Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, June 18, 2009

Sakit Kepala? Penat?

Korang selalu rasa sakit kepala? Selalu sangat rasa penat? Cuba korang try petua kat bawah ni. Aku baru dapat petua ni dari email. Aku rasa macam dah mula sakit kepala disebabkan retreat 3 hari ni. Meh kita sama-sama cuba.

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS)

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin ..
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).
Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition)

Renung-renungkan. Dan Selamat Beramal!

Saturday, June 13, 2009

SKTM Family Day

Hahaha.. Sakan sungguh aku ni. Sampai tak menyempat-nyempat nak buat benda lain. Baru je habis meroyan di Family Day aku dah menconteng kat sini.

Al kisahnya, hari ni kami berfamily day. Tak jauh mana pun. Di ODEC je. Tahun lepas di Karambunai Lagoon, tahun ni kita cut cost sikitlah. Buat kat dalam lah pulak. Aturcara majlis bermula pada jam 7 pagi. Sesampainya aku di sana lebih kurang 7.15 pagi, tiada seorang umat pun yang ada. Aiyoorrkk.. Janji melayu memang macam ni. Aku sekadar melepak melihat matahari pagi sebelum aku balik semula ke ofis melayan internet. Dah agak-agak waktu nak makan breakfast aku datang balik. Hahaha..


Pemandangan jeti dari jauh..


Buruk benor lah signbod ODEC ni..


Syoknye..

Lebih kurang pukul 8 baru lah aku memunculkan diri. Itupun masih belum ramai orang yang datang. Registration kaunter pun nan ado je. Sabo je lah makcik. Duduk kat tepi lah dulu dengan umat-umat yang lain.

Kami warga SKTM dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan. Kumpulan Tom Tom Bak, Geng Bas Sekolah, Gerak Geri Gasing dan Kapten Boleh. Sengal betul nama-nama kumpulan ni. Siapa lah punya idea ni. Macam budak-budak tadika pulak. So, tuan-tuan dan puan-puan, aku ni kumpulan TOM TOM BAK ye! Memang tersangat-sangat lah sengal.


Antara yang excited berfamily day..


Ucapan alu-aluan oleh big boss..

Acara dimulakan dengan senam robik. Apa pesen punya senam robik pun aku tak tau. Dah macam apa entah. Masing-masing buat cheoreography sendiri. Sebijik macam budak-budak tadika. Sorang ke sana, sorang ke sini, nasib baik takde yang ke laut. Hahaha.. Selepas senam robik, ada ucapan alu-aluan dari Dekan dan lepas tu, aktiviti makan ler!

Bila dah kenyang, baru boleh main. Acara yang disediakan banyak. Tapi dek kerana tak cukup masa cuma tiga game je yang kami main. Apa entah nama satu sukaneka tu, bola sepak pantai dan musical chair.


Bersiap sedia main sukaneka..


The ladies of Tom Tom Bak..

The first game tu, sukaneka apa ntah namanya. Sepak bola guna botol? Lebih kuranglah. Kami Tom Tom Bak juara. Kekekeke.. Sewel betul. Aksi masing-masing memang hodoh. Aku pun tak kurang huduh juga. Itu sebabnya gambar main sukaneka tu aku tak masukkan kat sini. Wakakaka..

Bola sepak pantai pulak lain dari yang lain. Selain bukan diadakan di pantai, cuma namanya je bola sepak pantai, kami dikehendaki memakai kain batik sambil bermain. Hahaha.. Comel sungguh masing-masing pakai kain batik sambil lari terkedek-kedek. Aku pun belasah join main. Tapi nasib tak menyebelahi kami. Tom Tom Bak sekadar dapat tempat no 3 je.


Bola sepak pantai yang tak ada rupa pantainya..


Hidup TOM TOM BAK!!


Other group.. Kapten Boleh dan Geng Bas Sekolah..

Last but not least, musical chair. Aku 2nd round dah terkeluar. Nak buat macam mana, my rear side is not that big. Wakakaka.. Orang tua main ni rupanya lagi dahsyat dari budak-budak. Masing-masing ikut kepala, tak nak bergerak. Sungguh tak senonoh. Pemenangnya? Our Dr Patricia. Dahsyat juga dia rebut kerusi. Hahahaha..


Aku tersangatlah konpius kenapa, mengapa dan bagaimana mamat serba putih tu datang ke family day ni...


Tema Oil & Gas..
Dari kiri:- Gerak Geri Gasing = BHPetrol, Kapten Boleh = Esso, Tom Tom Bak = Caltex & Geng Bas Sekolah = Petronas.


Karaoke Session..

Selepas habis acara kami pun lunch. Sambil-sambil lunch tu ada lah cabutan bertuah dan pertandingan karaoke. Aku ni tiap-tiap tahun muka hamper saja. Hamper family day tahun lepas pun tak habis-habis lagi. Dah expired dah agaknya. Hahaha.. Dah habis lucky draw hamper, ada lucky draw untuk 4 hadiah utama pulak. 3rd prize - Mountain Bike, 2nd prize Mini Hi Fi, 1st prize - Mini Laptop and Grand Prize.......... drumroll.... LCD TV 32". BESTTT!!

Aku tak bertuah langsung nak dapatkan hadiah-hadiah utama tu. Congrats to Kak Azreen yang menang LCD TV tu. Jangan sampai juling biji mata ye bila menonton tu. Hehehe..


Pemenang Grand Prize. Err, yang belah kiri ye.. Hehehehe..


Dah habis cabutan bertuah, acara pun habis. Makanan yang banyak ditapau bawak balik. Tak payah aku masak malam ni. Hehehe..


Suka gila aku tengok laut ni. Kalau ikutkan hati nak je aku terjun masuk..

Overall aku enjoy. Sekali sekala tunjuk perangai gila-gila, seronok juga. Harap-harap tahun depan ada lagi..

Friday, June 5, 2009

Rombongan Cik Kiah..

Yes. My whole family is here. Datang merewang ke KK lah. Pulak tu, datang time Kaamatan dah habis. Buang karan jek. Oh ya. Ada juga orang lain yang ikut rombongan. Abah angkut sekali dia punya PA and one of his students from Indonesia. Budak dua orang tu tak pernah datang Sabah. Apa lagi, seronok meroyan lah mereka.

Aku pening. Tak tau nak bawa jalan-jalan ke mana dah. Bukannya first time datang family aku tu. Dah masuk kali ketiga dah pun. Kundasang, Poring, Simpang Mengayau, Manukan, semuanya dah tak heran dah. Boring dah. Tapi boring-boring pun pergi jugak Kundasang, Poring dan Manukan tu. Agaknye lah kan, muak dah tempat-tempat ni tengok aku. Muahaha..

Dulu, aku tinggal sorang di rumah, tak ada housemate. Jadinya family aku tertonggeng terbalik tertiarap di rumah aku lah. Sekarang ni, aku dah berhousemate. Abah lagi prefer duduk di hotel. Bukanlah hotel grand pun. Promenade Hotel Apartment di Api-Api Centre. Asal dapat tidur dengan lena oklah tu. Dahsyat juga reservation cuti-cuti sekolah macam ni, nyaris-nyaris fully booked. Nak dapatkan family suite pun tak dapat. Cuma studio suite sajalah. Oklaa tu. Studio suite cuma RM103 per night. Siap dengan kichenette lagi di dalam. Boleh main masak-masak.

Kalau ikutkan, nak aja aku bagi-bagi rombongan ni separuh duduk rumah aku dan separuh lagi duduk rumah Sharir. Tapi Abah kata susah la pulak kalau Mak nak pergi pasar phillipines. Kekeke.. Fikir sampai ke situ pulak.

Tinggal sehari je lagi ni. Besok, Sabtu balik la mereka semula ke JB. Aku pulak hari ni satu hari ada pra-retreat MQA. Tak dapat nak entertain mereka-mereka ni. Malam ni plan nak makan seafood lah kot. Huuhhuhu.. Meleleh dah air liur aku. Slurrppp...

Museum of Angels, Demons at Night

Tajuk punyelah keren banget. Konon-konon sedap lah tu bunyinya. Hahaha..

Kisahnya, hari sabtu lepas aku layan wayang dengan Dila. Seronok la jugak. Dah lama tak tengok wayang. Mula-mula tengok Night at the Museum 2. Pada aku lah, yang sekuelnya ni tak berapa nak best sangat kalau dicompare dengan first punya. Tapi kira boleh lah. Buat stok gelak-gelak release tension.



Lepas penat gelak, kami layan pula Angels and Demons. Satu je komen. DAMN SYIOK this film! Aku sukak banget! Nak compare dengan The Da Vincci Code? Bagi aku, both films ada kekuatan dan ke'best'annya sendiri. Cuma, biasalah. Agak terkilan juga lah bila ceritanya melencong sedikit dari novel asal. Walau apa pun, filemnya tetap mabeles..



Lepas ni wayang apa pulak ye?