Sunday, January 4, 2009

Makan Soto

Gembira tak terkata aku dapat makan soto hari ni. Sampai tak terasa pun 3 jam lamanya aku terperuk kat dapur. Hehehe.. Soto tu bila dah siap, nampak je senang. Tapi banyak juga yang nak dikerjakan ye. Rebus nasi impit, buat sup, buat pegedil, buat sambal kicap, goreng itu ini. Lemau aku jadinya. Tapi still maintain. Dah teringin sangat nak makan. Bila dah siap, pueh hati lah. Suka banget!


Bahan-bahan untuk buat pegedil ye puan-puan.


Ayam goreng yang bakal disiat-siat..


Ni nak buat sambal kicap.. Kicap nya lupa nak bergambo skali..


Nasi impit yang dah siap direbus..


Pegedil yang dah siap diuli dan dileperkan, disalut telur dan digorenggg!!


Semua ready dah. Slack taugeh takde. Penat meround kat pasar, kedai tapi takde.




Cara-cara penyediaan soto Cara Cik Sengal @ Yatt

Letak nasi impit dalam pinggan..


Tabur ayam yang dah disiat-siat..


Tabur kacang goreng..


Letak pulak suhun goreng..


Then, daun sup + daun bawang..


Tabur pulak bawang goreng..


Letak sambal kicap.. Lagi banyak lagi kaw-kaw..


Last sekali curah sup.. TADAAA!! Siap untuk dimakan.


Alah.. lupa pulak nak letak pegedil. Ah, tak kisahlaa letak kemudian. Janji dapat di'ngap' dengan jayanya.. Jangan lupa mencuba ye tuan-tuan dan puan-puan! Hehehe..

Related Posts:

  • Laksa oh Laksa Dah berapa minggu ni aku teringin nak makan laksa. Cari kat PaRam tak ada lah pulak. Hurmm.. Nak kena masak sendiri lah macam ni ye? Pusing-pusing aku pergi mencari mi laksa. Entah berapa kedai aku masuk. Dah berapa hari… Read More
  • Roti Telur Tiba-tiba mulut ni gatal nak makan roti telur Korea. Ini bukan roti celup telur lepas tu digoreng tau, tapi roti ala-ala muffin gitu dengan sebijik telur kat atas. Ni snack food yang biasa ada time musim sejuk kat Korea.&nb… Read More
  • Veggie Ramyun Sempat merembat megi ni masa pergi Busan hari tu. Vege Ramyun gitu. Tulis besor lagi No Meat. Ada baca kat blog Zarina boleh makan megi ni. Makanya aku beli lah sebungkus bawak balik. Hari ni baru nak try test rasa. Ve… Read More
  • Raya! Raya! Raya! Part 5 Tahun lepas tak buat. Tahun ni gatal. Masak-masak lagi aku tahun ni. Seperti sebelum-sebelum ni, aku tertonggek-tonggek seorang-seorang kat dapur. Memang patah riuk tulang belakang, pinggang aku semua. Menu standard oran… Read More
  • Businesswoman Konon Atas permintaan ramai (wah keless ko nyah..) aku pun buat lah beberapa tapau. Meniaga lah ni kononnya. Tapi aku buat pun atas permintaan. Sebelum buat aku announce dulu kat fesbuk. Sapo nak soto besok sila bagitau. Bila dah… Read More

14 comments :

sitinurulhawa said...

banyaknya masak? berapa org makan ni?

yatt, klau cari kat johor pon blom tentu dapat soto macam ni tau! cam lapo la plak mlm2 nih.. aih..

CikSengal said...

Saja masak lebih. Hantar ke rumah adik lagi.

Kalau full macam ni maunya harga pun mahal. Orang pun tak mo beli. Tapi kat sini mahal pun orang makan juga. Sebab memang rata-rata makanan siap semuanya mahal. Cekik darah betul..

yantie said...

details la cara nak wat pedegil tu eh pegedil

Anonymous said...

Yatt,

sodapnya nampak... kecur dh air liur... tahniah la rajin memasak dan rajin tulis blog hehehe

faizul hadi said...

dah boleh meniaga dah nih...
jgn disia bakat terpendam.

Anonymous said...

wah sedap nyeee
heheh
xde ms nk try lg :/

CikSengal said...

k yanti,
bahan2 wat pegedil tu sebenornye lain, kita belasah ikut suka kita jek. Kentang, daging cincang ramly, daun sup + daun bawang, bawang merah, bawang putih n lada hitam + ketumbar yang dah digrind.. Semuanya agak2. Takde ukuran spesifik. Hehehe..

kentang kena rebus lah, senang nak tumbuk. Daging pun. Bawang2 tu goreng kejap. Lepas tu gaul je semua. Kepal2 masuk peti ais jap bagi dia keras sket then salut telur, goreeenggggg!!

CikSengal said...

eeqbalz,
Macey. Tak rajin pun ni. Dah mengidam baru la rajin. Haha..

CikSengal said...

faizul,
teringin juga nak meniaga, tapi tak cukup tangan lah. Ni yang kena cabut dari UMS ni. Haha..

CikSengal said...

Emmy,
Apa lagi. Motivasi untuk mencoba. Jiayou!

faizul hadi said...

nak cabut?
janganla dulu, kedai makanan kat sini banyak yang kurang sedap...
sekiranya cik cabut, makin kuranglah masakan yg sedap....huhuhu....
kalau hari2 jati tom yam dgn muara pun boring juga....
nak jugak rasa soto johor nih...

CikSengal said...

poyo jek.. nanti saya bukak gerai la kat IP ni.. :p

Misako said...

yumm..yumm..sedaaap cik sengal ni buat.. dah rasa hari tu, kan yatt? lain kali kalau nak buat lagi, panggil lah akak tolong sekali.. tolong ngap! hehehe

CikSengal said...

Aha.. Yang tu resipi lain. Ni resipi lain lagi. Banyak betul resipi. Tapi yang kali ni lagi betul la kot resipinye. Kekeke..