Tuesday, March 25, 2014

Dynamic Busan ~ Final Day: Haeundae to Gimhae Airport

Thursday, 12th September 2013

Final day! Petang ni dah nak balik Malaysia. Wuwuwuw.. Tak nak balik! Nak jalan-jalan lagi. Huhu.. Tak best sungguh lah perasaan tu bila memikirkan hari ni hari terakhir nak jalan-jalan Busan ni sebelum balik ke Malaysia. Tapi dah sampai Malaysia nanti, aku akan sambung jalan-jalan lagi. Memang tak duduk diam lah aku ni. Mesti officemate aku semua rindu kat aku kan. Hahaha..

Hari terakhir ni kami takde buat apa. Sekadar jalan-jalan last kopek sekitar Haeundae. Ambik gambar kat sini, ambik gambar kat sana. Posing depan kedai. Posing depan stesen. Semua lah. Dah ambik gambar, pergi shopping-shopping pulak. Macam banyak nau duit aku ni. Gigih sangat buat aktiviti gores dan hutang. Sobss..

Memang takde buat aktiviti apa pun, makanya aku tepek gambar saja. ^__^

Sekitar Miss Egg Hostel..


Shopping sini..
Antara shopping mall yang ada kat Haeundae ni..
Tengok car park dia..
Ini ialah pintu masuk ke bank ye.. 
Haeundae Station KORAIL.. Tak sama dengan Haeundae Metro Station..
Jadual perjalanan dari Haeundae menuju ke tempat-tempat lain di South Korea..
Another shopping mall..
Peminat-peminat Infinite mesti kenal cafe ni..

Gitu gini dah dekat pukul 12 tengahari. Kami pun check out dan keluar dari hostel. Kami plan nak naik je city bus no 307 ke airport. Nak-nak terminal bas kat depan hostel ni je kan. Ngam-ngam kami turun dan keluar dari hostel, bas 307 pun mula bergerak. Apa lagi. Lintang pukang aku lari sambil tarik beg kejar bas. Nasib baik ahjusshi driver bas tu nampak dan berhenti. Tergelak-gelak dia tengok kami kembang kempis naik bas. Hehe..

Perjalanan ke airport mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Sampai tertidur-tidur aku dibuatnya. Dah sampai tu terus check in. Alhamdulillah smooth je takde banyak songeh. Dah lepas check in, kena pi tengok skrin untuk confirmkan baggage kita. Hurm, interesting..

Baggage Screening..

Dah settle semua baru lah kami merewang dalam airport ni. Nampak food hall kami terus masuk. Belek-belek makanan yang ada, tengok-tengok ada octopus bibimbap. Wah, macam menarik ni. Ditanya dengan lebih mendalam lagi ada daging-daging tak kat dalamnya, staff situ kata takde. Okeh. Boleh order!

Gimhae Airport yang tak besar mana pun.. 
Food hall on 2nd floor..
Tunggu giliran ambik makanan..
Nyam!! Bibimbap penuh sayur dan sotong!!

Alhamdulillah kenyang! Aku makan bibimbap dengan banchan sayur dan kimchi je. Yang satu lagi tu entah apa aku tak sentuh langsung. Nampak macam tauhu tapi bila dikuis-kuis mampat pulak rupanya. So, takde lah aku nak makan benda tu. Hehe..

Dah lepas makan, masuk lah kami ke departure hall. Macam tak rela gitu kan. Haha.. Dah kat dalam ni, plan nak habiskan isi kandungan Cashbee Card tu. Makanya, kami pun shopping jajan, drinks kat 7Eleven. Dah tu pergi beli hot choco pulak dah kat satu kaunter minuman. Lawak gila time ni sebab dia tak recognize Cashbee Card. Tak pasal-pasal terpaksa aku swipe gores dan hutang. Mana taknya, takde cash dah. Haha..

Go in! Sobsss...
Bye bye Gimhae.. Bye bye Busan!!
Ok dah. Tamat lah sudah adventure 7 hari 6 malam ke Busan dan Gimhae. The next entry will be on summary and costing. Nantikan kemunculannya gitu. Hingga kita bertemu lagi di trip jalan-jalan Korea yang akan datang. 

Thanks for reading!

4 comments :

Wak Lat said...

Salam. Hee seronok ke Korea.

CikSengal said...

tiga lalat,
mesti lah seronok.. hehe..

Bibie Karim said...

Rindu terus aku sama Busan bila tengok entry ko ni. Haritu ndak brapa meround, 2 hari jak kunun di sana. Nextime insha Allah, repeat sebelah selatan pula kunun.

CikSengal said...

bibie,
kena dok at least seminggu kalau nak pusing habis busan ni..