Saturday, 26th January 2013
Kita sambung ye cerita haritu. Pada
previous entry, endingnya ialah naik nobi-nobi dari Tokyo menuju ke Himeji. Ni nak sambung lah pulak cerita apa yang kami buat bila dah sampai kat Himeji ni. Tidur dalam nobi-nobi kali ni tak berapa best. Tak seselesa kali pertama naik dulu dari Osaka ke Tokyo. Mungkin disebabkan aku tidur kat tingkat atas. Kat tingkat atas ni, heaternya tak berapa nak kuat. Boleh tahan sejuk jugak lah sepanjang malam.
Kami dijangkakan tiba di Himeji pada pukul 5.24 pagi. Pukul 5 lagi aku dah bangun. Dah bersiap sedia untuk lompat dari tingkat atas ni dan berlari keluar dari train. Lebih kurang pukul 5.20 pagi gitu, train attendant buat round check dan bagitau train ni delay sikit dan bakal tiba lebih kurang pukul 6. Alahai, lambat lah pulak. Nak sambung tidur lagi pun boleh sangat.
Dah sampai tu kami terus cari port untuk solat subuh dan seterusnya pergi redeem tiket shinkansen untuk ke Hiroshima. Perjalanan dari Himeji ke Hiroshima mengambil masa lebih kurang satu jam gitu naik shinkansen ni. Gitu gini, lebih kurang pukul 8 jugak lah nanti kami sampai di Hiroshima Station.
|
Lepak depan heater.. Sejuk wei!!
|
|
Shinkansen ticket from Himeji to Hiroshima.. |
|
Smoking Room tapi kami dok dalam sini untuk panaskan badan.. Hehe.. |
Shinkansen yang kami naik ni jenis Sakura. So, kena lah pandai-pandai kan tengok penerangan untuk naik shinkansen ni. Train Sakura ada 8 gerabak. Kalau train Nozomi atau Hikari ada 16 gerabak. Kena lah berdiri kat platform yang betul untuk naik gerabak yang betul. Takde lah nak menyusahkan orang sangat kan. Teringat kat kali pertama kami naik shinkansen hari tu. Selamba kodok je confident tempat duduk. Nombor seat dah betul dah. Cuma salah gerabak je. Hehe..
|
Berdiri di platform sepatutnya.. |
|
Tengok bebetul nak berdiri kat mana.. |
|
Sakura 541. Our train! |
|
Sampai sudah muncung itik ni.. |
|
Tempat duduk yang luas dan selesa.. |
Sepanjang perjalanan walaupun yang cuma sejam je tu pun, aku sempat tidur. Sementara ada peluang tidur ni mari kita charge tenaga. Lepas ni dah sampai Hiroshima nak kena kuatkan diri pergi jalan-jalan. Around 8am sampai lah kami di Hiroshima. Yay sampai jugak akhirnya! Gigih kami menyampaikan diri kami ke sini.
Walaupun Hiroshima ni agak jauh jugak lah tersasar dari perjalanan jelajah Jepun kami ni, tapi kami nak jugak datang sini. Aku ni suka jugak lah bab-bab sejarah kan. Makanya, dapat lah jugak tengok tempat yang pernah jadi padang jarak padang terkukur once upon a time dulu sebab serangan bom atom. Selama ni dengar-dengar, baca-baca je pasal Hiroshima ni. Ni dah nampak depan mata, memang lah excited tahap gaban dapat makan aiskrim.
Dah sampai Hiroshima ni, destinasi pertama kami ialah
K's House. Hostel tempat kami bermalam untuk satu malam ni. Tak lah jauh mana dari Hiroshima Station. Kami mengambil keputusan untuk jalan kaki je. Sambil jalan kaki, boleh lah tengok pemandangan sekeliling.
|
Stream berhampiran Hiroshima station. |
|
Tram Station yang berhampiran dengan K's House.. |
Dah selesai segala urusan hostel, letak beg bagai kami pun mula lah bergerak ke tempat tourist yang pertama kat Hiroshima ni iaitu Miyajima Island. Tengok review, ramai orang pergi jalan-jalan kat sini, kami pun nak pergi lah jugak. Pernah jugak tengok pasal Miyajima ni kat tv. Ada satu gate merah terpacak kat tengah-tengah laut. Orang panggil gate tu the floating gate. Macam menarik je, macam best je. Nak jugak lah ambik gambar kat situ.
Nak ke Miyajima ni, senang banget deh. Kami ambik je instructions yang disediakan kat K's House tu. Hehe.. Dari Hiroshima Station, naik JR train dan turun kat Miyajima-guchi Station. Perjalanan naik train dalam 27 minit katanya. Dah tu, jalan sikit dan ambik JR ferry ke Miyajima Island tu. Selain dari naik JR, boleh jugak naik tram. Sampai jugak lah kat Miyajima-guchi Station tu. Tapi berbayar lah. Dah alang-alang ada JR Pass kan, makanya kita lenjan je sampai lunyai. FOC, tak perlu bayar apa-apa.
|
How to go to Miyajima Island.. |
Oklah, jalan lah balik dari K's House ke Hiroshima Station. Jalan kaki je. Kedekut sangat nak naik tram ke Hiroshima Station. Hehe..
|
Comeynye penutup sewer dia.. |
On the way ke Hiroshima Station tu, kami nampai kedai Halal. Wah! Tadi nak ke K's House tak nampak. Maybe tadi belum bukak kot. Ni dah bukak. Amboi macam-macam ada. Tempe pun ada jual jugak. Hehe.. Nanti kalau sempat, baliknya kami singgah lah. Now nak kena jalan jauh dulu!
|
Kedai Halal berhampiran Hiroshima Station.. |
Setelah mengikut instruction ke Miyajima, sampailah kami dengan selamatnya di sini. Ramai manusia yang berjalan menghala ke jeti, makanya kami ikut je lah. Dah sampai kat jeti, sila pergi ke laluan yang sepatutnya, feri yang support JR Pass. Ada signboard punya lah besar kat atas bangunan tu. Kalau idok, terpaksalah bayar lain ye.
|
Jalan-jalan.. |
|
Feri JR.. |
|
Moh naik!! |
Tak lama mana lah naik feri ni nak ke Miyajima Island. Dalam 15 minit lah lebih kurang, Aku pun dah ingat-ingat lupa. Fefeeling macam kat Namiseom pulak aku ni. Tak pun macam kat Danau Toba gitu. Sempat lah layan blues, berangan sepanjang perjalanan nak ke island tu. Dari jauh dah nampak dah gate warna oren dari jauh. Yay! Dah nak sampai!!
|
Menuju ke Miyajima Island.. |
|
The floating gate~!! |
The floating gate ni sebenarnya merupakan sebahagian daripada
Itsukushima Shrine. Pergi shrine rupanya kita ni. Hehe.. Takpe, kita datang untuk tengok dan belajar. Boleh tambah ilmu. So, Itsukushima Shrine ni merupakan national treasure negara Jepun ni dan termasuk jugak dalam senarai UNESCO World Heritage Site. Dah dalam senarai tu mesti lah nak datang jenguk kan? Dah alang-alang.
Dah sampai ke jeti mari lah kita keluar dari feri. Dah keluar tu, kita ikut je anak panah penunjuk arah menuju ke Itsukushima Shrine. Tak susah mana pun. Semua signboard ada tulisan English. Keluar-keluar terus tanjat gegirl. Ada bambi jugak kat sini! Wah wah wah.. Sakan kau bambi. Jangan kau cari gaduh dengan aku kat sini sudey..
|
Keluar kita.. |
|
CAKKK~!!! |
Selain nak jalan-jalan kat shrine ni, boleh jugak lah jalan-jalan kat aquarium. Tapi kami takde lah melencong ke sini sebab tak termasuk dalam bajet. Hehe..
|
Menarik jugak ni.. |
Makanya, menapak lah kami menuju ke shrine sambil ditemani bambi-bambi yang berkeliaran. Tapi kat satu kawasan kedai-kedai, bambi ni tak ikut lah pulak. Pandai dia duduk kat tempat dia, tak kacau orang yang tengah berniaga.
Menarik jugak lah tengok barang jualan yang ada kat deretan kedai-kedai ni. Kebanyakannya jual barangan kraftangan dan juga makanan. Yang aku dok perhatikan, makanan yang dijual tu kebanyakannya oyster dan belut. Mungkin specialty kat Miyajima ni. Agaknya dicedok dari perairan sekitar Miyajima Island ni lah kan. Selain dari tu, ada sejenis kuih yang aku tengok rupa bentuk dia dah macam baulu kita. Tapi dalamnya ada inti. Macam-macam jenis jugak lah inti dia. Kugodek-godek, namanya ialah
Momiji Manju. Comel je bentuk dia macam daun gitu.
|
Deretan kedai.. |
|
More kedai.. |
|
Oyster bakar.. |
|
Mesin buat Momiji Manju.. |
Kat penghujung deretan kedai baru lah jumpa balik dengan kawasan lapang yang menuju ke shrine. Awal-awal lagi dah ditemukan dengan torii gate. Tapi torii gate yang ni takde kaler lah pulak. Orang kemain ramai. Time kami sampai ni, ramai jugak yang dah nak balik. Kebanyakannya group of tourists. Jalan pun sekelompok.
Ku pikirkan kat jeti je banyak bambi. Kat sini lagi banyak! Adeyy.. Dah tu kemain bambi ni dok photobomb group photo tourists ni tadi. Dah tu, ada jugak bambi yang diumpan makan untuk ambik gambar sama-sama. Kemain steady je dia duduk diam-diam sementara gambar diambil. Memang bambi educated ni.
|
Masuk ke shrine.. |
|
Peta shrine.. |
|
Bambi educated.. Tak takut orang.. |
Dah masuk ke dalam, kami turun ke gigi air untuk bergambar. Nampak lah floating torii gate dari jauh. Ni kalau air surut, memang boleh jalan ke gate tu. Berposing dengan lebih dekat gitu. Tapi jarak macam ni cukup ok dah.
|
Floating torii gate.. |
So, tak ada buat apa sangat kat sini. Sekadar berposing ambik gambar je. Makanya aku tepek je lah gambar-gambar yang ada. Gambar pemandangan je. Kalau gambar aku berposing, ada yang muntah hijau kang tengok. Aku ni kalau berposing macam-macam aksi. :P
|
Some part of the complex.. |
|
Mesti air naik sampai sini kan.. |
|
Best jalan-jalan kat sini.. |
|
Tengok dari luar je.. |
|
Mbekkk.. ehh.. Bunyi bambi macam mana? |
|
5-story Pagoda.. |
|
Pemandangan lagi.. |
Oklah. Dah habis jalan-jalan ambik gambar, kami pun patah lah balik ke deretan kedai-kedai dan seterusnya balik ke jeti. Dah nak balik ni, boleh lah singgah beli souvenir apa-apa yang patut. Beli kuih bagai. Kami berpecah. Sampai sesat barat, hilang tak dapat dikesan. Hehe.. Nasib baik lah jumpa. Kalau tak, memang pandai-pandai lah balik sendiri ke Hiroshima.
|
Merewang cari orang hilang.. :P |
|
Ok sampai darat dah.. |
Dari Miyajimaguchi Station kami balik semula ke Hiroshima Station. Dah sampai tu kami cari port solat. Malas kekdahnya nak balik semula ke hostel. Kang dah balik, memang malas dan liat untuk keluar balik. Dah tengahari dah. Perut pun merengek mintak diisi sebab pagi tadi tak breakfast pun. Nak cari makanan memang lah tak reti nak cari kat mana kan. Pusing-pusing kat Hiroshima Station ni, nampak kuih apam Jepun yang biasa kita tengok kat pasar malam tu. Apa lagi. Beli lah!
|
Slurrrppppppppppp... |
Sekotak ada 8 biji. Jadi lah buat share-share seorang dua biji. Hehe.. Punyalah cantik dia packing, dah macam hadiah dah. Dah settle semua kami naik tram pulak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Atomic Bomb Dome. Kita akan belajar sejarah kat sini! Murid-murid sila bukak buku ye.
Time sekolah dulu, kita belajar pasal perang dunia kedua masa tingkatan 5 kot kan? Pasal bom atom yang dijatuhkan ke atas Hiroshima dan Nagasaki tu. Dah tau serba sedikit tentang sejarahnya, hari ni, kami dapat tengok tempat asal jatuhnya bom atom tu. Dah tu boleh tengok dengan mata kepala sendiri apa kesan-kesan bom atom tu kat sini. Best tak? Best lah kan.
Dari Hiroshima Station kami naik tram ke Genbaku Dome-mae Station. Station ni memang betul-betul depan Atomic Bomb Dome. So, takkan sesat punya lah. Tambang tram tu aku dah ingat-ingat lupa dah. JPY150 kalau tak silap aku. Perjalanan pulak mengambil masa dalam 20 minit. Menbong dah setahun lebih dah pergi ni, hampeh tak ingat.
|
Genbaku Dome-mae Tram Station.. |
Dah sampai tu, ternganga terkagum jugak lah bila nampak dome tu. Tapi sebelum apa-apa kita makan dulu kuih Doraemon yang dibeli kat Hiroshima Station tadi. Hehe..
|
Macam hadiah kan? |
|
Dibuka.. perghhhh.. |
|
My goodness.. Sedap dimakan ketika panas!! |
Perut dah gembira, baru lah boleh jalan-jalan. Marilah tengok dome yang dah macam rumah hantu ni. Dari jauh scary semacam je. Dah datang dekat lagi scary. Agaknya ada banyak penunggu dalam tu kan. Hehe..
|
Snap gambar sambil makan kuih doraemon.. |
|
Dari depan.. |
Atomic Bomb Dome ni siap dibina pada tahun 1915 dengan nama asalnya Hiroshima Prefectural Commercial Exhibition Hall. Tapi through the years, nama dia berubah-ubah sampai lah nama yang terakhir sekali iaitu Hiroshima Prefectural Industrial Promotion Hall. Bangunan ni biasanya digunakan untuk art exhibition, fairs dan jugak cultural events. Macam kita punya convention centre kat KLCC tu lah kan. Dome ni aku rasa lah kan, antara building yang survive masa kejadian bom atom tu walaupun hancur lebur macam ni. Yang lain-lain semua ranap ke tanah. Ada reasons lah jugak kenapa dia masih tegak berdiri macam ni.
|
Dari atas.. |
|
Sebelum kena bom.. |
Kisahnya, banyak-banyak tempat kat Hiroshima ni, target utama untuk jatuhkan bom atom yang bernama "Little Boy" ni ialah kat Aioi Bridge. Aioi Bridge ni sangat lah unik sebab berbentuk T, dan katanya senang nak tengok dari atas. So itu lah dia punya main target. Lokasinya pulak ialah bersebelahan dengan dome ni. Dekat je. Tapi bila bom atom tu jatuh, dia tersasar sikit daripada jambatan tu. Dan belum sempat jejak tanah, dia dah explode. Haaaa.. So bila dah explode tu paham-paham je lah. Aku ni tak terer macam mana uranium berfungsi. Keluar cahaya lah kot. All the living things, termasuk bangunan-bangunan yang ada hancur berkecai terkena cahaya ni. Iskk, tak dapat nak imagine macam mana tu. T___T
So, bila explode kat langit, katanya structure bangunan tu masih teguh. Tapi yang sekitarnya bangunan rendah-rendah semuanya lebur sebab tak tinggi mana kan. 69% bandar Hiroshima hancur. Tu pun sebab Little Boy tu tak fire betul-betul dan uranium yang bertindak cuma 1.38% je. Cuba kalau 100%? Tak tercapai dek akalku. Mau satu Jepun hancur lebur. Kalau nak baca dengan lebih lanjut lagi sila klik
sini.
|
Aioi Bridge dari jauh.. Berdekatan dengan Atomic Bomb Dome.. |
Dah selesai jalan-jalan sekitar Atomic Dome ni, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu Hiroshima Peace Memorial Museum. Nak ke sana, kita akan lalu kat satu kawasan ni yang bernama Hiroshima Peace Memorial Park. Kiranya satu kawasan lah ni. All in one gitu.
|
Menyusuri sungai.. |
|
Memorial Park berlatar belakangkan Atomic Bomb Dome.. |
|
Hiroshima Peace Memorial Museum.. |
|
Muzium.. |
Mari lah kita masuk muzium. Kita tengok apa yang ada kat dalam tu. Semua sejarah in details mesti ada punya lah kan. Nak memahamkan pasal kejadian pengeboman bom atom ni. Tiket masuk ke dalam muzium ni JPY50 je. Takde lah mahal mana. Aku rasa duit tu pun akan dimasukkan ke dalam tabung Peace Memorial untuk upgrade apa-apa yang perlu.
|
Pintu masuk.. |
|
Tiket masuk.. |
Ok, tarik nafas dan mulakan langkah melihat exhibit yang ada. Background music yang dipasang secara perlahan kat dalam muzium ni boleh buat perasaan jadi sayu kooo.. Lagu apa ni diorang pasang ni? Belum apa-apa dah sebak dah. Tskk..
Pada permulaannya diceritakan perancangan untuk jatuhkan bom atom ni. Pasal pemilihan bandar, hari apa, pukul berapa dan sebagainya. Dah tu detik-detik bom dijatuhkan. Baru baca sikit dah meremang bulu tengkuk. Huhuhu..
|
6 Ogos 1945, pukul 8.15 pagi.. Ingat tu adik-adik!! |
|
Jam tangan yang didermakan menunjukkan pukul 8.15 pagi.. |
Serius, memang banyak benda kita boleh belajar kat sini. Sesiapa yang minat sejarah nak-nak pasal perang dunia kedua ni dan khususnya kejadian bom atom kat Hiroshima ni, memang patut sangat datang muzium ni. Semuanya ada kat sini. Diceritakan satu persatu mengikut kronologi. Selain daripada display yang ada, ada tayangan video jugak yang menceritakan detik-detik pengeboman dan after effect lepas tu. Seram jugak lah bila tengok.
|
Kemain dia beria-dia nak buat research kan.. |
|
Tanah Melayu pun ada!! |
|
Kenapa Hiroshima menjadi target? |
|
Laluan pengeboman.. |
Yang awal-awal penceritaan ni aku dah jadi sebak. Dah tu the next section buat aku jadi lagi lah sebak. Mana taknya, kesan-kesan pengeboman dan radiasi uranium ni. Ada on display baju-baju budak sekolah yang rentung, beg sekolah, buku bagai. Dah tu ada jugak tu dia letak on display kulit orang yang tertanggal. Haiyohhh seram tengok. Baru tengok bahan bukti. Belum tengok gambar lagi. Gambar budak-budak rentung. Gambar budak-budak menangis dengan sebahagian badan dia cair macam kena simbah asid. Nightmare weii..
Selain dari gambar, ada dipaparkan cerita selepas tragedi tu. Saat-saat kematian diorang. Terseksa sangat. Tiba-tiba jantung aku jadi laju. Terus takde mood nak ambik gambar. Tak sampai hati. Korang kena datang sini sendiri tengok dan baca dengan mata kepala sendiri, baru tau perasaan tu macam mana.
Ye lah kan. Masing-masing masa tu tak expect apa-apa. Semuanya tengah buat daily routine. Yang budak-budak pergi sekolah. Yang meniaga pegi meniaga. Yang suri rumah buat kerja-kerja rumah. Cuaca tenang, langit cerah. Tak bajet apa-apa pun. Secara tiba-tiba je semua hancur ranap. Mana yang selamat tu mesti bingung. Tak tau apa yang jadi.
|
Sebelum kena bom.. |
|
Selepas kena bom.. |
|
Aioi Bridge.. Target sebenar.. |
|
Hiroshima Perfectural Industrial Promotional Hall |
Dah sampai penghujung tu aku jadi lega. Kebanyakan exhibit tu aku tengok sekali lalu je sebab seram. Meremang-remang tengkuk aku. Haha.. Dah kat hujung tu baru lah nampak bom atomnya. Kecik je pun. Tak silap aku lebar diameter dia macam tong gas masak kita tu. Ke aku salah pandang. Haha.. Tapi memang kecik lah. Tu sebab nama dia Little Boy kot. Aku bajet benda tu besar macam kereta ke, van ke. Hehe..
|
Replika "Little Boy".. |
|
Dalam "Little Boy".. |
|
Hoiii tu buku sejarah tahun bila tu? Haha.. |
Dah last sekali, ada lah kedai souvenir untuk siapa-siapa nak beli lah kan. Aku sekadar skodeng-skodeng je, malas nak keluar duit. Dah settle semua, kami pun keluar. Lama jugak rupanya kami kat dalam muzium ni sebab dah nak tutup dah muzium ni! Punya lah kami menghayati betul-betul kejadian pengeboman bom atom kat Hiroshima ni. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang, terbayang-bayang apa yang kami dengar dan nampak kat dalam muzium ni.
Balik lah semula ke tram station untuk balik ke hostel. Kalau ikutkan memang nak pergi jalan-jalan lagi. Tapi dah tak larat dah. Satu hari berjalan hari ni, dah tu tidur malam tadi pun tak berapa betul sangat. And, sejuk sampai ke tulang some more. Arghhh saya mau berselubung dalam comforter!!
|
Jalan balik ke station merentasi Memorial Park.. |
Dah sampai Matobacho Station, kami melangkah ke 7E yang letaknya tak jauh dari situ untuk mencari something untuk dimakan. Kalau jumpa nasi putih ni ok sangat dah boleh makan dengan saki baki bahan-bahan kering yang kami bawak dari Malaysia. Tinggal berapa ciput je pun, nak habiskan terus. Tapi mata kami nampak benda lain lah pulak. Ada set nasi & tempura udang dan sayur. Apa lagi. Bedal je lah! Dah tu, ada jual telur rebus some more. Muahahaha kenyang kami malam ni!
|
Dinner.. Semuanya 20 hengget tauuuu.. |
Okie dokie. Habis dah lah kot. Sampai hostel dah malam dah pun. Suasana kat luar masih meriah. Tapi tak kuasa dah nak berjalan lagi. Lepas dinner, kita wash up dan buat apa-apa yang patut sebelum tarik selimut. Besok kami akan bergerak balik ke Osaka semula. Gila betul jalan sekejap-sekejap je kat Hiroshima ni. Tak puas! Kena datang lagi.
Dah. Cukup sampai sini dulu!
|
Setakat hari ke-8.. |
Kos perbelanjaan hari ni:-
K's House = JPY2700.00
Tram = JPY300.00
Museum Entrance Fee = JPY50.00
Packed Dinner, Jajan & Drinks = JPY630.00
TOTAL = JPY3680.00
0 comments :
Post a Comment