Monday, 9th September 2013
Hari ke-empat kat Busan. Semalam kita dah pergi utara Busan kan. Hari ni kita pergi ke barat dan selatan Busan pulak. Hehe.. Tak ada lah barat sangat, tapi menghala ke arah barat lah. Kalau kat belah-belah barat dan selatan ni kita boleh pergi ke Gamcheon Culture Village dan Taejongdae. Makanya hari ni kita ke sana lah!
Our first destination today ialah Gamcheon Culture Village. My main priority kot nak sampai ke sini kalau ada peluang datang Busan. Tengok gambar-gambar kat internet, macam cantik sangat lah tempat ni. Menarik dan unik gitu. Orang siap cakap macam kat Santorini, Greece. Aku pun tak pernah sampai Santorini tu kan, so tak tau lah macam mana rupa dia. Tapi dalam gambar cantik jugak! Ada orang lain pulak cakap dah macam Legoland gitu Gamcheon Culture Village ni. Haha.. Rumah-rumah yang ada kat sini ni kalau tengok betul-betul, bentuknya berkotak-kotak macam lego bricks tu. Colourful some more. Makanya, mari lah kita tengok rupa paras Santorini dan Legoland versi Busan ni.
Nak ke Gamcheon Culture Village ni kena naik bas dari Toseong Station. Sila naik bas no 1, 2 atau 2-2 dan turun di Gamcheon Elementary School. Celah tuk kun mana lah ye sekolah tu, kita tengok je lah nanti. Misi pertama kami ialah kena sampai ke Toseong Station ni dulu. Dari Haeundae yang jauh nun kat belah timur ni kan, nak sampai ke Toseong Station kemain jauh lagi. Naik subway train dari Haeundae Station (Line 2), kena transfer sekali kat Soemyeon Station untuk ke Line 1. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam, dengan 26 stops in between! Kematu sampai. Moral of the story, lain kali jangan duduk kat hujung dunia kalau datang Busan ni. Hehe..
Dah sampai kat Toseong Station, sila keluar ikut exit #6. Jalan terus sampai jumpa jalan besar, dan belok ke kanan. Jalan ke depan sikit dan akan jumpa satu bus stop. Bus stop ni betul-betul depan Busan Cancer Center. Naik bas ke Gamcheon Culture Village dari situ lah ye.
You should see this from the bus stop..
Kami tak tunggu lama kat bus stop ni. Mungkin sebab memang banyak bas kot yang lalu sini. So naik lah ye. Perjalanan dari Toseong Station ke Gamcheon Elementary School mengambil masa dalam 15-20 minit lah lebih kurang. Persoalannya, kat mana sekolah rendah yang dimaksudkan tu? Kita duduk diam-diam je lah dengan anggapan bahawa driver bas ni faham kami ni foreigner yang nak pergi ke Gamcheon Culture Village. Paling-paling tidak pun, mesti nanti dia jerit suruh turun. Haha..
Memang pun! Dah sampai kat satu kawasan bukit ni dia jerit-jerit suruh turun. Bukan kami je, semua yang naik bas ni kena turun. Oh. Perhentian terakhir lah ni ye? So adakah perhentian terakhir ni permulaan kawasan Gamcheon Culture Village ni? Entah tak nampak bayang pun. Tapi betul dah ni kot sebab kat seberang jalan ada sekolah. Kat tepi bus stop tu ada lah penerangan tentang Gamcheon Culture Village ni. Tapi setakat penerangan je. Nak start jalan dari mana? Tak nampak pun rumah-rumah yang colourful bagai dari bus stop ni. Punyalah pusing-pusingkan badan 360 darjah dua tiga kali mencari signboard tapi tak nampak apa pun. Dah kali ke-empat tu baru nampak signboard Gamcheon Culture Village. Punya lah "besar" signboard tu. Huhu.. So, dari bus stop tempat turun bas tadi, sila jalan ke bawah sikit dan di sebelah kanan ada satu jalan. Sila masuk jalan tu. Dah, sampai ler sudah kat Gamcheon Culture Village ni. Hehehe..
Tak nampak signboard ni.. T__T
Aku banyak je seluar tak pakai kat rumah.. Boleh derma kot..
Alkisahnya Gamcheon Culture Village ni sebahagian daripada art village project pada tahun 2009. Katanya nak dijadikan tempat ni macam Maccu Picchu gitu. Laaahh, Machu Picchu lah pulak. Banyak gelaran rupanya ye tempat ni. Kiranya satu kampung lah berkalerful macam ni. Mengikut historynya lagi, dah lepas projek art village ni dilaksanakan, ada pulak projek-projek sampingan yang lain. House Project & Alley Project gitu. Gapo dia tu pun aku tak tau. Mungkin ada beberapa rumah dan alley yang dikomersialkan? Kita tengok je lah nanti.
Kalau jalan straight, akan jumpa information centre lah lebih kurang kat dalam kampung ni. Kat sini ada lah penerangan serba sedikit pasal Gamcheon Culture Village, malangnya penerangan semua in Korean. Malas sungguh aku nak baca. Nak mengeja satu-satu leceh sangat. So abaikan je lah. Gamcheon Culture Village ni besar. Ada banyak lorong-lorong yang besar yang kecik yang luas yang sempit semuanya ada. Boleh je nak mencilok ke mana-mana. Tapi kalau sesat macam mana? Keke.. Kalau tak nak sesat, sila lah beli peta kampung ni. Harganya KRW2000 je. Banyak info dalam peta ni. Tapi korang kena terer Korean Language ler kalau nak baca. Harharhar..
Information Center..
Kalau ditranslate bulat-bulat jadi "Small Museum"..
Antara yang ada dalam small museum ni..
More..
Peta!! Everything in Korean!
So, peta dah ada kat dalam tangan, ke mana lah pulak kita nak menghala dulu ye. Kat peta ni ada dua route yang disyorkan. Satu warna merah-oren gitu lebih kurang, satu lagi warna purple-magenta. Kita ikut yang merah-oren dulu lah. Sepanjang laluan tu ada lah beberapa stop yang digalakkan untuk singgah. Dan yang bestnya, kat stop ni boleh main cop-cop. Yay!! Main treasure hunt lagi kat sini! I mean, stamp hunt! Tak ada lah boring mana kan aktiviti jalan-jalan sekitar kampung ni. Sambil jalan tengok bangunan, tengok pemandangan boleh lah kita mengecop jugak.
Sekitar..
Opocot mak kau!
Moh kita start dengan route merah-oren. Punyalah tecit lorongnya ni. Kena turun tangga bagai ke bawah. Turun ok lah, nak naik balik? Nyiahahah! Memang semput jadinya. So, aku nasihatkan lah siapa-siapa yang nak datang ke sini, kena pastikan lutut tu kuat. Kalau ada penyakit lutut ke hapa, tak digalakkan sangat sebab confirm lepas tu menangis tak berlagu lah jadinya. Aku lah tu. Haha..
Lalu sini..
Turun sini..
Ohh apa depan tu?
Tadaaaa!! Nice View..
Gigih sungguh lalu celah-celah rumah orang ni. Tapi kat hujung tu, view memang lah marvellous. Aku pakai kamera cokia je. Dah tu malas nak edit bagi cantik-cantik makanya gambar ala-ala hambar je. Kalau tengok gambar-gambar Gamcheon Culture Village ni kat internet punyalah cantik-cantik, kemain striking dia punya warna. Bedaah je tu. But still, cantik jugak lah walapun warna rumah-rumah ni agak pudar. Hehe..
Tapak tangan, tapak kaki pun boleh jadi.. T___T
Jalan-jalan kat sini, kalau tak ada peta pun aku rasa boleh survive tak akan sesat sebab ada petunjuk jalan. Bukan signboard sebesar-besar tidak tulis "Walk This Way", tapi kena bukak mata besar-besar cari petunjuk jalan tu.
Petunjuk jalan..
Yikes!!
Spot pertama yang kami jumpa ialah The House of Light. Oh, ini ke yang dikatakan house project tu? Interesting. Ada lah beberapa penerangan tentang project ni, dan ada pameran on display. Dan yang paling penting kat sini ada tempat mengecop!
House of Light..
Err aku tak paham pasal apa ni..
Cop!
One down, seven to go!
Dah mengecop tu kami teruskan perjalanan mengikut penunjuk yang ada. Jalan je lah. Dah sampai kat satu tempat tu, the view, perrgghhh.. Santek santek! Kalau lah aku ada kamera yang kaw-kaw powerful mesti best kan.
View..
Macam yang aku cerita tadi, ada house project dan ada alley project. Tak jauh dari house project yang pertama yang kami singgah tu, kami berjumpa dengan satu alley project. Namanya Forever gitu. Ada lah beberapa keping tiles ditepek kat lorong tu. Artistik sangat lah kan. Aku pun tak paham apa yang cuba disampaikan oleh orang yang tukang buat tu. Almaklumlah aku bukan abstract mana pun orangnya.
"Yongwon" ~ Forever lah..
Eihh.. Aku tak reti lah nak cerita panjang lebar pasal Gamcheon Culture Village ni. Aku tepek gambor je lah ye. Tang mana aku rasa aku nak cerita, aku cerita. Hehe..
Sila ikut sinun..
Meh nyorok..
Another house project..
Lada jeruk?
Sampai lah sudah kami kat hujung kampung. Matahari pun dah tegak kat atas kepala. Panasnya ya ampun. Nak kena patah balik dah lah ni balik ke starting point. Tapi takdelah ikut jalan yang sama. Still ikut route yang dah dibagi tu. Ikut jalan lain pulak. Dia punya curam jalannya tu, perghh tertonggek-tonggek makcik nak menapak tau. Halmeoni & Haraboji yang duduk-duduk lepak bawah pokok dok perhatikan je kami jalan naik ke atas. Diorang pun pandai duduk berteduh dulu. Kami ni je yang mengada-ngada nak habiskan cepat. Huhu..
Ini apa ini..
Urrfff.. Tonggek jangan tak tonggek!!
Ngaaaaaa~~~!!
On the way menonggek ke atas tu kami jumpa lokasi cop yang kedua. Peace House katanya. Cop lah kita kat sini. Memang peace sungguh rumah ni. Kosong tak ada apa cuma ada satu lukisan mangkuk kat dinding. What? Mangkuk apa tu? Haha.. Serious tak tau nak intepret macam mana. Boleh sakit kepala kalau nak pikir banyak-banyak. Yang penting dapat cop. Hehe..
Mangkuk apakah?
2nd stamp!
Keluar dari Peace House, kami sambung mendaki bukit. Ni bukit ke gunung ni. Suka bebenor lah orang Korea ni buat rumah, buat jalan kat kawasan bukit-bukit macam ni. Ikut fengshui ke apa ni? Huhu..
Sambung menonggek..
Ada lookout..
Interesting..
Shop..
View..
Jalan punya jalan, berhenti sekejap-sekejap untuk ambil gambar, akhirnya sampai lah kami kat Book Cafe. Baru ingatkan nak dapatkan cop kat sini. Tapi tutup pulak lah Book Cafe ni. Tak ada rezeki lah nampaknya nak cukupkan segala cop yang ada. Terus mandom. Terus tak ada mood. Tapi jalan lah jugak mencari cop-cop yang lain. :(
Book Cafe..
Hai, boleh join bertenggek?
Shoplots..
Cafe upstairs..
Okies dah sampai dah kat jalan kami mula-mula start route merah-oren ni. Rehat lah sekejap sebelum ngada-ngada ikut route purple-magenta pulak. Kat sini ada beberapa kedai. Cafe pun ada. Kalau nak minum-minum cun sangat lah. Kat sini jugak ada beberapa house project. Tempat mengecop pun banyak. Makanya kami menghabiskan masa mengecop je lah kat sini.
Ikan..
Pokok anggur kot..
Cop cop..
Santek..
House project - Dark House..
House Project - Haneul Maru..
Kat Haneul Maru ni kita boleh dapatkan poskad free kalau kita tunjuk peta kampung yang kita beli ni. Bagus jugak ek. Boleh pos ke diri sendiri nanti. Dah tu, cop yang sepatutnya kami dapatkan kat Book Cafe tadi ada diletakkan kat sini. Yay!! Ada petanda bakal complete lah kami punya cop ni. Hehe terus excited.
Kat Haneul Maru ni jugak ada rooftop yang kita boleh access. Naik atas, boleh nampak the whole of Gamcheon Culture Village. Memang cantik. Tak ramai kat rooftop ni. Sebab panas berdeting kan. Ada lah dua orang Chinese girls tengah berposing. Tengah mencari port menarik nak berposing tu, budak cina dua orang ni tegur. "Nak kami ambikkan gambar?" Melompat aku kat situ. Hahaha.. Laaaa Malaysian ke. Melekek-lekek diorang ketawa. Siap cakap, pusing-pusing, balik-balik jumpa Malaysian je. Haha.. Tak boleh nak lari dah lah.
View from rooftop..
Namhang Bridge?
Dah sudah posing tu, kami teruskan perjalanan menggunakan route purple-magenta pulak. Tapi kami modify sikit lah sebab malas nak ulang balik laluan yang sama dengan route merah-oren tadi. Makanya kami melintang arus. Ikut jalan besar dulu dah tu baru masuk ke dalam kampung. Route yang ni kemain nak kena tahan badan sebab jalan curam ke bawah. Menangis lah, nanti nak baliknya confirm kena menonggek lagi sekali. Huwaaaa..
Ikut sini..
Route yang kami cipta sendiri ni tak payah nak lalu lorong-lorong kecik. Kami lalu jalan besar je. Jalan besar pun bukan main road lah. Jalan yang boleh dilalui kenderaan. Lorong-lorong kecik tadi tu, orang nak lalu pun susah. Hehe..
Dah jalan sampai bawah, kami jumpa bangunan Community Center. Singgah lah kejap, sebab kalau ikut peta kampung ni, boleh redeem lagi satu poskad free. Hulalala kaya dengan poskad makcik hari ni! Lagi pulak tengah panas terik ya ampun. Masuk sekejap lah untuk berteduh.
Community Center..
Mengantuk panas-panas macam ni..
Dah dapat redeem poskad, kami duduk kat kerusi meja yang disediakan. Sebenarnya ada cafe kat dalam ni, boleh minum-minum. Tapi kami takde lah nak beli minum bagai. Sekadar lepak-lepak je melepaskan lelah. Ada dua orang ahjumma tengah lepak-lepak kat situ jugak. Bila kami duduk, aku terdengar dua-dua ahjumma ni cakap cina. Ohh.. Bukan Korean lah ni. Dah tu dua-dua tu pandang kami semacam. Macam aku pernah experience lah pulak pandangan semacam tu. Mesti Malaysian ni, aku teka dalam hati.
"Malaysian ke?" Tiba-tiba salah seorang aunty tu bersuara. Hahaha.. Kan aku dah cakap. Memang hari jumpa Malaysian sedunia ni hari ni. Gelak-gelak je lah kami. Aunty berdua tu pun gelak. Aku cakap gigih nau lah aunty ni jalan-jalan kat sini. Aunty tu cakap, dia ikut anak-anak dia jalan. Anak diorang entah hilang ke mana. Diorang pulak kepenatan. So duduk je lah kat sini tunggu anak diorang abis merendek.
Tak lama tu, anak-anak aunty ni pun sampai. Diorang ada kat bangunan ni jugak rupanya. Tapi dok jalan-jalan kat tingkat atas. Aku ni sebenarnya malas nak naik atas. Siap tanya lagi apa yang menarik kat sini. Semangat sungguh mereka suruh kami naik atas. "Naik lah atas, view cantik! Then ada itu Running Man Spot. Yang dengan Choi Jiwoo tu". HAH? Running Man ada pernah shooting kat bangunan ni? Tak boleh jadi ni. Kena naik atas. Hahaha..
Senak kau, kena naik tangga sampai tingkat 5. Yes. Ada spot Running Man kat situ. Walaweii.. Aku tak tau pun RM episode dengan Choi Jiwoo tu ada shooting kat sini. Macam mana nak tau, sebab aku pun tak tengok lagi episode yang ni. Kehkeh.. Dah berpuluh-puluh episode dah missed. Nanti lah kalau ada masa aku layan. Tapi time aku menaip ni aku dah tengok lah episode ni. Hehe.. Sengal betul memasing bantai Jiwoo jawab soalan quiz.
Running Man spot..
View kat atas ni pun marvelous lah jugak. Ada beberapa Indonesian girls kat atas ni. Sebahagian nya kami pernah jumpa kat subway station mana entah beberapa hari yang lepas. Sempat jugak berborak time tu. Kat sini, masing-masing macam "Ehh jumpa lagi kita.." Hehe.. Siap bertukar-tukar info on lokasi mengecop. Masing-masing gigih nak menghabiskan cop kan. Kami ni ada satu lagi cop yang belum dapat. Entah celah mana entah cop ni. Sekali, tengah borak-borak tu baru dapat tau cop tu dekat kedai depan Haneul Maru tadi. CISSSS.. Kena lah balik semula ke sana. Huwaaa.. Jauh tu nak patah balik.
Dah puas berposing kami pun gerak balik. Jalan balik semula ke Haneul Maru tadi ikut jalan besar. Memang semput. Ini 40 darjah curam punya jalan ni. Lutut rasa macam nak tercabut. Menggigil-gigil kaki lalu jalan ni. Patutlah dalam peta dia suruh ikut arah ke belakang. Kami ni pandai-pandai nau melintang arus cipta route sendiri kan. Memang padan muka sakit kaki.
View dari bawah..
Walaupun sakit lutut, view kat route ni lagi santik kot. Sebab boleh nampak seluruh kampung dari bawah. Kalau ikut route yang tadi boleh tengok seluruh kampung dari atas. So, nak tak nak kena lah layan kedua-dua route. Huhu..
Memang lah nampak bintang..
My favourite view..
Hiyarrrggghhh!!
Kubur siapa ni?
Nice..
Lebih kurang 4 jam jugak lah kami merendek kat kampung ni. Adalah kot lebih kurang 3km kami jalan-jalan. Rasa nak pengsan turun naik bukit. Bila sampai kat Art Shop tempat terakhir mengecop, aku rasa macam nak baring je guling-guling atas lantai. Stress betul haku! Macam mana lah boleh tak perasan tempat ni awal-awal tadi. So, the final stamp! Akhirnya berjaya jugak lah misi kami mencari cop. Hehe..
Art Shop ni boleh dikatakan kedai souvenir lah. Tapi takde lah banyak mana. Aku kat sini pun beli poskad je. Beli lagi? Ni beli saja-saja untuk dikirim ke kawan-kawan kat Malaysia nun. Tak ke excited kan dapat poskad dari Busan. Huehue..
Art Shop..
Mbekk!!
Finally done!
Sebelum balik, kami lepak sebentar kat cafe nak makan patbingsu. Sedap ko makan ais kacang panas-panas macam ni. Mula-mula nak beli sorang satu. Sekali amoi cafe ni kata portion dia besar, satu patbingsu tu boleh dua orang makan. Tak dapat nak imejin lah kan besar mana, sekali hambik kau memang besar. Kalau seorang makan memang tak boleh habis ni. Perghh.. Rasanya nyaman sungguh! Nyamnyamnyam..
Bedal Patbingsu..
Dah settle semua, kami balik semula ke bus stop tempat kami turun bas tadi. Nak balik semula ke Toseong Station kena lah naik dari bus stop seberang jalan. Boleh tahan lama jugak lah tunggu bas ni. Dalam setengah jam kot baru ada bas. Dari kampung Gamcheon ni kami balik semula ke Toseong Station dan seterusnya ke Busan Station untuk ke destinasi seterusnya.
Tunggu bas..
Destinasi seterusnya ialah Taejongdae. Nak ke Taejongdae boleh naik bas nombor 88 dari Busan Station. Sila keluar dari Exit no 7 Busan Station untuk ke bus stop yang berkenaan lah. Kalau keluar ikut exit lain, maunya dia melintang arus entah pergi ke mana-mana. Make sure exit tu betul.
Sebenarnya boleh je naik bas nombor yang sama dari Nampo Station. Tapi aku tak habis study lagi masa tu kan. Makanya naik je dari Busan Station. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit jugak lah dari Busan Station ke Taejongdae. Jauh rupanya. Penat betul duduk dalam bas. Hehe.. On the way, boleh nampak Korea Maritime University dan National Maritime Museum. Aku pernah tengok pasal university ni kat dalam 1N2D. Ganteng-ganteng kemain studentsnya. Hehe.. Nak singgah, tapi macam tak sempat je. Ni pun dah pukul berapa. Huhu..
So, Taejongdae ni letaknya di stesen yang terakhir. Makanya, tak perlu nak risau nak turun kat mana. Bas pun akan terus parking masuk depoh. Memang confirm lah tu stesen terakhir. Jalan sikit ke depan dan jumpa lah dengan Taejongdae.
Terminal bas Taejongdae..
Masuk ikut sini..
Kat main entrance ni ramai pengusaha-pengusaha feri tengah cari customer. Ajak naik feri lah ni untuk tengok Taejongdae dari arah laut. Aku ni berkenan lah jugak tapi rasa macam malas nak keluarkan duit. Selagi boleh free, kita kejarkan yang free aje. Ye dek non. Masuk Taejongdae ni tak dikenakan apa-apa bayaran. Ko golek-golek lah kat dalam park ni sampai lebam! Nak naik feri ni kena bayar KRW10,000 seorang. Idoklah mahal mana kot untuk 40 minit lebih kurang. Tapi kita nak santai-santai enjoy nature so malas lah nak pikir pasal feri ni.
Gigih sungguh lah pengusaha-pengusaha ni dok cakap nak jalan-jalan kat dalam jauh. Jalan kaki mau ambik masa berjam-jam sebab route dia lebih kurang 5km. Naik feri lagi best. What? Jauhnya sampai 5km. Tu berapa lama tu kalau nak berjalan pusing satu Taejongdae. Takpe lah. Kita jalan je lah setakat mana yang mampu. Kalau rasa dah tak larat dah, kita patah balik je. Senang cerita.
Dekat dengan main gate ni ada satu Information Center. Kat sini boleh dapatkan brochure tentang Taejongdae ni. Boleh lah study apa-apa yang patut, mana nak pergi dan sebagainya. Bila dah dapat serba sedikit maklumat, kami pun memulakan perjalanan mengelilingi Taejongdae ni.
Cari maklumat..
Nyiahahahah naik bukit lagi..
Cerita sikitlah ye. Taejongdae ni dinamakan Taejongdae sebab time zaman kerajaan Silla dulu, ada seorang raja nama King Taejong suka jalan-jalan makan angin kat sini. Dia ni jenis yang suka scenery, enjoy nature gitu. Macam aku jugak. Haha.. Kat sini ada banyak tempat menarik yang boleh kita singgah. Antaranya Yeongdo Lighthouse, Observation Deck, Sinseon Rock, temples, war memorial dan banyak lagi lah. Tapi kami takde lah nak singgah semua tempat. Sekadar pilih beberapa tempat je. Katanya kalau langit cerah, cuaca baik, boleh nampak Jepun. Not the main island lah. Tapi satu island kat tengah-tengah antara Korea dengan Jepun iaitu Tsushima Island. Jepun punya pulau. So, aci lah jugak kan kalau nak cakap boleh nampak Jepun. Hehe..
Bila dah jalan ke depan kami jumpa satu pondok tiket. Wah? Ada tram lah! Ini cukup bagus ni. Tak perlu nak jalan kaki 5km. Haha.. Apa lagi, bayar tiket dan naik lah itu tram. Tak mahal mana pun. KRW1500 je. Tram ni akan jalan setiap setengah jam. Kalau nak turun kat mana-mana turun je lah, dah tu boleh naik the next tram untuk ke destinasi yang berikutnya. Tram ni namanya Danubi. Danubi ni maksudnya "admiring the scenery" gitu. Kelesss ko.
Beli tiket..
Jom naik!!
Comel sungguh tram ni. Dah lah jalan slow motion je. Orang yang tengah jogging kat kiri kanan jalan macam lagi laju pulak. Hehe.. Boleh lah kan nak tengok pemandangan sekeliling. Kalau laju-laju pening pulak nak pusing kepala 360 darjah tengok kiri kanan depan belakang.
Our first stop ialah Observation Deck. Bangunan observation ni sangat lah unik. Dah macam spaceship pulak aku tengok dok bertenggek kat tepi tebing tinggi. Tinggal nak take off je lagi. Hehe.. Kat sini boleh lah observe laut. Tengok kapal, tengok pulau yang ada, tengok orang memancing. Dah namanya observation deck lah kan. Ko tengok je lah apa yang ada.
Tengok feri?
Tengok laut dan pulau?
Tengok orang memancing?
Ada tiga tingkat kot observation deck ni. Kalau naik ke tingkat 3 ada satu photography exhibition tengah dijalankan. Gambar siapa? Gambar awek Busan seorang ni ler. Siapa lagi kalau bukan Choi Jiwoo yang kena temberang dengan manusia-manusia Running Man tu. Kemain punya lah cantik gambar-gambar dia ni. Dia ni pun cantik sebenarnya. Dah tu gambar semua gambar dia posing kat tempat-tempat menarik kat Busan ni. Sebahagiannya aku dah pergi dah lah. Dan berposing sudah lah. Tapi gambar aku posing tak santek. Huhu..
Amboi..
Haeundae.. Aku ada posing kat sini gak!
Ni takde lah.. tak mampu naik cruise.. hehe.. tour bus pun tak naik..
Time ni aku posing dalam hujan lebat!
I pose macam ni jugekkkk.. Tapi buruk.. T___T
Sini pun adaaa.. Tapi buruk jugekk..
Aquarium tak pergi!
Kat tingkat 3 ni ada cafe kalau nak minum-minum ngadap laut. Serius best. Tapi dek nak kejar masa, kami terpaksalah beredar.
Okies! To the next destination. Turun sampai tingkat bawah je, tram pun sampai. Terus melompat naik ler jawabnye. Next stop ialah Yeongdo Lighthouse. Satu stop je kalau naik tram dari observation deck. Sebenarnya kalau nak jalan kaki pun boleh. Bukannya jauh nau pun. Hehe.
Statue of Mother and Children..
Yeongdo Lighthouse ni umurnya dah seratus tahun lebih. Kalau dah beratus-ratus tahun ni mesti lah berhantu kan? Nak-nak kat tebing tinggi tepi laut macam ni. Haha.. Kalau orang cerita pasal Taejongdae, first thing masuk dalam kepala ialah lighthouse ni lah. Aku ni pun dah lepas pergi Taejongdae ni, bila ada orang tanya apa yang menarik kat sana, straight away aku cakap ada lighthouse! Memang significant sangat kot Taejongdae dengan Yeongdo Lighthouse ni.
Nak ke lighthouse ni, perghh kemain jauh nak kena jalan. Jalan turun ke bawah. Turun ke bawah ke paras laut. Yikes. Nangis lah nak turun tangga. Turun tangga ok lagi. Nak naik balik nanti huwaaaa.. Memang hari naik turun tangga sedunia lah hari ni. Sampai hostel nanti mau tercabut lutut aku. Lighthouse ni bukan sekadar lighthouse je tau. Kat dalamnya ada library, cinema, exhibition room, gallery, etc. etc. Tapi aku tak masuk kat dalam ler. Sekadar lepak-lepak ambik gambar kat luar je.
Yikes! Jauhnye nak turun!
Curam ke bawah....
Jauh lagi nak sampai bawah. On the way tu ada lah beberapa tempat berhenti. Ada disediakan kerusi, bangku bagai. Diorang tau kita penat naik turun tangga ni khennn. Hehe.. Dah tu ada lah pulak banyak arca bagai kat sini. Tapi kebanyakannya takde penerangan in English lah pulak. Makanya aku pun tak tau apa maksud arca-arca ni. Berhenti sekejap-sekejap ambik gambar dah tu jalan lagi sampai lah ke bawah. Aku tepek gambar je lah ye.
Iki opo??
Haa.. sila baca..
Siapakah?
Lighthouse dari atas..
Belum sampai lagi!!
Nangis!!
Ok sikit lagi..
Almost there..
Eyy ada manusia kat bawah tu!!
Boleh pos poskad!
Yay sampai!!
Fuhh.. Sampai jugak akhirnya. Memang terketar-ketar lah turun ke bawah. Yang paling kelakarnya, ahjumma-ahjumma, ahjusshi-ahjusshi sakan jalan laju-laju pintas kami. Hahaha.. Buat malu je. Cantik pemandangan dari lighthouse ni. Nampak laut, nampak tebing berbatu. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Matahari pun dah tak terik mana. Memang mengasyikkan lah gitu. Amboihh kemain aku suka. Bila tengok orang macam semut kat tebing berbatu tu, buat aku tercabar sungguh. Harus jejakkan kaki kat situ! Tapi mampu ke, jauh bebenor la hai..
Santek..
Nak ke sana jugak!!
Aku nak turun, tapi K Asni tak larat. Makanya aku turun sorang-sorang ke bawah. Gigih nau lah kan. Nak ke bawah tu punya lah jauh kena melencong. Turun tangga, jalan sikit, turun tangga lagi, masuk bangunan, turun tangga lagi, aishh stress aku dibuatnya. Dah tu, ada simpang pulak tu. Kalau turun belah kiri boleh jumpa female diver bukak kedai makan. Kalau ke kanan, pergi ke tebing berbatu. Aku tengok curam semacam je nak ke tempat female diver tu, makanya kensel lah. Aku ke kanan pergi ke tebing je.
Tempat female diver..
Challenging sungguh..
Lighthouse dah kat atas!
Eppp.. Gelung merah biru tu kat atas!
Sampai lah jugak kat bawah ni. Boleh tahan ramai jugak orang kat bawah ni tengah berposing. Tebing ni kalau ikut dalam brochure namanya Sinseon Rock. Kalau ditanslate jadi "tempat pari-pari bermain". Wahh.. Boleh jumpa Tinkerbell ni kat sini. Hehe.. Serius memang best lepak-lepak kat sini. Duduk lah sekejap kat batu-batu ni layan blues.
Kat tebing sebelah sana ada seketul batu terpacak kat tengah-tengah. Nama batu tu Mangbu Rock. Mengikut legend, ada seorang perempuan ni dok tunggu laki dia kena kidnep dengan Jepun. Dia dok tunggu kat situ siang malam pagi petang tak kira hujan ke panas ke tengah snow ke, memang setia menanti lah gitu. Disebabkan lama sangat dok menunggu kat situ, perempuan tu pun jadi batu. Tu batu tu perempuan tu lah. Kisahnya lah kan. Dah adik beradik dengan Si Tanggang lah pulak kan.
Mangbu Rock.. Ambik dari jauh je, malas nak jalan ke depan..
Dah kat bawah ni, menyumpah-nyumpah lah kan nak naik ke atas balik. Tapi sebelum naik, kita posing kat bawah dulu. Ambik gambar sebagai bukti. Takde lah nanti ada yang kata aku cilok gambar dari Internet je. Kemain tau ada yang tuduh-tuduh camtu. Tak baik sungguh. Semua gambar aku jalan-jalan ni gambar ori ler, aku ambik sendiri pakai kamera buruk aku ni. Ada ke kata aku cilok-cilok. Ciss..
Sorang-sorang kat bawah ni, nasib baik lah ada pengunjung lain kan. Boleh lah mintak tolong diorang ambikkan gambar. Makanya dapat lah satu gambar posing kat Sinseon Rock ni. ^____^
Cuba telek ada nampak pari-pari tak? :P
Gigih melangkah naik ke atas dan reunite with K Asni. Tengah jalan pelan-pelan tu ada sekumpulan makcik-makcik ni kemain kecoh gila-gila baru turun dari jalan besar. Ni mesti rombongan kawan-kawan ni. Tak padan tua. Kecohnya macam budak-budak sekolah. Sikit-sikit posing, sikit-sikit posing. Aksi posing tu, pergghhh kalah orang muda. Aksi gwiyomi bagai. Ternganga aku tengok. Dah tu ambik gambar lompat-lompat pulak tu. HEYY!! Aku pun tak mampu nak lompat macam tu. Huwaaa..
Kami pun jalan naik ke atas, dan makcik-makcik tu turun ke bawah sampai ke Sinseon Rock tu. Boleh lah nampak dari atas ni kan. Kat tengah-tengah jalan dalam hutan ni ada beberapa kedai souvenir. Singgah lah sekejap untuk tengok. Aku takde lah nak beli apa. Tengok-tengok je.
Kedai..
Serius, takmo lah kot datang lighthouse ni lagi. Haha.. Giler sungguh nak menahan lutut ni nak sampai ke jalan besar. Sampai je kat tram stop tu, aku dengar suara-suara kecoh kat belakang. Heh? OMAIGADDD makcik-makcik kecoh tadi tu ada kat belakang! Whattt.. Macam mana.. Ottokke.. Giler ahh makcik-makcik ni! Macam mana diorang boleh turun dengan cepat dan naik dengan cepat balik? Memang salute dan respect sangat-sangat lah kat mereka.
Dah tu kemain hyper. Dalam tram hyper, dah turun tram hyper. Kat main gate dok posing ambik gambo lagi. Lompat-lompat lagi. Haiyohhh.. Seronok pulak tengok diorang ni. Agaknya anak masing-masing dah besar, dah kerja, tak tau nak buat apa baik jalan-jalan kan. Kalau ada geng ramai-ramai macam ni ok lah. Aku dok imejin, kalau aku tua nanti aku ada ke geng jalan-jalan macam ni? Hurmm..
Ni lah makcik-makciknya..
Eh itu je? Hehe.. Itu je lah. Tak banyak pun tempat kami pergi kat Taejongdae ni. Lagi pun dah petang sangat. Perut pun dah berkreok-kreok, makanya kami ambik keputusan untuk pergi makan kat Jagalchi Market. Malas sebenarnya nak pikir nak cari makan kat mana. Disebabkan dah tau kat Jagalchi ada banyak tempat makan, so kami menghala ke sana je.
Dari Taejongdae ni kami tak ingat naik bas nombor berapa. Janji kat bas tu tulis Busan Station. Hehe.. Idok ler dia tulis dalam English. Ko kena pandai-pandai lah baca hangul. Kalau tak konpiden, sila lah naik bas nombor 88 ataupun 101 untuk ke Busan Station. Dah sampai kat Busan Station, kami ronda-ronda lah sekejap kat perkarangan station tu. Ambik gambar bagai buat syarat.
Busan Station..
Aloooo dia senyum..
Dari Busan Station naik subway train ke Jagalchi Station. Turun dan jalan-jalan dulu kat market. Hari tu jalan-jalan market kat luar. Ni kami jalan-jalan market kat dalam. Aku pernah lah jugak tengok kat youtube diorang pi pilih ikan hidup kat market tu, pastu suruh orang restoran masak dan makan kat tingkat atas. Tu kalau macam tu harusnya mahal gila baban kan. So, takde lah aku nak buat macam tu. Setakat makan dua orang je, memang tak berbaloi.
Jalan dalam market..
Pilih.. pilih..
Huihhh tu dia.. Berapa jota won ni?
Kerang-kerangan..
Jalan kat luar pulak..
Entah jalan ke hulu ke hilir berapa round dah depan kedai makan tapi tak tau nak masuk yang mana satu. Last-last tutup mata je lah, masuk kat kedai yang tuannya bagai nak rak tarik kita masuk. Haha.. Kedai makan yang ni lagi keless dari kedai makan yang kami masuk hari tu. Kalau lebih keless macam ni, lebih mahal lah kan. Haha.. Memang pun. Satu kepala sepuluh ribu. Yang hari tu makan tujuh ribu je seorang. Ok lah mahal sikit sebab lauk dia lagi banyak. Dah tu ada ikan mentah dibuat jeruk kimchi. SEDAP WEII..
Kami je dalam kedai ni..
Nyam!!
Tengah sakan makan tu, dari takde orang dalam kedai, terus berduyun datang. Wah, pembuka rezeki ke kami ni? Hehe.. Then ada satu group budak muda masuk ke dalam. Dari segi penampilan pakaian dengan kamera DSLR tergantung kat leher confirm lah ni tourists. Ada dalam 6 orang semuanya dan duduk di meja belakang aku. Pasang telinga sikit, dengar diorang cakap Cina. Ohhh.. Sekali kan, aku kena cuit. Ada antara mereka yang cuit aku lah. Dia pun bukak mulut. "Kakak, boleh tolong ambikkan gambar?" TERUS TERSEDAK AKU KAT SITU! Haha.. La hai, Malaysian jugak ke ni. Ramainya orang Malaysia kat Busan ni. Hehe.. Sempat lah jugak borak-borak. Mereka ni baru je sampai Busan. :P
Dah habis makan, kami jalan-jalan lagi kat BIFF Square. Ambik angin malam. Belum lagi nak balik ke hostel. Jalan-jalan je lah tengok kedai dan tengok orang. Selain tu, kami jalan-jalan tengok kaki lima. Hari tu tak perasan. Malam ni baru nampak kat kaki lima ni ada beberapa cap tapak tangan dan signature mereka-mereka yang terlibat dengan BIFF. Ada pelakon, pengarah, etc. etc.
Sini lagi..
Antara yang ada..
Ok dah! Bila dah rasa penat gila-gila, barulah kami balik semula ke hostel. Sangat penat berjalan hari ni hokkehh! Dah sampai hostel ni baru lah mula sakit-sakit badan dan kaki. Malam ni tidur dengan besfren lah jawabnye - KOYOK. Huuuuu..
Sekian, tamat hari keempat!
Perbelanjaan Hari Ini:-
Peta Gamcheon Culture Village = KRW2,000.00
Patbingsu = KRW1,500.00
Danubi Tram = KRW1,500.00
Dinner = KRW10,000.00
Total = KRW15,000.00
Day 5 ~ Haedong Yonggungsa, World's Mystery Library, Gukje Market, Shinsegae Centum City
6 comments :
pergh!!! menarik gilers busan!! mmg mcm santorini kaw! (mcm la aku pnh pegi kan..)kkk....
memang! antara sebab nak datang jalan2 kat busan ni.. hehehe..
Aku memang kena repeat Busan ni. Specially Taejongdae & Gamcheon. Haritu gatal kunun mau tengok Gamcheon bergilapan di malam hari. Sekali sesat ah, padan muka merayap kampung orang di waktu Maghrib. Siok juga pi pagi ni, banyak boleh diterjah.
bibie,
kalau malam tak nampak kot rumah kalerful2 macam ni.. hehehe..
gi busan ni macam pergi exercise pun ada kan..
Awak..agak2 berapa lama masa nal bil cover gamcheon village tu? kalau 4jam cukup tak?
Post a Comment