Monday, May 18, 2009

Ya Allah, Kau Berikanlah Balasan Yang Setimpal Pada Si Pelaku

Pagi tadi, lebih kurang jam 6.40 pagi aku mendapat sms dari abah yang berbunyi:

Mlm tadi rumah kena pecah dan selongkar. Kancil hilang. Bilik abah habis kena geledah. Abah d KL dgn mak sekarang. Yg d rumah, din aida dan atiqah..
Aku dapat rasa jantung aku seperti direntap dengan maha hebat. Terkejut! Aku jadi tak keruan. Apa lah nasib budak-budak kat rumah tu? Cepat-cepat aku menelefon ke rumah, Ika yang mengangkat telefon menangis teresak-esak. Sampai aku tak faham apa yang dikatakannya. Aku ikut jadi sedih. Aku bercakap dengan Aida. Katanya rumah dipecah masuk mungkin sekitar jam 2 hingga 3.30 pagi. Masing-masing tengah nyenyak tidur, tak sedar grill pintu dikopak, rumah digeledah. Syukur Alhamdulillah, adik-adik aku tak apa-apa. Perampok durjana itu berjaya melarikan kereta Kancil dan cash RM6K. Aku percaya duit itu adalah duit Surau. Sampai hati perompak tu. Duit rumah Allah kau bawa lari.

Syukur juga jiran kami Dr Safaai ada untuk membantu. Aku suruh Aida cepat-cepat buat report polis. 999 sudah dicall, dan nak tau apa polis tu jawab? Datang ke balai dulu, buat report. Marahnya aku bila dengar. Aku dari dulu memang angin dengan polis bila berkaitan dengan hal-hal macam ni. Kalau ye pun, polis tu datang lah dulu, tengok keadaan rumah, ambil cap jari. Cepat sikit tindakan nak diambil. Ni sementara nak tunggu ke sana, perampok tu dah joli sakan dengan duit tu dan kereta Kancil tu dah jadi besi buruk dah. Teringat kisah rumah K Awa kena pecah masuk dulu. Dah terbalik pula jadinya. K Awa yang jadi CSI suruh polis tu ambil cap jari. Lemau sungguh. Polis-polis ni tak tengok CSI kot.

Aku berharap, si pelaku dapat ditangkap, dan diberikan balasan yang setimpal. Bersama-samalah kita berdoa. AMIN..

13 comments :

yantie said...

sabar yatt..semoga semua selamat..

sound je polis2 tu...keje tau nak duduk dlm balai je..

sitinurulhawa said...

yatt, tapi diaorg tak ada apa2 kan? kesiannya..

polis mesia ni mmg kelakar. dua minggu lepas rumah kakak akak kat pontian kena pecah gak, siang2 hari. polis tak ada pon ambil cap jari. alasannya. kos MAHAL!

itupon 2 jam lepas call baru polis tiba. alasannya, kes pecah rumah ialah kes polis pontian, jadi polis ayer baloi tak boleh buat apa2. pandai pulak polis tu pesan jangan usik apa2. takkanlah setakat dtg rumah, letak tape 'kawasan polis' pon tak boleh? dah la kejadian siang2 hari. jadi mmgla jiran2, budak2 keluar masuk. tuan rumah dah bingung ada ke modd nak suruh org jgn kacau barang2?

CikSengal said...

k yantie,
police eat blind salary.. that's why lah..

k awa,
tak ada apa2. syukur alhamdulillah. ambil cap jari kos mahal? kalau mahal nak bawak fingerprint punye detctor tu pakai selotape je. tu pun nak ajar ke? soheh tak tengok CSI. kalau beria nak selesaikan jenayah semua, tak payah nak kata kos mahal ke murah. macam bodoh je statement tu.

sitinurulhawa said...

hahaah ayat ko sama ngan ayat aku yatt. lampu biru tu maiden pon ada jual. selotep pon takkan mahal? haha. pastu abg akak pon kluor ayat yg sama. tak tgk CSI ke?

siap ada bekas tapak kasut gi, tau. kakak akak ckp, diaorg dtg dgn unit forensik, tp ambik gambor jek.

btw, kat kg kakak akak mmg mcm musim, pastu diaorg buat giliran jaga malam 12-3. tp pencuri lebih bijak. diaorg dtg siang plak.

CikSengal said...

hehe.. konpem tak tengok CSI..

latest update:-

i) polis stakat datang amik gambo je. no cap cap jari. mungkin betul lah sebab kos MAHAL. chitpoodaahh..

ii) perampok bukan setakat mencuri keta dan duit.. barang kemas mak aku, file dokumen2 penting dan kunci rumah. bukan itu saja. ayam, ikan daging beku dalam peti ais pun turut dirembat. lagi best, hamster 3 ketul adik aku pun dirembat jugak. hahaha..

Marriatyi Morsin said...

moga semuanya selamat.

Misako said...

kesian adik2 tu mesti fobia. Tapi syukur lah semua nya ok. Semoga sang durjana akan mendapat balasan yg setimpal!

CikSengal said...

thanks maity, misako.. :)

Anonymous said...

ye ke yatt??astaga...kancil merah mak ko tu ke?keta tu byk berjasa ms kita kt utm...setan btol pencuri..kalo dpt kt aku,aku sekeh2 kpala...

CikSengal said...

anonymous.. ko ni sape ekk? hehehe.. betul laa tu.. keta kancil merah tu.. sangat2 berjasa.. banyak sungguh kenangan.. takde dah dia.. sob sob sob.. hahahaa..

Anonymous said...

lupa palk..aku mekyusz la...

CikSengal said...

hehehe.. mekk.. terbayang2 time kita melenjan kancil tu pi mana2.. kuikuikui..

mekyusz said...

tu la pasal..aku pun sakit ati dgr kena curi