Thursday, October 25, 2007

Konvo Diraja

Hari ni ada majlis konvokesyen diraja. Penerimanye ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan. Fuhhh.. Aku kopi pes bulat2 dari website mana ntah. Takut salah tulis. Semua staf terlibat. Ikut je la. Pakai lagi aku jubah kaler ungu tu. Dalam aturcara program tulis kul 9 berkumpul kat foyer. Tapi seblom tu aku pi bekfes la 4 orang ngan k rafidah, k za n liawas. Pihak penganjur konvo tak bagi makan pagi2 ni. Kenala cari sendiri. Makan punye makan sampai terlajak dah ke 9.15. Cepat2 pegi ke dewan. Sampai je kat foyer tengok2 semua orang dah masuk. Muahaha.. Padan muka kami. Sape suruh lambat. Saspen pon ada, takut kerabat2 kelantan semua dah ada kat dalam. Nasib baik blom ada lagi. So kami menyelinap je masuk. Dewan dah le penuh orang. Dari pegawai kerajaan, organisasi2 tempatan, polis diraja ada, atm, tldm, masing2 macho ngan uniform masing2. Perghhh.. Meleleh air liur. Wakaka.. Bila dah duduk tu rupanya ada lagi yang lambat masuk. Haha.. Bukan kami je. Selamat!

Majlis hari ni sangat2 formal. Banyak betul protokolnya. Start dari perarakan masuk lagi. Ramai orang2 besar ada. CM Musa Aman ada, our menteri Tok Pa pun ada, TYT tak ketinggalan. Aku tak penah nengok kerabat kelantan dari dekat. Actually, kerabat mana2 pon dari dekat. Kerabat johor pon ngan Raja Zarith Sofea je. Tu pon disebabkan konvo. Kalau tak takde can langsung. So masa perarakan masuk tu aku dapatler tengok Sultan n Raja Perempuan Kelantan. Alahaiii.. Comei betul. Baju Raja Perempuan perghh.. Berkilau2an. Merelip uuu.. Terkagum aku skejap. Itu ini itu ini sampai la part Sultan kelantan bagi speech. Suara halusnya. Rasa cam nak tertido aku ni. Huhu.. AMPUN TUANKU!!!

Lepas abis majlis kami terus keluar pi makan. Konon2nye sempena kedatangan Sultan Kelantan ni ada buat Kelantan food fest. Dengan lagu2 dikir barat dipasang kuat2 kat perkarangan dewan nun. Wah.. Terasa macam kat kelantan plak aku ni. Bersemangat dan beria2 la aku nak makan laksam ke. Nasi kerabu ke. Tapi hampeh. Aku tak jumpa pon. Kelantan food fest apa camni. Diorang masak sikit sangat kot. Tak sempat aku nak menjamah.

Tengah syok2 makan tu ada announcement mintak staf akademik pi kumpul kat anjung siswa. Tok Pa nak bagi amanat. Malas aku. Tak dapat makan best2 terus boikot. Ramai2 berjemaah balik ke sekolah...

0 comments :