Friday, March 21, 2014

TransJava Yuk! ~ Day 5: Taman Sriwedari, Museum Radya Pustaka, Pasar Klewer, Keraton Surakarta Hadiningrat, EDU Hostel, Jalan Malioboro, Alun-Alun Kidul

Tuesday, 30th April 2013

Hari kelima! Bangun pagi ala-ala malas gitu. Kawasan hotel pun sunyi sepi je. Mungkin kami je kot yang ada kat sini. Dah settle mewangikan diri dan kemas semua barang kami pun turun untuk breakfast. Breakfast dia meriah kau. Berat dan hebat. Dah tu kami-kami je yang breakfast kat sini. Makanya, boleh lah makan sampai senak!

First Round..
Dah lepas check out, kami pun memulakan langkah sambil menggendong plastik baju kotor. Malam tadi on the way balik dari jalan-jalan kami nampak banyak kedai laundry di sekitar hotel. Dikesempatan yang ada ni nak ler jugak hantar basuh baju sebab stok baju dah berkurangan dah. Lepas hantar basuh baju, kami pun terus berjalan kaki menuju ke bandar. Poyo sangat-sangat sebab jalan ikut arahan WAZE. Hehe.. Sampai lah jugak kat bandar. Walaupun dah pukul berapa, keadaan sekeliling masih lagi sepi. Tak banyak kereta. Kedai pun belum banyak yang bukak. 

Hambik kawww..
Ada school..
Lalu celah-celah rumah orang..
Manyak busaaatttt~!!
Kedai Buku..
Destinasi pertama kami ialah Taman Sriwedari. Kononnya nak jalan-jalan kat sini malam tadi. Tapi disebabkan jalan gelap dan sunyi sepi, kami tak mampu nak melangkah ke sini. Taman Sriwedari ni kalau diikutkan merupakan taman hiburan gitu. Yang menempatkan beberapa bangunan kebudayaan. Ada gedung kesenian, ada tempat pertunjukan wayang orang dan banyak lagi lah. Kebetulan kami datang ni tengah berlangsungnya World Dance Day 2013. Ada macam-macam aktiviti yang dijalankan di sini. Tapi malangnya, kebanyakannya berlangsung pada waktu petang hingga ke malam. 

Taman Sriwedari
Aturcara event..
Live band..
Pagi-pagi macam ni tak ada apa sangat melainkan live band dari sekumpulan mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Solo dan Jogjakarta. Duduk-duduk sekejap melayan live band lah. Sedap jugak mereka-mereka ni nyanyi. Dah tu kami merewang di sekitar Taman Sriwedari ni. Tak berapa ramai sangat orang kat sini. Masih awal pagi agaknya. 

Kat tengah-tengah taman ni ada satu panggung terbuka. Mungkin tempat persembahan gamelan kot. Tapi buat masa sekarang jadi tempat-tempat lepak. Ada yang tidur some more. Hehe.. Kat belah belakang pulak ada gedung kesenian. Idokler kami jalan sampai ke belakang sana. Sunyi sepi je kekdahnya macam seram lah pulak.

Panggung Terbuka..
Gedung Kesenian..

Selain tempat kebudayaan, Surakarta Tourism Information Center juga letaknya di dalam kawasan Taman Sriwedari. Boleh lah dapatkan maklumat lanjut tentang Surakarta/Solo ni. Oleh kerana kami ada setengah hari je kat sini, kami takde lah nak merewang ke semua tempat. Tempat-tempat yang termampu je dengan cara berjalan kaki. :P

Tourism Office..
Haaa.. ini lah tulisan Jawa..  

Di sebelah tourism center pulak, letaknya Museum Radya Pustaka. Masih lagi dalam kawasan Taman Sriwedari ni. Bedar jugak lah ekk kalau gitu. Museum Radya Pustaka ni merupakan muzium kedua tertua di Indonesia. Dirasmikan pada tahun 1890 tapi telah dipindahkan ke lokasi yang ada sekarang ni pada tahun 1913. Bangunan yang menempatkan muzium ni pun asalnya rumah seorang pegawai Belanda. Agak-agak scary tak? Kalau takde orang mesti seram kan. Nak-nak kalau ada potrait lama-lama. Nyiahahahahaha harus makcik lari dulu!

Museum Radya Pustaka dan patung Ranggawarsita

Di tengah-tengah laman menuju pintu masuk muzium ni letaknya patung Ranggawarsita. Beliau merupakan penyajak terkenal Indonesia gitu. Aku ni cuma kenal Rangga ada apa dengan cinta je. Hehehe.. Setelah aku belek-belek internet dan google apa-apa yang patut, katanya Ranggawarsita ni sangat lah terkenal semasa pemerintahan kesultanan Solo satu ketika dulu. Dan dikatakan ada kuasa dalam meramal masa depan. Siap dapat ramal hari kematian dia sendiri some more.

Bayaran masuk ke dalam muzium ni adalah sebanyak IDR5,000 seorang. Kalau nak bawak kamera masuk dalam kena tambah lagi IDR5,000. Disebabkan aku ni kedekut makanya aku simpan je kamera dalam beg. Tengok dengan mata dan hafal dalam hati. Tapi sekarang dah lupa dah. Kalau berkesempatan datang ke sini, sila datang pada hari Selasa hingga Ahad ya. Hari Isnin dan cuti umum, muzium ni tutup. Waktu operasi pulak dari pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang kecuali hari Jumaat sampai 11.30 pagi.

Ada kedai pijjerr..
Destinasi seterusnya ialah Keraton Solo. Kami decide nak jalan kaki je ke sana. Kat Tourism Center tadi, kami dah diberitahu untuk jalan straight je sampai jumpa patung di bulatan. Hah. Patung apa? Bulatan apa? Haha.. Selepas lebih kurang setengah jam jalan kaki, sampai lah kami di kawasan patung tu. Aku pun tak tau patung ni patung siapa sebenarnya. Tapi setelah di google, patung ni ialah patung Lt. Kol. Slamet Riyadi, salah seorang perwira gitu pada zaman penjajahan Jepun.

Patung Lt. Kol Slamet Riyadi..
Dah sampai patung ni, kami masuk simpang kanan. Di sini lah letaknya kawasan pasar cenderamata, Mesjid Ageng dan Pasar Klewer. Orang kata shopping-shoppingan di Pasar Klewer amat best sekali. Orang kata lah. Aku yang bukan kaki shopping ni tak tau lah best ke tak kan. Kita tengok-tengok dulu lah apa yang ada.

Ikut simpang ke kanan..
Apa'an ini??
Wayang kulit..
Pasar Cenderamata..
Mesjid Ageng..
Pasar Klewer..

Memang lah shopping heaven untuk mereka-mereka yang gila beli kain baju. Murah-murah kot! Aku pun akui jugak lah memang syok kalau nak shopping baju-baju kat sini. Tapi memandangkan aku ni bawak backpack, tak kuasa lah aku nak menshopping kaw-kaw. Sekadar beli dua helai baju je. Konon nak buat pakai raya. Tapi tak pakai pun. Haha..

Kedai yang kami serbu..
Pilih saja..
Model siap pakai baju.. :P
Susunan kedai-kedai kat sini dah macam Chatuchak Market dah aku tengok. Bersimpang siur. Boleh sesat ni kalau tak betul-betul. Dah habis shopping tu, kami tinggalkan kejap hasil belian kat kedai ni dan kami pun melangkah ke Keraton. Tak kuasa weii nak pikul berat-berat ke sana. 

Keraton Solo atau nama penuhnya Keraton Surakarta Hadiningrat tak jauh mana dah dari Pasar Klewer. Jalan kaki dalam 5 minit lah lebih kurang. Aku pernah tengok dokumentari pasal Keraton Solo ni kat TV. Tengok macam menarik je. Siap dengan bermacam-macam upacara lagi. Ni dapat singgah, lagi lah aku seronok. 

Keraton Surakarta Hadiningrat..

Ada banyak bangunan dalam kompleks keraton ni. Dan ada banyak juga pintu masuk. Entah ke mana-mana entah kami berjalan untuk masuk mengikut pintu yang dibenarkan. Tak kan lah kita nak masuk ikut pintu yang Sultan Solo masuk kan? Dah tu tak semua kawasan keraton ni boleh kita lawati. 

Bayaran untuk tiket masuk ke Keraton Solo ni ialah sebanyak IDR10,000. Tiket ni temasuk tiket muzium kereta. Dah alang-alang tu, jenguk je lah ke dalam muzium kereta. Aku kagum lah jugak tempat ni dinamakan muzium kereta. Kenapa tak muzium mobil ye? Haha.. 

Tiket masuk..
Muzium Kereta.. 
Antara pameran..

Muzium kereta ni letaknya kat kawasan pintu masuk utama. Nak ke pintu masuk keraton terpaksa jalan lagi lebih kurang dalam 5 minit menuju ke arah belakang keraton. Jalan main ikut instinct je. Dah tu jumpa dengan gate yang terbuka. Betul ke pintu masuk nya ikut sini? Macam tak confident je kami ni nak masuk. Dengan pakcik-pakcik dok lepak-lepak kat situ, macam bukan rupa istana je kawasan ni. 

Kalau korang, korang rasa betul ke ni pintu masuk?

Terjenguk-jenguk kami ke dalam. Memang betul pun tu pintu masuk. Haha.. Pakcik-pakcik yang melepak tu dok panggil-panggil kami masuk. Masuk lah ke dalam. Jalan sikit, jumpa lah dengan satu pintu ni. Ada seorang pakcik dok tunggu kat situ. Pakcik ni ialah pakcik pemeriksa tiket.

Pakcik check tiket..
Jangan ngada-ngada pakai camni masuk keraton..

Jalan-jalan lah kami kat dalam. Belum apa-apa dah terkejut beruk sebab banyak nau patung-patung kat kawasan sekitar keraton. Mosykil sesungguh aku ni kan kenapa perlu ada banyak patung-patung macam ni.

Kesultanan di Solo ni adalah dari Kesultanan Mataram. Aku ni nak kena bukak balik buku sejarah ni. Kat dalam keraton ni kita boleh belajar tentang salasilah keluarga Kesultanan yang ada sekarang ni dan macam mana rupa susur galur dia dari kesultanan Mataram dulu-dulu tu. Aku sekadar tengok je lah. Nak memahamkan tu agak susah sikit.

Salasilah kesultanan Solo..
Sultan Solo sekarang..

Kami jalan-jalan sekitar kawasan lapangan keraton dulu sebelum masuk ke dalam muzium. Agak luas jugak lah, tapi ada sempadannya. Pengunjung tak boleh sesuka hati masuk dengan lebih dalam lagi. Nak-nak keraton ni merupakan kediaman Sultan kan. Tak kan lah kita nak jalan-jalan sesuka hati kita.

Jangan jalan lebih-lebih..

Pasir hitam yang rata-rata meng'cover' kawasan lapang dalam keraton ni ada kisahnya yang tersendiri gitu. Katanya diambil dari pantai selatan tempat Nyai Loro Kidul. Aku dengar pasal nyai ni pun dah seram dah. Haha.. Katanya pasir ni ada lah bukti raja-raja Solo dulu ada berkahwin dengan Nyai Loro Kidul ni. Nak tau cerita lanjut sila lah google sendiri sebab aku dah seram sejuk meremang tengkuk time menaip ni. Haha..

Sekitar keraton..
Kawasan keraton.. Kat kanan gambar tu ada satu menara.. Ada kaitan dengan Nyai Loro Kidul.. Sereemm..
Apa ini..
Tempat duduk Sultan?
Siap patung.. Terbangak jugak lah aku Kesultanan yang beragama Islam simpan patung.. Tapi tu budaya dia kan..

Ok dah sudah jalan-jalan di kawasan lapangan, kami masuk ke dalam muzium pulak. Ada satu section tu menerangkan salasilah keluarga kesultanan Solo ni. Siap gambar. Ada gambar moden, dan ada jugak potrait lama. Yang potrait lama tu lah. Hahaha.. Adoilah seram aku. Satu potrait perempuan ni, aku tak pasti dia siapa, mungkin permaisuri, matanya asyik ikut je ke mana aku melangkah. Miahahaha.. Seram siot. 

Sultan-sultan Solo..
Kerabat diraja sekarang..

Ada macam-macam artifak lah kat dalam muzium ni. Kebanyakan artifak adalah dari zaman dulu-dulu yang banyak pengaruh Hindu dan Buddha. Aku tak ada lah banyak nau ambik gambar kat dalam sini. Mana yang ada je lah aku tepek ye.

Sebahagian candi..
Ni pengantin kot..
not sure apa ni..
Persembahan Wayang Kulit..
Kuda kepang..
Carriage zaman dulu-dulu..
Kawasan Keraton..
Kedai Souvenir..

Orait settle! Dah puas merewang ambik gambar, kami pun melangkahkan kaki balik ke Pasar Klewer untuk ambik barang. Dah ambik barang, kami terus je naik teksi untuk ambik hasil mendobi dan lepas tu straight balik ke hotel. Dah sampai hotel, repack balik beg kat tengah-tengah lobi dan seterusnya kami jalan kaki ke Stesen Keretapi Solo Balapan untuk ke Jogjakarta pulak. Senget sangat kami ni tak mintak teksi tadi tunggu untuk hantar ke stesen. Sudahnya, terbongkok-bongkok bawak beg berat. Huhuhu..

Solo Balapan..
Mari beli tiket..

Tambang keretapi dari Solo ke Jogjakarta adalah sebanyak IDR20,000 seorang. Nak beli tiket keretapi yang ni tak lah sesusah beli tiket Surabaya-Solo sampai nak kena tunjuk pasport bagai. Kat sini beli tiket tak perlu tunjuk pasport. Mungkin sebab tak jauh mana perjalanan dari Solo ke Jogjakarta. Tiket ni ialah tiket tanpa tempat duduk ye. Maksudnya apa tu? Nak kena berdiri sampai Jogjakarta ke? Masak!!

Tanpa tempat duduk..

Rupanya tanpa tempat duduk tu maksudnya free seating. Kalau ada tempat duduk, ada lah. Kalau takde, terpaksa lah kau berdiri gitu. Nasib baik lah time kami naik ada tempat duduk. Huhuhu..

Mari duduk..

Perjalanan menaiki keretapi dari Solo ke Jogjakarta mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Tak berapa jauh. Sampai je Jogjakarta, kami ambik cab untuk ke Edu Hostel, tempat kami menginap sepanjang berada kat Jogjakarta ni. Boleh tahan cekik darah jugak lah tambang cab ni. Padahal tak jauh mana pun Edu Hostel tu. Boleh je nak jalan kaki, tapi tak mampu lah sebab kaki dah sakit. Hehe..

Minah backpack di Jogjakarta..

Selesai check in Edu Hostel, kami relaks-relaks sebentar sementara menunggu kawan K Awa datang bertandang bawa kami jalan-jalan. Kawan K Awa ni namanya Riska. Memang orang Jogjakarta. Dah alang-alang sampai sini, haruslah jumpa kan. Borak-borak, ngeteh-ngeteh gitu.

Riska datang naik motor. Dari Edu Hostel kami naik beca ke Jalan Malioboro. Riska kata kalau nak cari souvenir or nak shopping apa-apa better cari kat sini. Aku pun jenguk-jenguk je lah apa-apa yang patut. Beli keychain seketul dua untuk diri sendiri. Sebab kedekut kan. Hehe..

Naik beca!!

Sangat meriah Jalan Malioboro ni. Ada gerai-gerai jualan, ada kedai-kedai besar, ada orang lepak-lepak kat tepi jalan, ada yang menari-nari, iskk memang riuh jugak lah. Kaki shopping boleh lah datang shopping-shopping kat sini ye!

Baju..
Ehehehe.. Ko kenal siapa itu Copet?
Sesak.. Sesak..
Joget lambak..
Asal boleh je.. Jual jam tangan, jual topup dan jual racun tikus.. T___T

Then kami bertemu dengan seorang lagi rakan Riska iaitu Ayu. Nama Ayu ni panjang gila. Tak mampu aku nak sebut, maka panggil Ayu je. Kami berempat naik teksi untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu Alun-Alun Kidul dan Ayu pulak follow dari belakang naik motor. 

Alun-Alun Kidul ni merupakan kawasan lapang yang terletak di bahagian selatan Keraton Jogjakarta. Kidul tu maksudnya Selatan gitu lah. Ada banyak ceritanya kat sini. Kalau dah ada cerita tu mesti lah yang mistik-mistik gitu kan. Tak mampu lah aku nak cerita panjang-panjang sebab aku ni penakut. Hahaha.. Sila lah google sendiri. Yang pastinya kat tengah-tengah square ni ada dua buah pokok beringin yang sangat-sangat besar. Dah tu kawasan ni pulak ada kaitannya dengan Nyai Loro Kidul pulak tu. Nyai ni lagi. Lagi lah aku seremm.. Kehkehkeh.. Nak baca pasal Alun-Alun Kidul ni boleh lah pergi kat sini.

Sekitar Alun-Alun Kidul..

Walaupun hari dah malam, kawasan sekitar Alun-Alun Kidul ni sangat lah meriah. Ada yang datang lepak-lepak, ada yang dok ngeteh-ngeteh kat gerai-gerai tepi jalan, ada yang beriadah dengan anak-anak, dan ada jugak yang dok mencuba nasib lalu between pokok beringin tu sambil menutup mata. Kami pun menggedik-gedik lah jugak naik "kereta lampu berhias" tu. Ni spesis kena kayuh ni. Nak kata basikal sampai kena kayuh tak bleh lah jugak sebab beso nau kan. Hehe..

Add caption

Dah selesai pusing keliling alun-alun kami pi ngeteh dan borak-borak. Selagi kami duduk kat situ, selagi tu lah ada pengamen dok nyanyi-nyanyi dan minta duit. Amboi.. Kalau seorang dua tu boleh lagi. Ni sampaikan berbondong-bondong yang datang. Lepas satu, satu datang. Rimas aku jadinya. Haha..

Dah puas ngeteh dan borak-borak, kami pun balik lah semula ke Edu Hostel naik teksi. Lepas say bye bye ke Riska dan Ayu, kami pun masuk bobok. Penat sungguh hari ni berjalan. Besok nak jalan jauh lagi. Huhuhuhuhu..

Till then, bye!

0 comments :