Wednesday, October 24, 2007

Coret2 Selepas Raya..

Alhamdulillah. Sampai dah aku kat KK nan indah ni. Smalam lepas landing terus amik cab pi umah pakcik aku. Amik keta la. Aku melandingkan keta aku yang terchenta tu kat umah pakcik aku sempena aku balik raya ni. Nak letak kat rumah sendiri tak bape konpiden. Takde orang sangat area tu. Takut jugaklaa kalau jadik pape kan. Sepatutnya hari ni aku keje. Tapi punyela penat ntah kenapa aku terus balik rumah n take a nap kejap. Tak payah naik bilik. Kat depan tv aku landing. Konon2 kejap je la titon ni. Pastu baru masuk opis. Tapi kirim salam je la. Takdenye aku masuk opis. Aku terus tido tak hengat dunia. Kul 4 baru bangun. Hahaha.. Siott jek. Take a nap apa camni. Dah alang2 tu malas dah aku nak masuk. Besok je la aku datang keje. Sonot betul aku memontengkan diri.

Hari ni masuk keje punye hangin satu badan. Ntah malaun mana pi conteng bod depan bilik aku. Yang aku sure sesurenye malaun tu pasti student aku. Tak puas hati ngan markah yang aku bagi. Ngengada taik kuda. Kalau markah sendiri dia tak puas hati takpo gak. Ni markah orang lain. Siap highlight terang2 n kata aku penipu n melampau. Huh!! Ini boleh mendatangkan marah. Ehh, bukan boleh je. INI MEMANG MENDATANGKAN MARAH!! Aku baru je puji kelas korang batch yang paling best aku penah ajar. Skarang korang wat hal plak. Memang nak kena. Mula2 aku bising gak. Tapi dah lama2 tu aku biarkan je. Dah tau orangnye sape so senyap2 je la. Tak ke bengap. Tulis tak cover2. Ingat aku tak boleh cari tulisan ko. Hahaha.. Tu la. Pandai sangat. Nanti ko time exam nanti. Aku tenung ko sampai tak cukup masa ko nak jawab exam...

0 comments :