Sunday, March 23, 2014

Sabah Versions

Siapa yang tak pernah datang Sabah atau tak ada kenal orang Sabah atau tak ada kawan orang Sabah, mesti tak tau kan kat Sabah ni bekalan roti sangat lah terhad dan tak best. Itu pasalnya kalau kat airport, section roti macam kena serang garuda. Ramai yang bawak balik berbondong-bondong roti-roti ni. Tapi nak bawak banyak-banyak sekali harung pun tak tahan lama. Bila dah habis stok macam mana? Tunggu je lah the next trip ke Semenanjung gitu. Haru sangat!

Bukannya tak ada roti kat Sabah ni. Ada. Tapi tak berapa nak memenuhi sangat tekak aku. Gardenia yang kononnya enak dimakan begitu saja? Hokkk kirim salam aje lah Gardenia yang made in Sabah ni. Keras kematu. Sangat tak best.

Sedap tak?

Awal-awal dulu ada roti putih je. Sekarang ni dah upgrade dah ada wholemeal dengan butterscotch. Kalau yang roti putih pun tak sama rasanya, apa lagi roti hijau dan roti kuning tu kan. Huhuhuh..

Aku masih boleh tahan lagi lah tak makan roti. Kalau orang yang jenis gila makan roti, memang sedih banget lah duduk kat Sabah ni. Hehe.. 

6 comments :

:: CIKVIVA :: said...

Betullah..kat klia tu org yg balik sabah beli roti gardenia tu byk betul. Pelik jugak..sbb rasanya takkan gardenia xde kat sana..rupanya kualiti tak sama...

Miss said...

hahahhaa..ini adalah KENYATAAN..abang ipar aku org sabah so bile dia balik kampung WAJIB bawak roti gardenia macam2 perisa satu beg troli tuk org kampung dia...thehehhehehe

CikSengal said...

cik viva,
cuba try test duduk sini.. memang meleleh je lah air liur kalau teringin nak makan roti..

CikSengal said...

chimei,
hahahaha.. tau takpe.. dah jadi budaya kat sini, kalau ada sesiapa turun semenanjung, mesti ada yang kirim roti.. :)

Bibie Karim said...

Betul! Aku antara saksi nyata. Tu pasal aku rela buat sendiri ah. Lembut lagi dari yang dijual di kedai.

Eh, salam kenal! Gitu kunun ah berformal.

CikSengal said...

bibie,
rajinnya buat.. mintak sikit.. :P salam kenal jugak..