Sunday, March 2, 2014

Hotel Toyo, Osaka

Ini lah tempat tidur kami untuk satu malam di Osaka. Namanya Hotel Toyo. Nama je hotel, tapi sebenarnya taraf-taraf hostel backpackers je ni. Kami memilih untuk tidur kat sini sebab harganya murah kalau nak compare dengan tempat-tempat yang lain. Lokasi Hotel Toyo ni ialah berhampiran dengan stesen JR Shin-Imamiya dan stesen subway Dobutsuenmae Station. Dalam 5 minit je kalau jalan kaki dari stesen-stesen ni. Tak ada lah jauh mana pun.

Lokasi Hotel Toyo..

Owner hotel ni seorang pakcik yang agak tua jugak lah. Umur dalam 60-an kalau tak silap. Boleh speaking basic English. Tak berapa fasih tapi masih boleh faham. Hehe.. Pakcik ni kalau sekali pandang, muka dia monyok je. Cakap pun macam nak tak nak je. Agak kerek jugak lah. Tak berapa nak user friendly. Masa kami ambik gambar depan hotel ni pun dia dok pandang-pandang dah tu keluar suruh kami cepat-cepat pergi jangan ambik gambar kat situ. Huk aloh. Haha..

Pintu masuk..

Maybe sebab kebanyakan penghuni hostel ni mat-mat dan minah-minah saleh kan. Kalau dengan diorang, kemain pakcik ni sengih-sengih. Kami yang hidung pesek ni bolayan je. Chaitt.. Tension pulak aku dengan pakcik ni. Haha..

Reception..

Kami ambil dua twin room. Rate satu malam JPY3000. Makanya, seorang JPY1500 lah gitu. Kira boleh lah. Time kami pergi ni, tak dapat tempat yang lagi murah. Bilik kami ni pun letaknya kat tingkat bawah. Tak perlu nak naik tangga bagai. Selamat kepala lutut aku. :P

Ruang depan recept menuju ke bilik..

Leaflet and mags corner..

So biliknya macam mana? Macam gambar kat bawah ni. Hambik kau. Besar reban ayam je. Haha.. Macam mana nak tidur dua orang dalam bilik ni. Memang lah nak kena cuddle-cuddle. Nasib baik musim sejuk kan. Kalau musim panas harusnya rimas. Bilik kecik tapi ada almari, tv, sinki dan peti ais. Kira lumayan jugak lah.

Tempat tidur..

Sinki..

Toilet letaknya kat luar. Macam biasalah, kena kongsi-kongsi dengan penghuni lain. Lupa pulak aku nak snap gambar-gambar shower dan jamban. 

Kawasan bilik air..

Seperti hostel-hostel yang lain, Hotel Toyo ni pun ada common room dan dapur. Boleh lah kalau nak masak-masak kat sini. Kat dapur, basic utilities semua ada. Kat common room pulak ada ruang rehat dan tv. Kat satu sudut ada beberapa buah komputer untuk main tenet.

Dapur..

Ruang makan..

Ruang rehat..

Boleh tengok TV..

Ruang komputer..

Walaupun Hotel Toyo ni agak buruk dan tak secantik K's House, kira ok jugak lah kalau nak stay kat sini. Untuk tidur je pun kan. Bukannya nak lepak lama-lama kat sini. Tapi kalau ada option lain, memang akan try duduk kat tempat lain. Hehe..

Untuk maklumat lanjut boleh jenguk-jenguk website Hotel Toyo.

2 comments :

Anonymous said...

seronoknyaaa slalu jalan jalan.. ;D

CikSengal said...

CT,
dah kurang dah berjalan ni.. hehehe..