Monday, February 8, 2010

Sendok..

CikSengal atas flight. Lapar. Order makanan.

Dalam gambar, punyalah cun gambar makanannya. Bila dapat kat tangan CikSengal, rasa sedih pulak tengok. Tapi disebabkan lapar, CikSengal layan je lah.

Masalahnya, setelah beberapa ketika, CikSengal tak diberi sudu. Apa nak suruh CikSengal makan pakai tangan ke? Kawan CikSengal kat sebelah dah mula gelak-gelak. "Sudu habis dah kott??" katanya..

Pramugari tu tersengih-sengih. Minta aku tunggu. Sehinggalah dia hilang dari pandangan, aku masih belum dapat sudu lagi. Tak lama kemudian, pramugara yang agak comel datang menghampiri..



"MAAF YA MBAK, SENDOKNYA UDAH KEHABISAN!!"

What??! CikSengal tak nak sendok! CikSengal nak sudu!!!!! Jerit CikSengal. Tapi dalam hati je lah. Kekeke.. Berulang-ulang si pramugara memohon maaf. Asal lalu tepi aku je, dia mohon maaf lagi. Hehehehee.. Sabar je lah CikSengal. Kawan CikSengal kat sebelah tak boleh nak berhenti gelak. "Kan, akak dah cakap....." Katanya lagi. Huhuhu..

Terus terbantut selera. CikSengal bawak balik makan kat hotel je lah nanti. Harap-harap kat hotel nanti ada banyak sendok....


Mangsa kehabisan sendok.. :p

4 comments :

Anonymous said...

muncung leh kasi ikat ngan reben..

sitinurulhawa said...

len kali sila bawak sendok sendiri ya!! ahahaha..

aku lagi la, bukan sendok je, dgn makanan2 seme abis.. lapo giler

CikSengal said...

anon,
gantung hanger baju pon boleh..

k awa,
karang tekejut plak diorang nengok sendok kita.. kekeke..

tunbegia said...

sungguh bengang kanns, ;-)

salamm,