Sebagai penumpang kapal terbang yang setia, sudah tentunya berita MH370 mengejutkan aku. Siapa sangka, kapal terbang yang serba canggih di zaman moden ni boleh terputus hubungan dan hilang dari radar. Susah kita nak percaya, tapi jika itulah ketentuan Allah kita tak boleh nak menafikannya. Kun Fayakun, "Be! and it is".
Aku selalu ke sana sini senyap-senyap tak bagitau sesiapa. Alih-alih dah ada kat KL, alih-alih dah kat JB, dan paling dahsyat alih-alih dah ada dat Seoul. Kadang-kadang tak bagitau family sedikit pun. Sebab takut kena marah asyik berjalan sana-sini tak reti duduk diam-diam kat rumah. Kalau ada pun aku bagitau, sekadar bagitau destinasi yang dituju dan berapa lama di sana. ITU SAJA.
Walaupun banyak berita tentang kemalangan pesawat berlaku, aku buat tak endah. Tapi berita tentang MH370 ni memang betul-betul buat aku terkesan. Malang tak berbau. I could have been on this flight. I could have been one of the passengers, yang pergi senyap-senyap ke Beijing. Who could have known.
Apa agaknya perasaan keluarga aku sekiranya aku yang tersenarai dalam penumpang kapal terbang malang ni? Perasaan mak abah. Perasaan adik beradik. Perasaan ahli keluarga yang lain. Bertuah sungguh budak ni tak reti duduk diam-diam, pergi jalan-jalan tak bagitau. Marah? Terkejut? Sedih? Kalau marah mungkin ayatnya "Nanti kau, kau balik, aku cabut kepala kau macam sotong". Kalau terkejut mungkin ayatnya " Eh, tak ada cerita apa-apa pun dia nak ke mana-mana, macam mana boleh jadi macam ni?" Kalau sedih mungkin..... Entah lah, yang ni aku tak tau. Tak dapat aku nak bayangkan.
Lepas ni sebagai peringatan untuk aku, kalau nak pergi mana-mana kenalah "canang satu kampung". Tak boleh pergi senyap-senyap. Dah tu, kena bagitau maklumat penerbangan selengkapnya. Dari mana, ke mana, tarikhnya bila, penerbangan apa, flight no berapa, expected time to depart, expected time to arrive. Kena marah pun, kena marah lah kan. At least, ada yang tau aku kat mana masa tu. Benda-benda macam ni kita tak boleh nak jangka..
Aku tumpang bersedih dengan tragedi MH370 ni. Banyak spekulasi, banyak cerita yang ditokok tambah, banyak komen yang tidak sensitif bersepah-sepah di media sosial melebihi berita rasmi dari pihak yang berkenaan. Sama seperti mereka, aku pun ternanti-nanti perkhabaran terbaru yang dapat meredakan kegelisahan yang melanda sekarang ni. Kalau tak banyak, sedikit pun jadi lah. Tapi nampaknya, belum masanya lagi.
55 hours and counting. MH370, we need you to come back.
#PrayforMH370

As shared on twitter.. Thank you to the owner of the pic..
#PrayforMH370
3 comments :
takmo canang 1 kampung pon bgtau kat family yg terdekat yang tak ikut sekali trip kite kak..
saya pi Langkawi pon bgtau adik. kalo bgtau mak pon die bising gak. hehehe
Kejadian ni buat diri sendiri terkesan...mak abah kiter kat kg pun call tanya, kalo-kalo pegi mana senyap-senyap tak kasi tahu dia
nampak gayanya kita ne lebih kurang sama ajelah perangainya..p diam2..kalau family tau pun skadar basic info..p sekian2 tmpt itu aje..lain2 mmg tak kongsi sebab takut kena marah..opis lagilah, boleh dikira berapa kali saya submit form kebenaran ke luar negara..bukan tak nak isi tetapi entahlah...
apa pun, apa yg berlaku pada MH370 membuka mata saya...
Post a Comment