Wednesday, September 3, 2014

Pot's Kitchen, Johor Bahru

*Updated on 3rd Aug 2015, katanya cafe ni dah tutup! Tak dapat nak sahkan. Nanti balik JB aku tengok. Huhu..

Dah selesai mengonyel kat Mariners Cafe & Bistro kami melompat pula ke Pot's Kitchen. Pot's Kitchen ni aku rasa dalam 30-40 langkah je kot dari Mariners Cafe. Tak jauh mana pun. Dari Mariners Cafe pun boleh nampak Pot's Kitchen ni. Hehe.. 

Well, apa yang menarik kat sini? Cafe ni tecit je. Tak besor pun. Dua tingkat. Apa yang dihidangkan di sini ialah more to drinks and desserts. Menurut staf Pot's Kitchen ni, kat sini menu ringan-ringan je. Kalau nak makan berat-berat sila lah pergi ke Pot's Industries. Wow. Ada tempat lain lah pulak. Pot's Industries letaknya kat Danga Bay. Boleh lah kita check it out bila-bila free. Bila aku balik semula ke JB ler. Hehe..

Menu.. Kick-ass betul makan Ass-cream.. Hehe..
Order kat sini..

Cafe ni dua tingkat. Interior dia sangat unik. Dah la kecik comel lote je cafe ni. Tapi cara dia hias n susun atur tempat duduk sangat menarik. Briefcase lama di modified dan dijadikan meja. Macam-macam benda alah tergantung kat dinding dan display atas almari dan para. Boleh lah check it out.

Tempat lepak tingkat bawah..
Calendar Jepun.. Tangga naik ke tingkat atas..
Lukisan di dinding..
Tingkat atas..
Pemandangan tingkat bawah dari atas..
Meja yang unik..
Hurmmm.. Asal boleh gantung..
Ruangan tingkat atas..
On display..
More place to sit..
Antiques..
Yes.. NOW!

Kami order drinks and desserts lah kan. Vanilla Latte for me. Mek Nurul aku tak tau pulak dia order air apa. Tak ingat dah. Dah tu, ngonyel-ngonyel cupcake and brownie. Sedap lah jugak. 

Cupcake and brownie yum yum..
My Vanilla Latte..

Well, it's a nice place to hang out. Tapi sayang jugak lah tak sempat nak ambik gambar depan kedai sebab ramai nau abang-abang sado melepak kat kerusi meja yang disusun kat luar. I is malu gitu. Hahaha..

Related Posts:

  • Pot's Kitchen, Johor Bahru *Updated on 3rd Aug 2015, katanya cafe ni dah tutup! Tak dapat nak sahkan. Nanti balik JB aku tengok. Huhu.. Dah selesai mengonyel kat Mariners Cafe & Bistro kami melompat pula ke Pot's Kitchen. Pot's Kitchen ni aku … Read More
  • Almost Famous Cafe, Johor Bahru Another cafe tempat lepak-lepak suka hati. Ni lah kerja aku sekarang kalau balik JB. Kerjanya nak meng'cafe hunting' dan cafe hopping je. Tapi best jugak lah kan, sebab banyak nau cafe yang unik-unik ada kat sekitar JB ni.&… Read More
  • Wadihana Islamic Steakhouse, Johor Bahru *Restoran ni dah tutup! T__T Seperti selalunya, kalau aku berkesempatan balik JB, mesti aku pergi food hunting. Kebetulan ada tempat momom baru bukak kat BBU, mari lah kita skodeng.  Namanya Wadihana Islamic Stea… Read More
  • IT Roo Cafe, Johor Bahru Banyak dah review kat Internet pasal IT Roo Cafe ni. Kali ni review aku pulak. Mana boleh aku ketinggalan kat belakang kan. Kisahnya lah kan, the best chicken chop in town gitu. Best sangat ke? Sedap ekk? Tu dia punya … Read More
  • Maco Vintage, Johor Bahru ~ Again! Gedik sangat datang sini lagi. Hehe.. Dulu dah pernah datang. Ni datang lagi. Saja je datang lepak-lepak kat sini sebab nak celebrate birthday Mek Pijah. Dah tu, boleh lah kita try menu yang belum kita pernah try khenn?? … Read More

0 comments :