Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Saturday, October 30, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 2: Taman Ayun, Chandikuning, Alas Kedaton & Tanah Lot

Sunday, 28th June 2009

It's Day 2! Sebelum mengcheck outkan diri, adalah lebih baik kami pergi jalan-jalan dulu. Tak kuasa nak heret beg ke sana ke mari. Jalan Legian pagi-pagi ni agak meriah juga dengan kereta, motor etc. etc. Tapi orangnya kurang. Mana pergi mat-mat minah-minah saleh yang bergerombolan malam tadi? Aku rasa dah penat kot diorang berjoli malam tadi. So pagi ni, ala-ala tak reti nak bangun awal lah agaknye. Mat-mat saleh yang reti bangun awal pulak tak reti nak pakai baju jalan ke sana sini. Tercemar mata aku melihat six pack mereka. Wahahaha.. Yang six pack tak apa jugak. Yang boroi? Keke..


Jalan Legian


TERUSSSSSSSS!!!

Thursday, October 28, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 1

Lambatnya aku publish entri ni. Ni pun sudden urge konon-konon nak share dengan Murni tempat-tempat yang aku pergi masa aku kat Bali dulu. Ni dia dah balik jalan-jalan aku tak terpublish-publish pun. Sementara ada masa nak merapu, aku siapkan cepat-cepat entri ni.

Saturday, 27th June 2009

Kisahnya, tiket ke Bali ni dibeli sekali dengan tiket ke Bangkok. Sengkek lah sekejap. Tapi berbaloi-baloi selepas tu. Mula-mula kami bercadang untuk pergi 4 hari sahaja. Sebab ikut promotion tiket lah ni. Tapi as time goes by, rasa 4 hari tu macam tak cukup lah pulak. Hehehe.. Kesimpulannya, kami tambah lagi 2 hari, dan ambil tiket lain untuk balik ke Malaysia. SAKAN!! Hehehe.. Ngokngek ngokngek tuptap tuptap, tibalah harinya untuk bertolak ke Bali. Kami bertiga saja. Aku, K Awa and K Abid. Sepatutnya Ina Kembong ikut sekali. Tapi disebabkan tengah hangat H1N1 outbreak, dia tak jadi pergi. Aku gerak dari KL. Kebetulan baru je habis LI visit. Seminggu aku out of office. Ditambah lagi seminggu aku pergi jalan-jalan. Seronok betul. Kekeke..

Met up with K Awa and K Abid kat LCCT. Flight pukul 7 malam. Sampai di airport Bali dah pukul 10 lebih. Main jalan je tak tau arah tuju. Hotel semua tak book lagi. GASAK!! Minta driver teksi hantar kami ke Legian. Kat sana pandai-pandai la kami cari hotel.

Wednesday, October 27, 2010

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 4 (Final Day)

Monday, 18th January 2010

Hari ini hari terakhir kat Jakarta. Flight balik ke KL malam. Dah tak tau dah nak pergi mana. K Awa and K Alin flight pagi balik JB. Jadinya, tinggal lah aku dengan K Abid melayan perasaan together-gether.

Seriously, tak tau dah nak pergi mana. Jalan-jalan di area Mangga Dua sajalah. Keluar masuk segala bangunan yang ada kat situ. Hahaha.. Went to this place. Lupa dah nama mallnya. Tapi ala-ala Low Yat jugak lah. Banyak jual IT stuffs. Then, satu bangunan ni penuh dengan baju-baju. Aku nak menghabiskan rupiah aku, aku beli laa baju dua tiga helai. Lepas tu blur. Masih banyak lagi masa. Kami pun bercadang pergi muzium. Hehehe.. Muzium lagi.


Baru beberapa hari habis tayang kat Korea, dah keluar dah cerita ni. Huhuhu..

Tuesday, October 26, 2010

My Semi-Handsome Friend

Ni kawan baru aku. Imation External HDD 500GB. Harga dia RM189. Promotion kat Cytech Taman U.



Separuh handsome je sebab bukan 1TB. Hehehe.. Ringan sikit laptop aku lepas ni. Semua khazanah melalaikan sudah pun aku transfer ke sini. Kekekeke...

Thursday, October 14, 2010

DBP Sales

Dewan Bahasa dan Pustaka kat KK ni tengah buat clearance sales. Banyak buku-buku lama dan baru diberi potongan harga 25-95%. Cool huh? Bagi hantu buku macam aku ni, memang tempting habis.

Jadi, pergilah aku ke gudang DBP. Seronoknya aku bila tengok buku yang bertimbun banyaknya. Kalau macam ni, boleh satu hari duduk kat situ. Belek punya belek, korek punya korek, ini buku yang aku dapat..



Kekekeke.. Shahnon Ahmad, A Samad Said and Arenawati. Biar betul aku ni? Hahaha.. Dah biasa baca novel merepek merapus, tak salah sekali sekala baca buku sastera berat-berat. Ye tak? All of these I got for RM16 je. Murah tak murah.

Buku kat bawah ni sangat-sangat menarik minat aku. For 301 pages, it only costs me RM1 je lepas diskaun. Hahaha.. Bestkan?





Hambik kau! "Kucin sondoi tin roti atayeh lemari jatoh kelepang atayeh lantai..." Lepas ni terer lah aku skeeping Kedah kan? Hahahaha.. (^__^)V


Sales sampai 5 November ni. Jom kita beli buku!!

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 3: MONAS, Muzium Gajah, Anchol & Grand Indonesia

Sunday, 17th January 2010

Memang kami kurang bernasib baik. Hari ketiga di Jakarta, cuaca masih tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Berfikir dua tiga kali juga kalau hendak bergerak ke mana-mana.

Hari ni kami ke MONAS. It is short for MOnumen NASional. Remember what I wrote back in 2007 about these Indonesians? They simply love to shorten some-long-words to come up with new words. Much easier to say I guess. So, MONAS. Apa yang ada di sini? Satu kawasan yang sangat lapang dan ditengah-tengahnya berdiri satu menara yang cukup tinggi dengan megahnya. Aku pernah ke sini dulu pada tahun 2005. Tapi sekadar tengok dari luar pagar saja. Masa tak mengizinkan ketika itu. Kali ni, bolehlah aku ronda puas-puas.

MONAS ni dah ada sejak pemerintahan Presiden Sukarno lagi. Apa yang uniknya, the tip of the monument is all GOLD. Yeah, gambar yang aku ambik ni takde lah nampak ke'gold'annya. Sila google untuk gambar yang lebih jelas. :p


MONAS