Wednesday, January 29, 2014

It's Choi Siwon!

Tarikh: Ahad, 26 Januari 2014
Tempat: Gwanghwamun Square, Seoul

Kisahnya, pagi Ahad yang boleh tahan sejuknya macam apa, aku dan Kia dengan lenggang kangkungnya melangkahkan kaki ke TLJ si budak bilis tu. Kia tak pernah sampai, makanya aku tunjukkan lah jalan. Yang bodoh dan bengap sangatnya kami ni, lupa sangat-sangat nak check TLJ tu bukak ke tak pagi-pagi Ahad macam ni. Dah lah TLJ ni letaknya kat kawasan office. Dalam hati tu kuat sangat mengatakan TLJ tutup, tapi mengada-ngada jugak nak pergi. Sekali, hambek kau.. Dah sampai sana baru lah terhegeh-hegeh nak ketuk kepala kat dinding TLJ tu kan sebab tak bukak. Tak apalah, kita anggap je ni exercise di pagi hari. Kita kan nak kena berjalan 10,000 langkah sehari kan? Hehe.. Statement untuk sedapkan hati je tu. So, patah balik lah dan kami membuat keputusan untuk ke Ewha untuk pergi makan.


Kat dalam train nak ke Ewha tu, mek Queen dok tweet dia nampak si kuda Siwon kat Gwanghwamun Square tengah shooting. WHAAAT?? Apa lagi. Dah macam ulat dah kami berdua kat dalam train tu. Tengok route map subway, kami ni baru sampai kat Hapjeong. Nak sampai ke Gwanghwamun tu lambat lagi. Alahai, Entah-entah time kami sampai nanti, shooting dah habis. Eyyy.. Tapi hope for the best je lah kan. Kalau ada, ya ada. Kalau tak, ya bukan rezeki kami.

Dah sampai Gwanghwamun, kami tak nampak apa-apa melainkan tourists yang tengah berposing sakan depan patung King Sejong tu. Hampa kau. Tapi kat bahagian tepi jalan kami nampak shooting equiment lah tengah dok bersusun dengan teratur. Kamera jimmy jib pun ada jugak. Equipment je yang ada ni. Orangnya? Stafnya? Ilek pucek!! Takdok! Lahh.. Dah habis shooting lah ni? Tiba-tiba rasa sedih lah pulak. Haha.. Tapi tengah dok bengong-bengong tu kami membuat kesimpulan sendiri lah kan. Kalau dah habis segala shooting, mesti dah diangkut semua barang-barang yang ada ni. Tapi semuanya masih ada. Dengan storyboardnya bersepah-sepah lagi kat atas meja. ADAKAH MEREKA AKAN DATANG KEMBALI? Jeng jeng jeng.. Then kami nampak kat seberang jalan ada beberapa van hitam dok beratur parking kat tepi jalan. Ohooiiiii.. Van pak Maon kah? Diorang masih ada kat sini lah ni? Mungkin shooting diberhentikan sekejap untuk diorang pergi lunch kot. Ok. Kami akan datang balik lepas ni. Sementara tu kami pergi solat dulu lah kat KTO sebab dah masuk Zohor.

Lengang.. Shooting equipment ada..

Van berderet..

So, dah lepas solat, dan perasaan dah reda sikit daripada gila baban meroyan sebab satu benda ni (nanti aku cerita), balik lah kami semula ke Gwanghwamun Square. Kat kawasan shooting equipment dok beratur tadi, nampak macam dah ada orang. Kami pun berlari-lari lah menuju ke tempat tu. Excited sangat dah ni kononnya. Hehe.. Dari jauh aku dah ternganga sebab berjaya nampak si kuda tu! Nyiahahahahah!! Captain Choi! I see you! Yeheeeetttt~!!

Nyiahahahahha..

Kami pun jalan lah mendekati tempat shooting. WALIAAAOO.. Ehh Siwon, baju apakah yang ko pakai tu? Dah macam construction worker dah aku tengok. Kami pun datang dekat-dekat nak tengok Siwon depan hidung punya pasal. Dah datang dekat tu, Siwon nampak kami dan senyum. Kami lambai, dia lambai balik. Haha.. Pengsan. Lemah lutut kononnya lah. Masa kami sampai memang boleh tahan ramai orang kat situ. Ingatkan fans ke, orang lalu-lalang datang singgah tengok ke, apa ke, tapi sebenarnya yang ramai-ramai tu staff dan crew. Yang betul-betul menyemak dan menebeng kat tepi khemah shooting tu cuma kami berdua dan dalam 5-6 orang yang lain. Memang tak ramai pun. Kami berdiri baekkk punya tepi cameraman. Haha.. Staff tak halau. So kami duduk je lah situ. Agaknya dia nampak kami ni penuh sopan santun ayu je duduk diam-diam kat tepi tu yang dia bagi lepak tengok Siwon shooting. Cuba kalau kami terkinja-kinja jerit-jerit mesti dah kena lempang kan.

Hi Siwon!!

Dekat sikit..

Menebeng kat sini. Hehe..

Aku pun tak tau lah dia shooting apa ni. Baju construction worker yang dia pakai tu ada logo Olleh. Untuk promote telco agaknya kot. 5G maybe? Entah lah. Yang kelakarnya, scene yang dishooting tu balik-balik Siwon kena dok mencangkung, then bangun berdiri tegak dan tengok sekeliling, buat muka serius lepas tu CUT. Sepanjang kami duduk menebeng kat situ entah berapa kali dok ulang benda yang sama. Cangkung, berdiri tegak, tengok sekeliling, muka serius. Penat betul aku tengok. Tang muka serius tu memang tak boleh blah la kan. Punyalah aku kontrol hensem nak tahan gelak tu. Dah lama duduk menebeng, senyum banyak kali, lambai banyak kali, kami pun bergerak lah ke depan. Time kami jalan tu staff yang ada siap cakap thank you lagi kat kami. Ehhh? What for? Terima kasih kerana tak mengganggu lah kot. Samo-samo ehh pakcik. Hehe..

Tengok dari depan pulak..

Cak!!

Ni spesis selca jugak ni.. Haha..

Kami pun menebeng kat belah lain pulak. Kali ni kat pintu masuk Sejong Belt. Time ni diorang ada break sekejap. Tourists dan orang yang lalu lalang kat situ ramai betul yang kenal Siwon. So diorang pun lambai-lambai. Then Siwon pun lambai-lambai balik. Ada segerombolan tourist Malaysia kat sini. Ada yang terkinja-kinja nampak Siwon. Hehe.. Aku pun terkinja-kinja jugak tadi secara sopan. :P 


Lepak sini pulak..

Break..

Apo lah dibueknya tu..

Break lagi..

Layan blues..

Hoii comel kot? :P

Tengah tak ada kerja kot Siwon ni time break. Boleh dia jalan ke depan sorang-sorang. Then jalan ke belakang balik. Jauh pulak tu meninggalkan staff dan crew. E'ehh ko buat apa tu? Dah ke hujung sana dia berhenti. Lepas tu patah balik jalan sampai ke hujung sini dia berhenti. Posing kemain. KO BUAT CATWALK KE? Gedik sungguh. Haha.. Pastu berdiri tegak lama-lama kat open space sorang-sorang dengan tangan dalam poket seluar. Oii.. Kau nak suruh orang ambik gambar kau kan? Tskkk attention seeker sungguh Pak Maon ni. -..-

Agak lama jugak dia berdiri tegak macam ni..

Tunjuk bontot pulak.. -..-

Dah puas dia posing macam tu, dia pun ke depan menuju crowd yang ada kat depan kami. Tak ramai mana pun crowd tu sebenatnya. Dah tu dia cakap something ke crowd tapi aku tak dapat tangkap apa dia. Then dia buat gesture "meh sini!". Ehhh kau panggil fans naik ke? Then macam takdok respons. Terus dia jerit "Appa.. Appa" sambil buat gesture suruh datang cepat. WHATT?? Abah dia ada kat sini? Tu diaa.. Abah dia pun keluar dari crowd dan pergi ke arah dia. Walaweeiii.. Kemain Choi Daddy ada kat situ gak dok menyorok dalam crowd. Bertemulah abah dan anak dan abah pun diperkenalkan dengan crew yang ada. Mungkin abah tiba-tiba datang jenguk anak? Kalau tak, mesti abah dia dok somewhere proper kan. Tak kan lah duduk dalam crowd. Awwww sweetnya abah dia.


Abah Datang..

Abah bagi sokongan kot..

So anak dan abah pun berborak lah dengan staff dan crew. Kami pulak tiba-tiba terasa gedik jugak lah kan nak pergi join Siwon dan abah dia borak-borak. Haha.. Kami nak naik tangga, Siwon dengan abah dia pulak tiba-tiba turun tangga. Berselisih lah kami kat tangga tu. Say hai hai lagi kat Siwon. Adeh lah mamat tu senyum lagi kat kami sambil tundukkan kepala sikit. Aduhaaaii.. Ketaq lutut. Bila lalu kat sebelah tu rasa nak hulur je tangan nak salam. Tapi abah dia ada lah. Segan kami dibuatnya. Hahaha.. So Siwon dan abah pun masuk lah ke dalam khemah tertutup yang disediakan kat Sejong Belt tu. Dah masuk ke dalam tu, entah bila lah kan diorang nak keluar balik. Makanya, kami pun beredar lah. Kalau tak disebabkan kami nak pergi tengok Ghost The Musical, maunya kami menebeng lebih lama lagi kat situ. Hehe.. SEKIAN.. ^_____^

Dok diam-diam dalam khemah.. Mesti kena ceramah sebab tak pergi church pagi tadi.. HAHA..

Huwarrrrgghhh!! Pueh hati aku jumpa besfren sepekak aku ni. Haha..

9 comments :

Miss said...

homaiiiiiiiiii abe 'kuda'..sgt gojes jadi pekeje construction...ekekekekke...gigih ko mek!

CikSengal said...

haruslah gigih!! dah tiba2 tau dia ada kat situ kan.. dah alang2 apa salahnya skodeng.. hehehe..

mrs said...

omoooo view dekat giler!

nanadhoi said...

wahh dapat tengok si won live tuuu!
mesti eksaited masa tu,hahhah.

CikSengal said...

tihihihi... eksaited terlebih..

Anonymous said...

Salam Cik Sengal...just nak mnta recommnd dr cik sengal, ni 1st time nak pi korea on 8 nov t...recommnd place n activity utk 1st timer...pecah kepala jgk nak fikir...klu free2 nanti bolehla email kat salmanbinsuhaimi@gmail.com...tq...

CikSengal said...

Anonymous,
Saya tak tau awak minat apa, so tak dapat nak suggest. Apa kata awak sediakan itinerary, teringin nak pergi mana, dah tu bagi saya tengok. Lagi better macam tu..

zinziemeewah said...

walawey.... memg super duper berbaloi sungguhh ke sana... sweetnya lah anak branak..hehe

zinziemeewah

CikSengal said...

memang tomeyy.. :D