussaud + Ocean World. Admission untuk kedua-dua tempat ni tak semestinya dalam hari yang sama. Tak silap aku boleh dalam tempoh seminggu. Tak pun sebulan. Aku pun tak ingat sangat dah.

Meh beli tiket..

Harga-harga pakej yang ada..

Tiket masuk..

Masuk lah kami. Banyak patung-patung lilin yang ada. Kebanyakannya nampak real. Huihh.. Seram makcik dibuatnya. Kalau dah kat dalam sini, apa lagi yang boleh dibuat melainkan berposing sakan. Aku ni kalau dah berposing memang tak hengat dunia. Macam-macam aksi. Makanya, hanya gambar-gambar yang lulus penapisan sahaja yang boleh ditepek kat sini. Hehehehe..

King & Queen of Thailand.. Zaman muda-muda ni..

Lady Di..

Tok Det!!

Ada tokoh?

Pakwe lama..

Orang tak ramai, maka macam-macam aksi yang bukan-bukan kami posingkan. Dah tu, dari jauh kami nampak patung lilin yang amat familiar. Dah macam apa kami menjerit NICCHHKKKKHHHUUUNN~!! Hahahhahaa.. Mereng. Sambil jerit sambil lari lintang pukang ke arah Nichkhun. Patung je pun. Bukannya orang betul. Senget sangat dah.

Smiling Nichkhun..

Khun's profile..

Siap ada video clip..

Then off jalan-jalan, posing-posing lagi. Dari pemimpin dunia, ke artis Asia, artis Siam dan seterusnya artis Antarabangsa. Semua bantai kami ambik gambar.

Bespren Madonna..

Jaga-jaga mamat kat belakang tu...

Perasan bagus..

Kat satu sudut ada game sensor-virtual-reality-whatever-the-name-is-i-don't-know. Gila bongek ini game. Kerjanya menumbuk angin je, konon-konon kita tumbuk si gemok gendut dalam skrin tu lah. Ya ampun. Dah jadi sesi apa dah. Tergolek-golek kami nak jatuhkan si gemok tu. Memang lawak. Melekek-lekek gelak sampai senak perut. Paling best, ada pelawat yang dok merakam video aksi kami bergaduh. Hambik. Selamat lah kalau dia upload masuk youtube.

Debik kau!!

Aish ada..

Bapak mertua dia pun..

Bajet kamceng habis..

HAHAHAHAHAHHAHAHA...

Dah! Dah! Lagi lama kat dalam ni, lagi bengong kami dibuatnya. At the end of the showroom, ada kedai souvenir. Aku beli keychain seketul untuk diri aku. Buat kenang-kenangan gitu. Mari choww!!

Tadaaa...

Jalan-jalan kat Siam Discovery Center ni aku nampak Studio Channel V. Ada rakaman tengah dibuat. Artis local Siam kot. Aku tak kenal pun.

Channel V Studio..

Rakaman..

Keluar dari bangunan kami terus ke stesen BTS. Cadangnya nak ke night market. Tapi night market yang nak dituju tu dah tutup. Makanya, kami cari night market yang lain. Jumpa jugak. Letaknya berhampiran stesen Punnawithi. 

Vavavavava.. 

Tunggu train..

Dah sampai stesen Punnawithi tu kami hilang punca nak jalan ke mana. Jalan pulak senyap sunyi. Macam tak ramai orang kat area ni. Seram pun ya. Kami melangkah ke hadapan dan masuk ke kawasan parking berguard. Tanya dengan guard, nasib baik dia tau. Ke depan lagi rupanya.

Jaa~!! Sampai pun. Marilah skodeng..

Night market..

LENGANG!! Ni night market apa ni. Seriously tak ada orang. Kami dan beberapa kerat manusia lain je yang jalan-jalan kat situ. Biar betul. Tak dapat sambutan ke tempat ni. Hurmm.. Belasah je lah. Aku sekadar cuci mata je. Kalau nak beli, aku tunggu beli kat Chatuchak je nanti..

Night market yang lengang tak ada orang..

Agak dah puas tu kami pun balik. Jalan kaki semula ke Stesen Punnawithi, turun kat stesen Pharam 9 and naik teksi untuk balik ke hotel. Lepak jugak lah bila dah sampai tu. Lepak tu lepak lah jugak tapi sempat lagi melantak kat restoran hotel. Dah tu, bersiap-siap untuk beradu. Mata dah kuyu, memang dah terlelap dah bila aku dengar ketukan kat pintu. Sampai dah si Aleng, Kia and Queen. Aku bukak pintu dan terus merangkak naik atas katil balik. Pandai-pandai korang lah. Aku dah ngantuk banget......


Perbelanjaan keseluruhan hari ini:- THB1,730

0 comments :