Thursday, November 6, 2008

Pakwemu, Pakweku Jua

Di satu malam, ketika aku dah tergolek-golek nak tidur..

Ika Kembong: Yati, tengok ni pakwe adik. Hensem kan? (ditunjuknya gambar Skandar Keynes pada skrin handphonenya)
Aku: (Tengok gitu-gitu) Elehh.. Pakwe orang lagi hensem. (Tak mau kalah, aku pun menghulur handphone aku kepadanya..) HENSEM KAN?
Ika Kembong: (Terdiam seketika. Tak lama tu dia mengangguk) A'ahh.. Hensem.

Aku pun mula pejamkan mata. Tersengih-sengih. Ika senyap. Tidak lama kemudian aku dicuitnya.

Ika Kembong: Yati, umur dia berapa? (Tak puas hati tu.. Hehe)
Aku: 15 tahun. Kenapa?
Ika Kembong: HAAA? Biar betul? (Terus dia bangun mengadap aku)
Aku: Tingkatan 3. Betul la kan 15 tahun?
Ika Kembong: Hiiiii.. Tak malu. Tak perasan diri tu dah tua. Mana boleh!
Aku: (Apa ke hal minah ni?)Kenapa pulak tak boleh? Suka hati lah! (hehe..)
Ika Kembong: Mana boleh! Cari lah yang tua sikit. Ada ke nak kat budak-budak.
Aku: Eh sukalah! (aku terus tarik selimut menyelubungkan diri)
Ika Kembong: Alaaaa..
Aku diam.
Ika Kembong: Yati...
Malas nak jawab.
Ika Kembong: Yati!!
Rimas betul!
Aku: Amende lah?
Ika Kembong: Bagi kat adik ye?
Kekeke.. Aku mengekek dalam selimut. Geli hati betul!
Aku: Tak boleh!
Ika Kembong: Ala.. Boleh laaa.. (badan aku dikorek-koreknya dengan kaki)

Aku buat bodoh. Ika tak puas hati. Terus dicapai handphone aku, onkan bluetooth dan mentransfer gambar 'pakwe' ku ke dalam handphonenya. Selamat sudah jadi Wallpaper!

Aku: (Intai dari celah-celah selimut) TAK MALU!
Ika Kembong: Wekk.. Dia tu yang tak malu nak kat budak-budak. (Terus tersengih-sengih menatap gambar pakwe ku yang baru sahaja dikebasnya)
Sadis betul. Janganlah pakwe aku di alam nyata nanti dikebasnya jugak. Parah!


*courtesy of board Gossips @ CARI

Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri @ Tunku Iman. Anakanda ke-5 Tunku Mahkota Johor dan Raja Zarith Sofiah. Pakwe yang menjadi rebutan ramai orang termasuk aku dan yang terkini, si Ika kembong yang tak malu tu. Hehe..

Related Posts:

  • She's Back!Dia udah kembali. Our red kancil yang telak dirampok dari rumah lebih sebulan yang lalu. Panjang umur dia kan? Mati-mati aku ingat dah jadi besi buruk. Masih sihat walafiat lagi rupanya. Syukur alhamdulillah. Jumpanya kat car… Read More
  • Fruit Picking Seingat aku, kali terakhir aku pergi fruit picking, masa aku kanak-kanak ribena lagi. Lebih 16 tahun yang lalu. Picking segala jenis berries - straw, blue, black, rasp, goose, dan juga apples, plums bla bla bla.. Ye. Masa tu… Read More
  • Mondok Gila & Pokemon Mabuk! Hi peeps. Aku baru je masuk kerja hari ni setelah dua minggu meroyan tak ingat kerja. Banyak cerita nak dikongsikan tapi buat hari ni aku tepek dua je dulu cerngal (cerita sengal) kat sini. Si Mondok Yang Kejam Memang haru… Read More
  • Ya Allah, Kau Berikanlah Balasan Yang Setimpal Pada Si PelakuPagi tadi, lebih kurang jam 6.40 pagi aku mendapat sms dari abah yang berbunyi:Mlm tadi rumah kena pecah dan selongkar. Kancil hilang. Bilik abah habis kena geledah. Abah d KL dgn mak sekarang. Yg d rumah, din aida dan atiqah… Read More
  • Cerita 5 September Ramai yang tau aku spend weekends baru ni kat JB. Bukan suka-suka balik ngabiskan duit. Aku jumpa dear daddy sebelum dia berjalan jauh berhijrah ke bumi Arab. Sob sob sob.. Aku sampai JB tengahari 5 September. Sharir pun ik… Read More

7 comments :

Anonymous said...

Very good!

sitinurulhawa said...

wohoo ika dah pingitan skrg.

first time akak jumpa ika kat bilik bapak yatt,thn 2001 kot. (masa tu yatt pon blom berkenalan gi hehe). masa tu dia blom sekolah kot atau tadika. kitaorg dok discuss2 PSM akak, dia dok conteng2 white borad. manja betul dia dgn bapak dia.

tak sangka skrg dah main feeling2 haha.. cepatnya dia membesar, tapi aku tetap tak sedar diri menua (menjadi tua) hehe

CikSengal said...

Macam sesuatu je tuan kepada comment yang pertama tu. Hehehe..

CikSengal said...

k awa,
time tu baru 6 tahun. memang terlebih manja. sampai sekarang. geli pun ada. tapi sekarang lebih kepada mentel + gatal. hehe.. pernah berjalan dengan dia kat taman u n berselisih dengan seorang mamat yang hensem. kita pun cakap dalam hati je la. hensemnye. dia plak boleh cakap kuat-kuat henseemmmnyyyyeee.. gatai betul. keke..

dah tua rupanya kita ni ye. huhu..

yantie said...

cepatnya dia dah besar..

kita ni rasa mcm duk tang tu jugak lagi...(perasan muda)

Anonymous said...

wakakakakakakaka....umur meningkat (memang tak boleh ubah) tapi hati sentiasa mudaaa...

CikSengal said...

my Y sistas,
kita memang muda lagi what.. haha..