Saturday, February 11, 2012

Super Show 4 Taipei

Friday, 3rd February 2012

Setelah selesai acara mengcheck-in dan meletakkan beg di hostel, kami terus ke Taipei Arena. Dengan harapan, kami dapat masuk tengok SS4 untuk hari ni. Tiket tak ada ni. Minta-minta adalah siapa-siapa kat sana yang sudi menjual tiket kepada kami. Excited ada berdebar-debar pun ada. 

Alkisahnya, SS4 Taipei diadakan selama empat hari iaitu 2-5 Februari 2012. Dengan usaha gigih Aleng dan rakannya, kami berjaya mendapat tiket untuk konsert pada tarikh 4 Februari. Satu hari je. Bersyukurlah jugak walaupun sehari je. Daripada tak dapat langsung kan. Yosh.. Jadinya, untuk hari ini, 3 Februari, kami gamble saja. Kalau ada tiket, masuklah kami ke dalam. Kalau tak, tak masuk lah. 

Dari Taipei Main Station kami ambil Bannan Line menuju ke Nangang. Tiba di stesen Zhongxiao Fuxing kami tukar train dan ambil train Zhonghe Line menuju ke Taipei Nangang Exhibition Centre. Taipei Arena terletak berdekatan dengan stesen Nanjing East Road. Satu stop saja dari stesen Zhongxiao Fuxing. Dah sampai tu, agak terpinga-pinga lah jugak nak menghala ke mana, tapi disebabkan ramai yang naik train tu ala-ala macam nak pergi tengok SS4, kami ikut sajalah. Keluar je dari stesen, kami nampak peta tunjuk arah ke Taipei Arena. Hah. Senang kerja. Follow the map. ^___^

Hari hujan. Memang. Asal konsert SuJu je mesti hujan. Asal diorang datang je mesti hujan. Tak kisah lah kat mana-mana. Kat Malaysia pun sama jugak. Mesti hujan. SuJu budak hujan kot. Redah lah kami berlari-lari dalam hujan. Ala-ala basah jugak lah walaupun tak berapa kuyup. Sepanjang jalan ke Taipei Arena ada beberapa girls dok meniaga barang-barang SuJu. Aku sekadar cuci mata saja.

Cari rezeki.. Aku berkenan kat baju yang dia pakai tu..


Taipei Arena..

Perjalanan dari stesen Nanjing East Road ke Taipei Arena adalah mengambil masa dalam 10 minit. Tak berapa jauh sangat lah. Tapi mengah jugak ni kalau nak balik malam nanti mengejar train. Tawakal je lah nanti macam mana.

Keadaan agak sesak kat Taipei Arena tu. Baru pukul 1.30 petang. Konsert pulak start pukul 6.30 petang nanti. Lambat lagi nak mula. Tapi masing-masing ada yang dah beratur especially yang nak duduk kat rockpitt. Standard lah tu kan. Nak rebut spot yang best kat dalam tu. Kami terus menuju ke kaunter tiket. Tanya organizer ada tak lagi tiket. Hampa dot com jugak lah bila tiket sold out. Tiket untuk esoknya 4th Feb banyak pulak tu. Almaklumlah hari ni birthday si Evil Maknae. Mesti ada sesi celebrate birthday lepas habis nyanyi-nyanyi. Mana tak full house kalau macam tu.

Start pukul 6.30 petang.. Ikut sini entrancenya..

Hampa jugak lah bila tak ada tiket. Tapi hampa-hampa tu kami nampak ada beberapa makcik tengah lalu lalang dengan ala-ala suspiciousnya. Aku ingatkan apa rupanya makcik-makcik ni ulat tiket~!! Hullamakkk.. Keren seh. Ke hulu ke hilir cari pembeli. Ni kalau ulat tiket maunya dia mark up tinggi-tinggi harga tiket kan? Hurmm.. Tak salah nak tanya harga cuma takut tiket tu bukan tiket original. Seram jugak kan kalau kena tipu.

Kami pun memberani kan diri menanya. Bukan aku tapi Aleng ler. Kekekeke.. Tanya punya tanya bargain punya bargain dia nak let go tiket dengan harga NTD3000. Humang aihh.. Tu untuk tiket yang harga asalnya NTD1800 tu. Gila tinggi dia mark up~!! Tapi nak masuk punya pasal, aku tutup mata je lah bayar. Wawawawawawawaaa.. Memang menggigil lah time hulur duit tu. Hahaha.. Dah dapat tiket tu, rasa lega sangat. Boleh masuk tengok SS4. Yahuuuu~!!

Tiket ulat..

Layout Seating..

Dah dapat tiket, sementara tunggu nak masuk, kami jalan-jalan dulu cuci mata. Ramai yang buka gerai menjual macam-macam merchandize. 





Kiki's friends..

Beratur nak dapatkan free gifts..

T-shirts..

Ini lah bestfriend CikSengal. Tak sengaja jadi bespren sebab sama-sama pekak.. Kekekek..

Sesak..

Sungmin's fan.. kekeke..

SuJu..

Ming yang comel..

Lee Ayam.. 

Henry~!!

Urineun ELF yeyo~!!

Dah penat jalan-jalan kat luar, kami jalan-jalan kat dalam pulak. Ada jugak yang jual unofficial merchandise kat dalam ni. Selain jual merchandise, ada yang tengah sibuk menyusun projek yang bakal dijalankan masa SS4 berlangsung nanti.

Projek untuk Si Ayam..

Dah tu baru lah kami pergi cari makan. Bercadang nak makan kat restoran muslim kat area Taipei Arena tu. Jalan lah kami ke sana meredah hujan. Jumpa memang jumpa restoran tu tapi tutup lah pulak. Pukul 5 petang baru bukak. Lambat lagi. Tak jadi lah kami makan kat situ. Balik semula ke Taipei Arena and lepak-lepak makan McD. Fillet O Fish je lah yang mampu. Kat McD tu jangan cakap lah penuh dengan orang-orang yang datang konsert, jadinya kami bersepah duduk kat luar. Jauh dari McD. Sejuk jangan cakap lah. Hujan lagi. Ada makcik yang lalu lalang macam pelik tengok kami duduk bersila melepak macam tu. Lalu dia bertanya pada Aleng, ada perjumpaan persatuan apa-apa ke? Hahahaha.. Lawak lah pulak.

Then it's time to go in. Aku masuk dengan Queen while Aleng with Kia. Seats lain-lain. Tak geng. Hehehehe.. Tengah beratur tu kami diberi belon lonjong sorang satu. Alamak. Belon pesen ni kemain susah nak tiup. Boleh semput macam ni. Blur gila aku. Untuk projek lagu mana satu pun tak tau. Tengok je lah nanti macam mana.

Belon Lonjong..

Our seats, walaupun jauh, kat atas, tapi ok lah jugak. Nampak keseluruhan arena. Now duduk diam-diam, posing sekali sekala je lah sementara tunggu konsert bermula.

Our seats..

Belum penuh lagi..

Kyu's Birthday Project.. 

Yesung's Project..

Ryeowook's Project..

Tak lama tu tiba-tiba suasana jadi riuh rendah. Bising jadinya dengan jeritan manusia-manusia ni. Bila diperhatikan rupa-rupanya parents Kyuhyun datang masuk join tengok konsert. Sakan lah mereka-mereka yang duduk berdekatan mengsnap gambar sana sini. Mak bapak nak sambut birthday anak sekali gamaknya. ^___^ 

Then it's time. Lampu arena dimalapkan dan lightstick biru mula menyala. Full sapphire blue ocean. Cantik jadinya. Tersengih aku. Ok. Keseluruhannya SS4 Taiwan ni lebih kurang SS4 Seoul je. Susunan lagu, performance semua lebih kurang sama. Cuma ada certain-certain performance yang free style tak terikat dengan choreography tu ada lain sikit lah. Mana-mana yang aku ingat aku akan story kat sini. Mana-mana yang aku jumpa fancam, aku tepek kat sini. Tepek link je lah ye. Pandai-pandai lah korang klik. Kalau aku embed clip youtube kat sini, mau hang terus PC korang nanti. Hehehehe.. Enjoys~!! ^____^

Sapphire Blue Ocean..

Intro..

Superman~!!

 
More Superman..

Yahhh~!! Aku dah lupa ingatan! Hahahaha.. Belasah je lah. Apa yang ada lah aku tepek sini. Pandai-pandai korang layan sendiri. Hahahaha..

cr: uploader

Opera..

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader  

cr: uploader  

cr: uploader  

cr: uploader

cr: uploader

Errmm.. Apa ni.. Super Junior Love ELF??

cr: uploader 

Lee Hyukjae..

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader 

cr: uploader   

cr: uploader 

ELF Luv SuJu

Allrighto! Time to balik. Berduyun-duyun orang keluar. Sekali tengok macam ada perhimpunan haram secara besar-besaran pulak. Mana taknya, masing-masing selamba kodok terjah jalan raya sampai kereta pun tak boleh lalu. Hehehe..

Overall, NICE!! Walaupun turutan semua lebih kurang sama dengan SS4 Seoul, tapi vibe, feeling, perasaan, crowd sangat lain. Ecececehh.. Fan project semua berjalan lancar. Walaupun tak banyak mana (mereka tidak tamak untuk buat banyak-banyak projek), semuanya cun melecun. Belon lonjong tadi tu? Dah ditiup, lepas tu tak diikat and dah nak hujung-hujung performance Miracle, kami lepaskan. Perghhh.. Best betul. Baru hari ni. Besok ada lagi! Can't wait!! ^_____^

1 comments :

zinziemeewah said...

haha.. baru nmpak entry ni. last week saya buat gila pergi bangkok. semuanya pasal donghae.. uwaaaa.. nnt 2 thun tak jumpa. uhukuhukuhuk