Saturday, September 1, 2007

Merdeka??

Smalam genap 50 tahun negara kita merdeka. Merdeka, merdeka jugak. Aku ni dah merdeka ke belom? Kalau diselam ke dasar hati aku ni, rasanya belum merdeka lagi. Isy.. Ntahla. Aku pon tak tau. Buat malu je kalau orang tanya. Terasa macam tak layak plak jadi warganegara mesia. Adeh..

Well, merdeka smalam aku tak buat apa2 pun. Nak pi keluar malas. Panas terik youuu.. Ni la. Warga mesia yang patriotik konon. Tak raikan merdeka langsung. Eleh.. Macam aku sorang je. Aku gerenti ramai lagi yang kat luar tu wat donno je. Dan aku pasti bila matahari dah tegak atas kepala baru ada yang bangun tido. Cuti umum la katakan. Time gini je boleh bangun lambat. Ye tak?

Malam aku ada jemputan makan2. Majlis untuk student yang terima anugerah dekan. Especially yang nak konvo besok ni. Buat kat mana? Le Meredien. Memanglaa. UMS ngan Le Meredien memang tak boleh dipisahkan. Situ je la. Tempat lain takde. Majlis ni tertutup. Tertutup ke? Lebih kurang la. Sebab several people je yang datang. Takdenye nak panggil satu skolah datang. Yang pasti ikan2 jaws ada la datang. Ikan bilis macam aku ni kebetulan dapat join sebab baru dilantik jadik penyelaras program PLUMS. Huhuhu.. Sukak aku. Dapat makan free camni. Sapo nak bagi.

Yang buat aku bapak saspen, cuma dua owang pompuan je yang datang. Aku ngan Dr Pat. Staf akademik la. Dr Pat ikan jaws. Dok kat meja lain. Aku ni ikan bilis dok kat meja lain. Perghhh terawang2 bila diapit sembilan ikan bilis jantan yang lain. Kehkehkeh.. A flower among 9 thorns. Fullemeekkk.. Tak kisahlaa diorang ni semua laki orang dan bapak orang aku dilayan begitu mesra dan manja. Wargahgagwaghagaakaka.. Gila aku ni. Tapi bestla. Bila lagi nak dapat peluang camni kan. Kihkihkih..

Selain wat majlis untuk bebudak yang terer ni, malam tu gak buat majlis perpisahan ngan dekan. Dekan aku dah abis dah tempoh perkhidmatan dia. Bukan stakat turun takhta, dia nak pi pindah UMP plak. Huhuhu.. Dah tak jumpa dah dekan nanti. Bukannya apa. Aku dah kenal dia lamo dah. Sejak aku umur sembilan tawon lagik. Bape tawon tu? Lebih kurang 15 tahun la. Lama tuu.. Dia dah macam bapak aku dah. Kebetulan gak antara kawan2 baik bapak aku. Memang kenal gila la.

Lepas abis majlis aku terus balik umah. Gilo apo nak join ikan bilis jantan pi merewang. Balik tu tak payah tunggu lama la, terus aku tido. Hari ni aku pikir balik. La.. Tu je ke sambutan merdeka aku??

0 comments :