Wednesday, March 12, 2014

Korea 330K Won ~ Day 5: Olympic Park - World Peace Gate, Hanseong Baekje Museum

Sunday, 24th March 2013

Hari ni memang hari lenggang kangkung sedunia lah. Disebabkan insiden hari semalam (special entry belum siap lagi), hari ni kami terpaksa berhati-hati dengan apa yang perlu dibuat. Kalau perlu menangis, merayu melutut pun kami sanggup buat. Hahaha..

Nothing much to do, pagi ni just jalan-jalan cari barang kiriman orang kat Namdaemun. Dah tu jalan-jalan Myeongdong pulak. Tak payah lah aku nak cerita apa aku buat kat sini dan macam mana nak ke sini. Namdaemun dan Myeongdong pun dah muak tengok muka aku ni kot. Huhu..

Cari pasal di Namdaemun..

Dah habis meroyan kat dua tempat ni, kami balik ke hostel dan seterusnya ke Olympic Park. Ya. Olympic Park. Buat apa? Pandai-pandai lah paham sendiri. Oleh kerana masih awal, kami ambil keputusan untuk jalan-jalan sekitar Olympic Park. Banyak kali dah kot datang sini, tapi tak berkesempatan nak pergi jalan-jalan.

Boleh tahan ramai jugak manusia kat Olympic Park ni. Ada yang beriadah, ada yang duduk lepak-lepak, ada yang pergi makan-makan, ada yang bawak pet jalan-jalan. Meriah jugak lah. Sambil jalan-jalan tu kena tengok bawah jugak lah ye kot-kot tertendang anak anjing. Comel-comel pulak tu. Haha..


Ramainye manusia..


Ramai jugak yang main control cars/trucks..

Main basketball..

Naik tram..

Lepak-lepak..

Akhirnya lah kan. Selepas tujuh kali lah kot kan datang Olympic Park ni, sampai jugak lah kami kat satu tempat ni. World Peace Gate. Dah berapa banyak kali dah berangan nak ambik gambar kat sini, tapi tak jugak sampai kat sini. Kali ni berjaya sampai! Memang posing bagai nak rak lah kat sini.


World Peace Gate..

Lagi-lagi lah kan tempat ni merupakan antara filming location untuk Running Man. Episode 104 London Olympics Special gitu. Gigih sangat lah kan dok imejin mereka-mereka dalam RM tu kat sini. Hehe.. Dalam 10 minit jalan kaki dari World Peace Gate ni, boleh sampai kat Hanseong Baekje Museum. Muzium ni pun merupakan lokasi pengambaraan Running Man dalam episode yang sama tu. Kalau ikutkan hati nak aje masuk, tapi masa tak mengizinkan. So tengok dari luar je lah ambik feel.

Hanseong Baekje Museum..

Dah! Itu je aktiviti kami. Hehe.. Masa untuk meroyan lah pulak khenn.. Kalau dah kat Olympic Park ni, apa lagi yang kami boleh buat. Kehkehkeh..

Till next entry!

Related Posts:

  • It's Choi Siwon! Tarikh: Ahad, 26 Januari 2014 Tempat: Gwanghwamun Square, Seoul Kisahnya, pagi Ahad yang boleh tahan sejuknya macam apa, aku dan Kia dengan lenggang kangkungnya melangkahkan kaki ke TLJ si budak bilis tu. Kia tak pernah sam… Read More
  • Meeting Lee Hyukjae! Tarikh: Isnin, 27 Januari 2014 Tempat: Tous les Jours, Guro, Seoul Hari ni hari Isnin. Sepatutnya aku akan balik ke KK hari ni via Manila. I mean, balik ke Manila hari ni, stay satu malam dan balik ke KK besok paginya. Tapi… Read More
  • South Korea 7th Edition ~ Final Day Monday, 27th January 2014 Kisah sengal di hari Isnin. Kalau ikut plan asal, memang dah dalam flight dah ni. Tapi aku masih kat Seoul yay! Biol sangat. Pagi-pagi ni, aku say bye bye kat Kia yang akan balik ke Malaysia. Tingg… Read More
  • Big Bang Hostel, Seoul Siapa yang biasa stay di Girls Generation Hostel, mesti tau tentang Big Bang Hostel ni. Owner kedua-dua hostel ni merupakan orang yang sama. Lokasinya pun sama jugak di dalam satu bangunan yang sama. Cumanya, GG Hostel terl… Read More
  • Meninjakan diri ke SS6 Seoul Tunggu iklan jual tiket keluar, standby depan PC beli tiket, tiket sold out in less than 5 minutes tak dapat nak beli, tunggu dua tiga hari mana tau ada ticket available sebab time ni mana-mana buyer yang lambat buat paymen… Read More

2 comments :

Anonymous said...

peminat setia running man ni hihi..

CikSengal said...

CT,
sama lah.. jalan-jalan korea pun sebab nak pi tengok tempat2 shooting RM, drama, pelem, variety bagai..