Friday, March 7, 2014

Bercakap Dengan Cik Ti

Sejak dua menjak ni, semakin menjadi-jadi kaum kerabat Cik Ti dok buat sukaneka kat bumbung. Sampai rimas dibuatnya. Takut dia jatuh bolos masuk bilik je kan. Seram la woii. Cukup-cukup lah sekor buat hal kat dapur. Yang tu pun entah bila lah dapat dihalau keluar. Kupikirkan ia sudah lari, tapi sedap-sedap aku tangkap dia makan maggi aku. Chaiitt sungguh..

Makanya dek sebab dah tak tahan, aku pun google lah kan macam mana nak buat kaum kerabat ni duduk diam-diam. Hari-hari nak buat lompat jauh. Hari-hari nak buat lumba lari. Aku nak tidur pun tak tenang. Apa yang menarik setelah di google, ramai yang bagi pendapat bahawasanya, kaum kerabat ni tak boleh ditegur dengan kasar. Cuba cakap baik-baik, confirm diorang dengar kata.

Apa tengok-tengok? Mari bersenam!!


WHAT? I said whattt? Biar betul? Dah melekek macam orang gila kot aku ni bila baca pendapat-pendapat ni. Serious meh? Hahaha.. But, worth a try lah kot kan? Makanya aku pun siap susun ayat baik-baik nak 'cakap' dengan kaum kerabat Cik Ti ni.

Tengah diorang bergedeguk-gedeguk kat bumbung tu, aku pun bukak mulut. Sesopan yang mungkin tone suara aku gunakan. "Udah-udah lah tu ye main. Dah malam dah ni. Nak main, main besok pagi ye. Aku ni nak tidur. Tolong lah ye. Pleasssseeee..."

Gelak lah. Tapi tu lah ucapan hari raya aku kat tikus-tikus kat bumbung tu. Hasilnya? Memang aku terbangak habis sebab terus diam sediam diamnya. GILA! Dah tak ada dah bunyi bising! Oh my. This is scary. Hahaha.. Gila lah aku boleh berkomunikasi dengan tikus. Hahaha..

Serius aku tak tipu pasal diorang terus senyap. Dan lepas tu tak ada bunyi-bunyi bising kat bumbung tu selama beberapa minggu. Mejik betul lah. Rasa kagum pun ada. Memang mujarab tips yang ada kat internet tu. Lain kali, kalau ada bunyi bising lagi, tak perlu lah kan menjerit-jerit suruh diam. Kita cakap baik-baik dengan dia. InsyaAllah dia mendengar kata. Hehe..

Saya dah bercakap dengan tikus. Anda bila lagi? Huehuehue....

Related Posts:

  • Banjir Oh Banjir.. Sejak dua menjak ni hujan. Lebat selebat2nya. Jalan on the way nak balik rumah pun banjir. Jem jangan cakaplaa. Dari 10 minit boleh jejak ke satu jam sangkut dalam jem tu. But still, sampai skarang takde tindakan apa2 lagi d… Read More
  • Dah Pindah Dah This few days back aku sangat2laa packed. Start dari hari jumaat lagi aku dah mula packing n kemas2. Nak pindah rumah dah. Yey!! Suka gila aku. Tak payah nak bertarung dengan semut2 durjana tu lagi. Rumah sewa baru aku kat B… Read More
  • Coret2 Selepas Raya..Alhamdulillah. Sampai dah aku kat KK nan indah ni. Smalam lepas landing terus amik cab pi umah pakcik aku. Amik keta la. Aku melandingkan keta aku yang terchenta tu kat umah pakcik aku sempena aku balik raya ni. Nak letak kat… Read More
  • Konvo Lagi.. Hari ni Konvo UMS yang ke-9. Tahun ni kali kedua aku join konvo. So meaning dah dua tahun gak aku kat sini ye. Cepat betul masa berlalu. Dan seperti konvo tahun lepas, tahun ni aku angin kuskus aku datang balik. Penyakit gil… Read More
  • Hari ke 20 dalam bulan November Today is the 20th. Hari ni tersangatlaa bz giler. Keje RCCST berlonggok2 nak dibuat. Semakin dekat RCCSt ni semakin banyak plak keje yang datang. Yang remeh2 plak tu. Bendahari plak wat lawak bangsat bila ditanya pasal payme… Read More

4 comments :

Anonymous said...

pasang je prangkap.. letak kat dapur dua tiga prangkap.. puas hati.

CikSengal said...

CT,
ni cik ti jenis educated ni.. dia main acah-acah je depan perangkap.. memang tak jalan.. tak tau nak buat apa.. now dah pindah rumah so lega tak yah pikir.. haha..

Lurvenuqmans said...

hahahahahah
ade tak org nk hire ko jd jurulath cik ti??

tihtihtihhhh

**try letak daun pandan or serai wangi byk2 kak.
semut lipas cicak tikus sume xsuke bau daun pandan ngn serai wangi

CikSengal said...

aliah,
melampau nau nak jadi coach.. hahaha..